Bebel - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bebel

27 Mac 2015

Bebel

Lorrrrr... cenggitu je ending dia huh! tak thrill langsung. Rasa macam tak berbaloi pulak ibu tak masak petang ni kannn... Sha.???? hahahaa... itulah ibu ni... drama aje lebih jawab Aryssa.

Eh! sebelum Mrs. A membebel lebih panjang Mrs. A nak ucapkan selamat hari Jumaat to dear readers semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kat office Mrs. A lately nih! hampir setiap Friday dua minggu sekali ada bacaan Yasin & Tahlil arwah. Sesiapa yang berminat nak joint digalakkan tiada paksaan makan/ minum disediakan. Makan/minum tersebut pun adalah sedekah daripada mana-mana staff yang ingin bersedekah. Alhamdullilah semoga diberkati hendakNya.

Setelah dua hari tak update blog tetiba Mrs. A terasa nak membebel la pulak. Dah! luah perasaan kat sorang kawan Mrs. A tu tapi tak puashati lagiks ni nak luah perasaan kat blog pulak. Malam semalam ntah! apa-apa yang Mrs. A dah! tekan-tekan dan godek-godek phone maka phone Mrs. A pun telah mendatangkan sedikit problem. Actually Mrs. A realise pasal problem tupun bila Mr. A called time lunch katanya nape tak baca whatsapp dia. Hah! tak dapat pun... check-check phone kekdahnya kesemua benda yang berkaitan tenet Mrs. A tak terima dan tak boleh sent. Puas Mrs. A ingatkan balik kat manalah benda yang aku pi tekan tu ni??? Cari-cari tak jumpa pastu minta tolong kawan Mrs. A pun sama dia tak jumpa jugak. 

Pastu........ adalah sorang umat manusia kat office konon nak tolong solve problem tapiii... uuoollsss buat stressed lagi adalah ada ke dia kata data Celcom Mrs. A tak cukup coz memang dia dah try guna wifi boleh. Pastu suruh Mrs. A top up data then bila tanya, kat ada sorang lagi umat manusia ni pun setuju gak dengan kekata dia tu katanya yelah kak data sikit macam tu mana cukup. HELL! LO.... takde kena mengena dengan data celcom I tu ya... I taulah I guna data banyak mana dan I tau plan penggunaan data I hokeh! uuoollls ni kalau tak tau jangan goma memandai-mandai boleh tak???. Huh! annoying sangat petang semalam. Tapi syukur alhamdulillah akhirnya Mrs. A dapat solve problem tu. Actually Mrs. A tertekan kat Apps-LenovoSafe-Network Firewall-Data pastu dengan bangganya Mrs. A pi tunjuk kat depa-depa tu yang data Celcom Mrs. A yang ciput tu memang takde kena mengena dengan problem tenet yang berlaku tu. Moral of the story kalau tak tahu cakap tak tahu.

Petang semalam jugak Mrs. A dan ada sorang lagi staff dari unit yang sama dengan Mrs. A telah ditugaskan ke Daerah yang agak jauh pada hari Isnin nanti. Dia pun tanya Mrs. A on ke tidak. Then Mrs. A kata ok if transport provided. No isulahkan. Pastu dia suruh Mrs. A tanya orang tu tanya orang ni eh!eh!eh! kau la pi tanya suruh aku watpe. Kau dah lah tak berapa nak rapat dengan aku. Dia ni annoying betullah tadi aku dah bagi jawapan tak reti-reti ker.... cer uuuoollss imagine dari lepas lunch hingga ke time balik asyik duk membebel isu yang kecik cenggitu huk! aloh annoyingnyer.... lah hai! tak tahulah Mrs. A if dia dapat surat transfer kat Daerah tu. Camanalah kepoh dan kecohnya dia ek??. Mungkin kalau itu berlaku Mrs. A kena guna ear plug kot untuk mengurangkan frekuensi annoying. Moral of the story kalau nak bercerita sila tengok muka orang tu dia suka ke tak suka cerita tu.

Last sekali nak bebel pasal manusia mudah lupa mungkin jugak buat-buat lupa. Mrs. A tak katalah Mrs. A ni baik sangat tapi tolonglah benda basic dan simple tu tolong ikut. Contoh kau dengar orang berdoa kalau kau tak nak menadah tangan pun takpe tapi pleaseeeeee.... tolong senyap boleh tak? Orang kat surau membaca doa kau boleh pulak bergayut kat telefon pastu cerita pun ntah! apa-apa jer... citer yang boleh postpone lepas doa tu kau sambunglah citerkan. Dahlah kekita ni tak joint baca Yasin tu at least time doa tu pleaseeeelah... sesama kita mengaminkannya. Moral of the story jangan jadi manusia kufur nikmat Allah.

Back to the top, oleh kerana tak nak ketinggalan sedikit pun ending "Teman Lelaki Upahan" Mrs. A sampai malas nak masak uuuoollsss tapau aje. Tapi bila tengok ending EL dapat pujuk Kyra kat restoran tu cenggitu-cenggitu jer... huk! aloh... tak puashati langsung. Graf yang di bawah par dari kaca mata dan fikiran Mrs. A. Moral of the story tak payahlah nak set tinggi sangat expectation tu nanti frust tak berbaloi-baloi.

Okaylah rasanya cukuplah sampai di sini bebelan Mrs. A untuk kali ini kan...kan..kan... Happy weekend dear readers.


5 ulasan:

  1. panjangnya entri,menarik :-)

    BalasPadam
  2. Selalu bersabar menghadapi kehidupan ini

    BalasPadam
  3. Tumpang gelak dengan citer Mrs. A walau pun tahu betapa annoying nya Mrs. A hari itu..
    Setuju sangat part org baca doa tu, at least mengaminkan bukan berborak lebih kuat dari doa sedang dibaca.. ntah x faham dgn mentality sesetengah manusia ni.. aik aku lak membebel lebih.. ampun!

    BalasPadam
  4. Hehehe mmg byk dibebelkan ni
    Ekekke.
    xpe luah apa yg blh

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©