RINDU

November 01, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

RINDU.

Tiba-tiba terasa nak berceloteh di blog. Rindu dengan blog picisan Mrs. A ni 😍😍😍 Rindu nak bermonolog dengan diri sendiri ngeh!ngeh!ngeh!. Ha! boleh gitew...Walaupun ada cerita nak up-date tapi malas pula nak mengarang storynya.

Mrs. A memang selalu begitu kalau post dah lama tertangguh akhirnya nanti memang nan hadolah publish duklah depa kat draft. Sehingga bila tu tak dapatlah pula dipastikan. Ini bukan berlaku sekali dua tapi dah banyak kali cenggitu. Haish! banyak kali sangat terutama sekali story pergi bercuti bila baca blog orang lain bercuti kat tempat yang sama masa itu "baru kau tahu erti penyesalan" [sila baca ikut dialog Sofi Jikan] muaaahahahhaa.....

So cerita ajelah apa yang telintas di fikiran pada tika dan saat ini. Oh! ya yesterday Mrs. A Emergency Leave. Al-kisahnya Adik demam panas, malam tu Adik datang kat bilik Mrs. A minta picitkan kepala dia katanya sakit kepala, pastu dia kata sejuk menggigil badan dia tapi bila Mrs. A rasa badan dia panas nauzubillah haish! seriau Mrs. A. Sambil ambil tuala lekapkan kat kepala dan lap-lapkan badan dia sambil ambil ubat demam suruh dia makan. Sambil lap-lapkan badan tu Mrs. A bacakan doa nabi Ibrahim. [pernah dengar pasal doa ini kalau badan panas/ demam panas elok amalkan]
 قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ
"Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim". (QS. Al Anbiyaa' : 69)

Alhamdulillah dengan iziNYA setelah beberapa ketika Adik pun tidur. Itu yang Mrs. A EL tu cos nak bawa Adik gi klinik.
Mrs. A blog
Sedang tunggu giliran. Doktor bagi MC 2 hari
Last weekend sempat juga Mrs. A dan kids balik kampung. Sengaja balik untuk memenuhi undangan jiran sebelah rumah mak Mrs. A yang adakan kenduri cukur jambul untuk cucu dia. Lagipun kids beria-ria nak balik cos kawan-kawan depa ramai ada katanya. Wajiblah menghadirkan diri cos memang berkelapangan dan tiada aral-melintang. Lagipun Angah sekeluarga pun balik juga.

Mrs. A blog
We all  (emak, angah & Mrs. A) dah habis makan, sengaja temankan tetamu depan tu makan cos itu kawan Mr. A a.k.a jemputan tuan rumah.
Mrs. A blog
Kanan: Itu Mrs. A yang punya lauk-pauk masak sendiri patutlah semuanya sodap Kiri: Goodies yang bertemakan kids hehehe...
Sempat Mrs. A kena smash dengan Tuan rumah tau gara-gara Mr. A tak datang. Tuan Rumah: Orang rumah kau mano? Mrs. A: Dia ada program lain kat Cheras. Tuan Rumah: Ah!! haiii!!! memanjang yolah ado program. Mrs. A: Iyolah cik cakap botul ni. [dalam hati: hurmmm...pikir lainlah tu typical malay]

Lately ini masa Mrs. A banyak terisi dengan training netball. Training dengan gang office dan juga training dengan gang sekolah. Selalunya hari training bersama gang office adalah Wednesday and Friday. Training dengan gang sekolah pula on Saturday. So far kesemuanya petanglah walaupun ada juga plan nak training malam tapi belum menjadi kenyataan lagi. Sejak season netball kembali ini Mrs. A rasa seluar dah banyak yang longgar. Oooopppssss itu maknanya apa tu!? Itu tandanya Mrs. A dah slim gitew. [ceh! tak yah nak perasan sangat Mrs. A oiiii]

Mrs. A blog
Suatu petang ketika training sempat snap-snap ha!
Along dan Adik pula dah habis exam. Along dah habis PT3 Adik dah habis final year exam. Tinggal Aryssa belum merdeka lagi. Menurut Aryssa exam dia start sama dengan SPM nanti. Hurmmm... bertabahlah ya Aryssa.

Okaylah dear readers rasanya cukuplah tu kot nak melepaskan rindu nak menulis di blog picisan Mrs. A ini. Oh! ya readers ada tak dapat jemputan Lazada Online Revolution Blogger Contest. Mrs. A ada tau tapi cuma belum join jer... In Sha Allah later nak join.

Readers yang nak join dipersilakan 'The More The Merrier' kata LAZADA.

Blogger contest
CLICK for more details

The end. Rindu

You Might Also Like

13 comments

  1. Sekarang musim exam..anak-anak jiran PC pun ramai yang tak sihat...mak ayah risau sebab exam tak habis lagi...

    ReplyDelete
  2. hi Mrs A ... wah slim nya ... I is jeles lah....
    apapun, all the best n take care.

    ReplyDelete
  3. Malas2 karang story, cerita panjang juga.
    Mudah2an anak2 dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan masing2.

    ReplyDelete
  4. suki pun curi2 masa nak update blog huhu

    ReplyDelete
  5. Kan...bila lama betapa tu timbul pulak rasa rindu nak menulis...maklumlah blogger katanya hihi...

    Demam.....mmg patutlah sakit kepala. Teringat tak zaman anak kecik dulu kalau demam, mmg tak tidurlah kita dibuatnya.

    Adoiyai bilalah saya nak kurus ni. Jeles tengok org kurus tp makan selera memanjang hihi

    ReplyDelete
  6. Bagus Mrs A aktif bersukan. Sama sama kita teruskan dengan gaya hidup sihat!


    ReplyDelete
  7. WAH MMG SELIM MELIM COMEL LOTE RJN BRSUKAN TU

    ReplyDelete
  8. memang musim demam agaknya dgn cuaca tak menentu...

    happy laa yek dah abes exam. yg nak exam tu... bertabahlah ye ;-)

    ReplyDelete
  9. Ana kalau cerita lama br nk update mmg jenuh nk pikir dan ingat info. Huhu.

    Syafakallah buat anak Mrs A. Dan semoga berjaya buat yg bakal duduk peperiksaan nanti.

    ReplyDelete
  10. dulu p kenduri dpt goodies telur rebus je...skrg dah mcm2 dpt.. hihi

    ReplyDelete
  11. typical malay mmg cenggitu lah mikir yg idak2 aje diorang hehe. sonok dpt p mkn kenduri dpt bertemu fmly & jiran2 hehe.. goodies zmn skrg vahhhhhh gitu ha. kalo dulu dpt telur rebus dah sonok sgt dah hehe

    ReplyDelete
  12. Bestnya Mrs.A ada team untuk training netball lagi walau dah jadi mak2. Rindu jgak nak berlari baling2 bola ni.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Aqil dah kembali sihat seperti biasa..
    Thanks atas perkongsian doa Nabi Ibrahim..

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me