Ibu kejam kata kids. Muuaaahhhaaaaaa.... kejam kerrr... sampai hati cakap ibu cenggitu. This weekend sebagaimana yang telah dijanjikan kepada kids time to balik kampung. Walaupun cuti sekolah dah bermula dan jugak nak sambut hari raya Aidil Adha tapi Mrs. A tak bercadang pun nak bagi kids tinggal kat kampung.
Itu pasallah time depa tanya ibu berapa pasang baju kena sediakan Mrs. A cakap macam biasalah 2 pasang iaitu 4 helai seluar dan 4 helai baju. Aiks! kenapa ibu!!??? We all nak tinggal kampunglah. Maaf tak boleh full stop. Ibu ni kejamlah!!! Walaupun ada suara-suara tak puashati tetapi Mrs. A abaikan saja.
Sesampai aje terus cari mana si cute Talia
Along & Adik errrmmm..... rindu Talia |
Talia & Along |
Siang esoknya itu seperti biasa Mrs. A akan menjadi supir kepada ibuku. Tugas supir biasalah drive kemana sahaja Mem besar nak pergi, Pergi pasar ke? pergi bank ke, pergi rumah kengkawan ker?? ngeh!ngeh!ngeh! Supir Mem besar ni bukanlah hanya Mrs. A seorang aje ada jugak yang lain-lain tapi bergantunglah siapa yang balik pada weekend tu ataupun sesiapa yang Mem besar pilih muahhaaaaa...
Pilih jangan tak pilih |
Mana la gel yang macam Aaron Aziz guna tu nih! |
Kali ini Mrs. A bertegas tak bagi kids tinggal di kampung kerana adik & Aryssa tu kena pergi mengaji dan Along pulak walaupun dia dah khatam mengaji tapi tidak adil pulak pada adik-adiknya. Lagipun Along sekarang dah pandai naik motor so dia akan keliling-keliling kampung naik motor. Cakap nenek dia tak mau nak dengar sangat. Macam itu kejamkah ibu?
saperlar tak sayang anak ibu kann, tapi ada kanns ;p
BalasPadamIbu kering hati.. full stop. hahahaha ;-)
BalasPadamcomel talia. nk picit pipi buleh..? haha suka2 nk picit pipi anak org
BalasPadamIbu mana2 pun akan ada masa dia kejam. Kejam sayang gitu... tabahkan je lah wahai ibu, walaupun terpaksa jadi villain hehehe! Comel nye si Talia tuuuu! Syok kan jadi supir utk mem besar? Sy kalau jadi supir selalu mem besar belanja makan =).
BalasPadam