Remeh-Temeh Pada Kita Tapi Sebaliknya Pada Orang Lain - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Remeh-Temeh Pada Kita Tapi Sebaliknya Pada Orang Lain

27 Februari 2015

Remeh-Temeh Pada Kita Tapi Sebaliknya Pada Orang Lain

Kisah petang semalam semasa Mrs. A amik kids dari tempat mengaji. Selalunya Mrs. A tak turun dari kereta pun lagipun bila sesampai jer... memang kids dah habis mengaji pun. Tapi petang semalam oleh kerana Mrs. A nak bayar duit ngaji kekdahnya turunlah nak jumpa kakak yang ajar ngaji tu. Walaupun kekadang Mrs. A pas kat anak jer... pssssttt.. rahsia tau ini time babahnya takde jer... leh wat cenggitu. Bila babahnya ada tak dapeklah nak nolong nanti kena sound boleh sentap dibuatnya.

Memang kebetulan sangat kakak tu pun nak jumpa Mrs. A dalam hati Mrs. A alamak kenapa ni dah tak nak ajar ngaji lagi kerr...?? Adoyai harulah camni macam-macam dalam fikiran Mrs.A masa tu. Tapi tidak bukan itu sebab-musababnya. Kakak tu tanya kenapa kids lately ni sekejap datang sekejap tak datang kekadang dalam lima hari sehari aje datang. Dah tu pulak bila tak datang tak bagi tahu message ker... called ker...???

Dia kata sedih kalau bebudak tak datang ngaji ni. Dia minta tolong sesangat rajin-rajinlah mengaji. Kita mengaji ni bukan sebab orang lain,  kena titik beratkan pada anak-anak kerana Allah. Akak mengajar ngaji ni pun bukan sebab duit tapi ikhlas nak mengajar dan nak tengok anak-anak kita semua pandai mengaji. 

Itulah kekadang kita anggap benda tu remeh-temeh sangat tapi tidak pada orang lain. Contoh macam situasi Mrs. A dan kids ni babahnya jugalah. Ini semua salah babah. muuuhaaaaaahhaaa!!.... dah salah babah sorang pulak. Dari perspektif we all itu bukanlah perkara besar manapun tapi tidak dari perspektif kakak yang ajar ngaji tu. Pada dia mengaji tu sama pentingnya macam pergi sekolah tiap-tiap hari kena mengaji, mengaji pun bukan sekadar mengaji, tajwid dan bacaan mestilah betul. Katanya kita ibubapa yang kena lebih usaha dan ajar anak-anak mengaji tu sangat penting dan perlu dibudayakan.

Itulah ko Mrs. A tak ingat ker... sedikit masa dulu betapa susahnya nak cari tempat mengaji (klik sini). Bila dah! dapat tempat mengaji yang elok ko ambik mudah ajekan?? Setelah hampir-hampir setahun kids mengaji kat sini Mrs. A rasa puashati coz cara dia mengajar memang pentingkan tajwid dan mesti baca dengan harkat yang betul. Bukannya ambil mudah nak suruh budak cepat habis dan cepat khatam. Walaupun ada kawan Mrs. A yang dah beralih arah katanya kat sini lambat asyik ulang-ulang mukasurat, ikut pendapat dia biar ajelah bagi budak-budak ni ngaji dan alih cepat nanti dah besar pandailah they all  tapi Mrs. A masih stay kat sini. Memangpun target Mrs. A dulu Along mesti khatam sebelum dia naik tingkatan satu. Tapi tidak menjadi kenyataan dah naik tingkatan pun masih belum khatam lagi. (sekarang Along juz 27 three more juz to go) Mrs. A tak salahkan kakak tu pun dah we all memang lebih banyak hari tak datang dari yang datangnyer. Bila cuti sekolah, cuti perayaan segala macam cuti yang ada we all pun cuti ngaji sekali habih camno nak copek khatam. Salah sendirilahkan.

Anak-anak kakak ni tahfiz Al-quran uuoolllsss bertuahlah dia dapat anak-anak cenggitu. Sejuk perut ibu mengandung. Huhuuhhuuuu... kakak!!! terima kasih sangat atas nasihat dan ingatan kakak tu Mrs. A terima dengan hati yang ikhlas. Mrs. A minta maaf kekadang terlepas pandang nak message bagitau tak dapat datang, bila dah leka dan bz dengan kerja dah terlupa. Lagipun kekadang kids ada aktiviti kat sekolah yang 2 hari lepas tu Aryssa ada netball selection tu yang tak datang. Ada-ada masa pulak babahnya berada di luar kawasan tak sempat nak hantar sementelah Atok pulak dah tak boleh hantar coz masih banyak pantang larang yang harus diikuti lanjutan dari pembedahan jantung tu.

Cerita pasal remeh-temeh ni lagi Mrs. A excited habis bila kena serang dengan Jari Manis. Tak caya tengok ni...

Thank you Jari Manis
Walaupun sekadar tinggalkan komen aje dan jugak mungkin pada Jari Manis itu benda remeh-temeh tapi pada Mrs. A adalah sebaliknya. Mrs. A berterima kasih sangat di atas semua komen Jari Manis tu. Bukanlah Mrs. A tak berterima kasih kepada blogger-blogger lain yang rajin jugak tinggalkan komen kat blog Mrs. A ni. Terima kasih bebanyak Mrs. A ucapakan. Cuma Jari Manis ni buat Mrs. A extra excited coz komen dia sekali banyak dan Jari Manis sangat pandai menghargai readersnya itu yang Mrs. A kena belajar lagi nih!

Dear readers kalau masih belum pernah terjah blog Jari Manis jom kita terjah sekarang sila klik sini.

6 ulasan:

  1. Salam. Hee cik kak Jari Manis yang jelita memang pengomen terbaik.

    BalasPadam
  2. kebanyakkan parents sekarang sanggup hantar anak tuisyen yg yuran mahal mahal tapi tak mampu nak hantar anak pergi mengaji alQuran...bab agama ni dah jadi no2 berbanding ilmu sekular.

    BalasPadam
  3. Mrs A lps ni serius sikit htr anak mengaji. Jangan ponteng2.. I nk cari tmpt belajar ngaji persendirian camtu xde kat tmpt I.. Huhuhuhu sedey tau.. - friendly reminder saje..

    BalasPadam
  4. Sekarang ni ngaji biarlah didik dari kecik kan Mrs A. Bak kata orang dedulu melentu buluh biar dari rebungnya..

    BalasPadam
  5. bagus jugak dia ambik fikir macam tu... Mrs A... kalau orang lain takder nya dia kisah kan begitu... saya pun pernah berpindah mengaji berkali kali dulu sebab guru yang tak ambik kisah saya boleh baca ke tidak, rajin datang ke tidak... bersyukur bebanyak dia begitu caring

    BalasPadam
  6. Ngaji tu sangat penting sebab bacaan kia kalau tak betul boleh buat solat kita tak sah kaan...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©