Selamat Pengantin baru Aidil & Zarema

April 01, 2014

 
 Almost a week tak update blog. Bz lorr...lagipun takde citer nak update. Saturday morning aku plan amik my kids kat kampung. Tapi... bergerak amiknya pun takdelah morning mana dalam 12.30 tengahari baru gerak. Calling-calling tanya Aryssa dah sampai ke belum kata Adiknya on the way. Tanpa bagitau aku & babahnya Aryssa dah lepas mengekor Mak Ngahnya ke Melaka. Dia pergi the sameday Angah balik hantar mak aku gi klinik iaitu Khamis 27.3.2014. Aku sampai kampung lebih kurang 10 minit lagi pukul 2. Huhuuuu traffic jam nak exit tol Senawang. If only I knew it I will follow highway Bukit Chedang exit PD. Ntah-ntah situ pun traffic jam. Ngeh!ngeh!ngeh!..

Bila aku sampai kampung Aryssa & Angah family dah sampai dulu. Sesampai jer...adik terus tanya ibu kita balik hari ni ke? Iya...dik pukul 3.00pm kita gerak ya...petang ni Ibu ada training netball kat Paroi center court. Mujur adik ok jer.. nak balik, cuma Along & Aryssa berat sikit. Katanya kenapa tak balik esok aku katalah esok kita nak tengok Aidil Zafuan kahwin siap tunjuk kad jemputan barulah they all percaya.
 
abaikan background purple
We all gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.45 tengahari plan nak gi pukul 11.30 pagi tapi ada drama sikit antara babah dengan the boys nyaris tak dapat pergi. Sampai kat area rumah pengantin lebih kurang pukul 1.15pm selisih dengan kawan babah yang dah nak balik siap wat lawak kata lauk/nasi dah habis. Hah! yang benar... apa citer??? Sesampai corner nak ke khemah tu terus ternampak Zain Saidin, excited la pulak my kids ni eh! Zain Saidin la ibu...memanglah nak oiii...Aidil tu biras dia sebab tu dia datang kot.

 Khemah pengantinnyer...luas bangat habis penuh satu padang permainan taman tu. Rumah parents Aidil kat Taman Rashibah Indah, Jalan Tunku Khurshiah. Wedding tu they all buat kat padang taman tu lah. We all cecari Zafran kawan babah iaitu abang kepada kembar, jumpa terus jer dia tunjukkan bapaknya yang duduk kat dalam kereta jer.. al-kisahnya En Radzak bapak they all tak berapa sihat semput baru jer...discharge. So sesiapa tetamu nak jumpa tuan rumah pi la kat keta tu bersalam-salaman. No wonderla...orang tua boleh semput dari hujung pintu gerbang masuk ke pelamin jarak lebih kurang 30 meter. Then ada red carpet untuk laluan pengantin.

Sedang we all reriki port nak makan terserempak lak dengan member netball aku they all baru jer.. nak menjamu selera. Amboi! ramainyer jemputan. Dari depan ke belakang siap u-turn barulah jumpa port sessuai...

peace ya!!

Sedapnyer... makan cendol maklumlah cuaca panas bangat. Nun kat belakang tu tempat makan beradap pengantin


Ni ler...Zafran.bz giler aku tengok ke depan ke belakang siap dengan walkie-talkie.
Nampak sangat muka tahan panas memasing
 Food dia sedap bagi akulah masuk selera. Ada gulai daging campur cendawan hitam dengan petai, ayam goreng sessuai sangat untuk kekanak like my kids, gulai nenas, ikan masin dan ulam-ulaman berserta dengan sambal belacan. Nasinya dua jenis nasi putih dan nasi minyak. Then ade gerai cendol of coslah "Cendol Songkok Tinggi" ada juga gerai ais-krim. So nak? amik jelah makan sampai lebam.

Che Ta pun makan ais-krim mak dia pun sama. Head to toe merah. Bak kata Aryssa ibu Che Ta serba merah kasut dia pun merah. Aku tak tengok pun kasut dia. Aryssa yang story. Sempat aku cecuri amik gambar dia cos meja dia depan meja we all jer..



Bila pengantin dah duduk kat pelamin, ada ustaz dijemput bacakan doa.Panjang betul doanya. Selesai doa. As usual adat majlis kahwin orang melayu acara tepung tawar. Most of them side Zarema yang menepung tawar. Itu pun takdelah ramai berjela ala-ala kadar je... then side Aidil. lagi best yang aku perasan menepung tawarnya Che Ta & Zain. lain-lain ado ke idok ke??? macam takde jer... Then pengantin terus gi makan beradap. Nice & simple.

Jom...layan gambar...
Baju purple side Zarema
Adik tak nak bergambar malu la pulak...

Ni ler...pelaminnya. Kerusi 4 kiri dan 4 kanan tu waiting seat tuk menepung tawar.


Time ni pengantin di laluan red carpet dari pintu gerbang ke pelamin. ramai betul orang tak lepas peluang snap pictures

Ayu Raudah pun ada tudung kuning nampak sikit jer... tengah pregnant


sama cantik sama padan
  

Pengacara majlis announce ketibaan pengantin dijangka 1.35 petang. Tapi  sampainya dalam 1.45 petang. Sesuai dengan time aku just nice habis jer... makan pengantin sampai. Mujur tak follow kad jemputan pukul 1.00 cos aku sampai lepas pukul 1. Pengantin sampai diiringi big bikes. Menderummm....derummm... time tu huh! bingit tinge aku.

Otw balik sempat pulak Along snap picture kat big bikes. banyak betul memotor nih!





You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me