Berbuka Puasa Di Kampung

June 25, 2015

Minggu lepas adalah kali pertama we all berbuka puasa di kampung untuk tahun ini. Kids memang looking forward sangat nak balik berbuka puasa di kampung ini. Di samping agenda berbuka puasa beramai-ramai tu di sebelah malamnya pulak nak buat birthday niece Mrs A yang memang genap setahun pada 20062015 tu.

Putri Talia

Time ni meriah sangat walaupun bukan semua adik beradik Mrs. A ada. Menurut kata Aqil Paklongnya kata dia balik berbuka di kampung jugak tapiii sahur baru muncul nampak batang hidung ini bukan buka bersama tapi sahur bersama. Selain itu ada family Angah dan family Talia.

Huhuhuhuu...unfortunately tiada satu gambar pun time berbuka tu. Terlupa uols ialah dah seharian berpuasa kepala mana ingat nak snap gambar bagai fokus dan sabar berbuka jer... dah pulak tu dengan pelbagai juadah ikut tekak masing-masing memang tak muat meja kerusi yang 6 orang. Itu pasal kena guna meja satu lagi. Ish..ish...ish... memang rakyat Malaysia sungguh mewah dengan makanan. Alhamdulillah.

Kemain uols bergambar ya
Kemudian sebelah malam tu selepas Isyak ada pulak acara potong cake untuk niece yang cute dan keletah sangat tu.. Ini aje gambar yang ada.

Simple aje janji ada signature as 1 year old kekdahnya!

Yang hadiah si kucing Thomas tu hadiah dari family angah dan yang dalam kotak tu from family we all. Eh! cake sama macam aunty punya yang kawan aunty bagilah. Hurmmm...sedap cake ni. Time potong tu Talia dok asyik nak cuit cake tu masuk mulut pastu tak dapat tangan kaki pun jadi. Orang lain duk heboh bising-bising suruh potong cake dia selamba jer.. cuit terus masuk kat mulut. lawak betul si kenit tu.

Selamat menunaikan ibadah puasa yang kelapan readers. Semoga puasa kita semua beroleh barakah dan mendapat pahala yang banyak hendakNYA. In Sha Allah.

You Might Also Like

2 comments

  1. pastinya berbuka bersama famili dikampung saat yang paling happy kan mrs A, comelnya..

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me