Koko & Marble Selamat Melahirkan

August 31, 2016

As Salam and greeting to dear readers.

Koko & Marble itu adalah si ibu-ibu kucing Mrs. A yang baru aje melahirkan baby. Nak kata baru sangat tu tak jugaklah. Yang uniknya tu they both melahirkan pada hari yang sama iaitu pada 10 Ogos 2016.

Cuma bezanya Koko melahirkan babiesnya di sebelah pagi, time tu Mrs. A dah pergi kerja dah pun. Petang time Adik dah balik sekolah dia call bagitau katanya Koko dah beranak kat bawah katil dalam bilik Sha. Baby dia ada 6 ekor semua. Hah! apa 6 ekor??? Huhuuuuhu... banyaknya. Ini adalah batch ketiga Koko beranak.

Koko tengah menyusukan babiesnya.
Yang color putih tu kids bagi nama Lilo sempena nama si lilo yang dah mati dulu tu.

Sekarang Koko dah pindahkan anak-anak dia di suatu sudut kat bilik Aryssa. Mrs. A pun dah sediakan kotak dan depa duk kat dalam kotak tu. Tetapi Koko sekarang ini buat perangai. Perangai ibu yang buruk, kurang peduli dengan anak-anak dia, tak macam batch pertama dan kedua dulu selalu aje dia duk lepaking bersama anak-anak. Batch ketiga ini lebih banyak masa kat luar dari lepaking bersama anak-anak dia. Haish! apalah masalah ko Koko???

Okay! cerita Marble pulak. Kebetulan sungguh di sebelah malamnya pulak si Marble pun melahirkan baby. Dia punyalah resah gelisah tercari-cari tempat nak melahirkan. Pada mulanya Mrs. A tak bagi dia nak duk kat dalam almari baju Mrs. A tapi bila tengok air ketuban dia dah meleleh dah tu pulak dia datang kat Mrs. A macam suruh tolong bidankan dia. Lagipun ini adalah pengalaman pertama Marble nak melahirkan baby. Kekdahnya Mrs. A pun biarkan aje dia beranak kat dalam almari tu.

Dalam proses dia nak beranak tu, dia naik kat atas kusyen merah sambil tu Mrs. A pun urut-urutkan perut dia pastu dia buat aksi macam nak terberak tetiba keluar baby dia huhuuhuuuu...time tu seriau habis Mrs. A tengok! Kesian pun ya jugak. Bila baby dia tu dah terkeluar sambil menginyau-ngiyau dia berjalan menuju ke almari baju Mrs. A. Adoii time tu baby dia ada jer tergantung bersambung lagi kat bontot dia cepat-cepat Mrs. A bukakan pintu almari dan bagi dia duk situ.

Kemudian dia pun jilat-jilat dan bersihkan baby dia sambil tu Mrs. A urut-urut perut dia rasa ada lagi baby kat dalam perut dia. Sambil cakap kat dia duduklah sini ya... ibu tak marah dah!. Pastu Mrs. A biarkan aje dia.

Dah subuh tu Mrs. A pun checklah keadaan si Marble, tengok dia dah selamat melahirkan baby tiga ekor semuanya. Bersih aje tempat dia beranak tak banyak darah pun sikit-sikit jer... kemudian Mrs. A pun tukarkan alas dia. Duklah dia kat dalam almari tu.



Tapi sekarang ini dia dah pindahkan anak dia kat bawah katil Mrs. A pastu Mrs. A pun sediakanlah kotak kat bawah katil tempat anak-anak dia mujur dia mahu duk kat dalam kotak tu. Hurmm... tak tahulah berapa lama dia akan stay kat situ.

Dua ekor anak Marble tu kawan Aryssa nak adopt. Sekarang tengah cari orang yang nak adopt anak -anak Koko pulak. Tapi kalau nak adopt pun lepas depa dah tak menyusu lagilah.

Okay! itu saja nak shared kisah Koko & Marble selamat melahirkan. 

You Might Also Like

5 comments

  1. TAHNIAH AMAT BERBAKTI SEKALI MRSA..KALAU KAK MMG XBERANI NK HADAPI SITUASI GINI...COMELNYA ANAK2 KOKO N MARBLE

    ReplyDelete
  2. Memang berani Mrs. A hadapi situasi tu.. Kalau LZ uikshh x tau nak kata apa..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mrs.A
    Murah rezeki.
    Kucing2 betina WP bagi makan pil aje tak kasi beranak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Tentu Marble manja dan rapat dengan MRS.A kan? Tu yang ajak teman bidankan.. Sama dengan kucing Reen, Si Kecik. Bila nak beranak..

    Dia akan suh Reen atau suami temankan. Port dia beranak atas katil kami.. uhuhuhu Lepas tu, Reen dan hubby angkut bantal, toto dan tidur ruang tamu. Hihihi Mewah si kecik beranak kat atas katil, ala-ala 5 star gitu. ;p

    ReplyDelete
  5. eh eh sama pulak trikh lahir dgn anak saya, rania 10 /8 hihi

    comel comel jek

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me