Netball Games - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Netball Games

9 Mei 2017

Netball Games

As Salam and greetings to dear readers.

Netball games. Sudah agak lama Mrs. A tidak menyertai netball games ooopsss macam tipu jer.... last netball games adalah bersama DUN Kota ceritanya tuh di SINI. Last weekend Mrs. A dengan team netball yang diberi nama Waghih Gorgeous turut serta dalam netball games Kelab Baby Sitter Malaysia a.k.a KBS. 

Time kawan Mrs. A bagitau tu Mrs. A ingatkan Kelab Belia dan Sukan tapi bukan, yang betulnya adalah Kelab Baby Sitter cakap melayunya kelab pengasuh ha gitu. Haish! tak kisahlah yang penting dapat bernetball.

Hadiah-hadiah yang disediakan, Juara - RM500, Naib Juara - RM400, Ketiga - RM200 dan Keempat - RM100. Lain-lain hadiah yang disediakan 'Shooter terbanyak', '2nd team happening' a.k.a gediks okay yang tu Mrs. A saja tambah muuahhahaaa dan lagi 'team tercantik outfit' pun ada hadiah jugak. Selingan dia antara games tu ada jugak acara untuk kanak-kanak dan warga emas. Haish! meriah uols. Cuma jadi tak koser snap gambar cos cuaca panas.

Netball Games itu bertempat di Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya. Games bermula pada pukul 8.00 pagi. Gigih tau we all yang dari Seremban ini keluar rumah seawal jam 7.00 pagi gitu. Ada dua team dari Seremban iaitu team Waghih Gorgeous (WG) dan jugak ON Semiconductor. Hurm... ON Semiconductor tu meriah depa datang satu bas siap dengan supporter berpom-pom bagai.

Okay kasi gambar sikit.

netball
Dengar taklimat sebelum games bermula
Selepas habis taklimat dan sebelum games pertama dimulakan simbolik perasmiannya adalah Founder Kelab Pengasuh Malaysia diminta menjaringkan gol. Unfortunately Mrs. A tak teringat langsung untuk ambil gambar time tu huhuhuhu...

Oleh sebab ada banyak team so games dibuat secara liga. Ada empat kumpulan kesemuanya iaitu A, B, C dan D. Malas nak tulis kita copy and paste jer.... jadual perlawanannya.

netball
Waghih Gorgeous kumpulan B [abaikan spelling tu ya.. muahahhaaaa]
Setiap kumpulan ada 4 team so jumlah games adalah tiga kali. Team Mrs. A menang peringkat kumpulan 2 kali dan kalah sekali dengan team Blue Lake. WG sampai ke peringkat quarter final vs. dengan ke MNC B dari kumpulan C. Quarter final kalah mati so we all pun mati setakat tu sobs..sobs...sobs...

Tapi ON Semiconductor berjaya mendapat tempat Keempat. Team ON Semiconductor tu memang sparring WG time training di KOMBES. Time training terasa ON terror sangat tapi bila games sebenar tu tengok ON biasa-biasa aje ke WG yang teruk sangat. Eh! kalau WG teruk takkanlah sampai ke quater final muahahhaaaa....[ayat tak mau kalah]

WG target ON mampu Johan tak pun Naib Johan ialah sekurang-kurangnya boleh jugak tumpang bangga team dari Seremban mesti arrr support each other. Apa yang we all predict tu ternyata meleset sama sekali. Hurm... mungkin sebab bermain di padang rumput kalau di court biasa belum tentu lagi Blue Lake yang juara. [ini pulak ayat syiok sendiri]

Okay jom layan gegambar yang Aryssa snap.

netball
Games pertama WG vs Ant

netball

netball

netball

netball

netball

netball

netball
Aryssa & Adik supporter WG
netball
Xoxo Mrs. A
Team WG tak tunggu sampai habis pun cos tak menangkan. Ooppsss takde semangat kesukanan langsung, eh! actually bukan macam tu ada yang nak kena pulang awal cos esoknya tu perlu ke JB ada course uols. Lain-lain hadiah tu tak berharap pun. Team Keswip menang outfit tercantik dengar-dengarnya. Lagipun we all sekadar suka-suka aje...nak bernetball sambil merapatkan ukhwah lagipun jauh perjalanan luas pemandangan baaanyaak... pengalaman.

Okay itu saja nak citer kisah Netball Games.




3 ulasan:

  1. Netball is a great game. Happiness is being in the team. Seronoknya bersukan. Keep it up.

    BalasPadam
  2. wahhhh outfit tercantik pun ada? ;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©