Majlis Perasmian

June 15, 2015


Majlis Perasmian

Sebenarnya Majlis Perasmian ini adalah kisah minggu lepas iaitu pada 08062015. Majlis Perasmian ini adalah merupakan majlis perasmian saluran paip air baru dari LRA Sawah Raja ke Rembau dan penyampaian sumbangan sempena Ramadhan Al-Mubarak 1436H. Majlis perasmian dan sumbangan tersebut telah diadakan di Padang Sek. Keb. Astana Raja Kota. 

Majlis Perasmian tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi SAINS. Untuk makluman majlis perasmian saluran paip air baru dari LRA Sawah Raja ke sistem agihan Rembau ini adalah sebahagian usaha jangka panjang SAINS bagi membekalkan air secara terus menerus tanpa ada lagi catuan berjadual sebagaimana yang dilakukan sekarang. 

Di samping perasmian tersebut SAINS juga turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang yang kurang berkemampuan sempena Ramadhan Al-Mubarak 1436H berupa sekampit beras dan beberapa lagi keperluan harian lain. Sumbangan telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Utama Pengerusi SAINS dimana beliau turut menghulurkan sumbangan beliau sendiri.

YAB Dato' Seri Utama merangkap Pengerusi SAINS sedang berucap

Gimik Perasmian YAB Dato' Seri Utama membuka valve

Penerima sumbangan diminta mendafter nama dahulu kepada gadis pendaftaran

Satu SAINS

Bergambar bersama YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar NS dan juga Pengerusi SAINS

Alhamdulillah majlis perasmian dan penyampaian sumbangan berjalan lancar. Walaupun di awal pagi cuaca seakan gerimis tetapi iainya sebentar sahaja dan cuaca cerah selepas beberapa ketika sehinggalah majlis berakhir. Terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Seri Utama kerana sudi hadir merasmikan majlis dan juga menyampaian sumbangan. YAB Dato' Seri Utama memang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Teringat jokes beliau "poso se dah totap an lapan boleh aghibulan ni uwan-uwan atok-atok takyah ghisau-ghisau gi". Ngeh..!!ngeh!!ngeh..!!

The End.




You Might Also Like

2 comments

  1. wah MRs A sempat berposing dgn MB tu.. hihi :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulliah ada penambahbaikkan dikawasan itu yer..
    Blogwalking sini

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me