Oh! my ankle

April 09, 2014

Ahad lepas (6.4.2014) grup ex Stad ada training netball kat Paroi, Center Court. As usual if takde apa-apa, aku pasti tak ketinggalan joint sama. This week meriah cos court sebelah team remaja NS tengah training. Tengok they all training teruja habis aku nak main petang tu.

Petang tu ramai juger...yang turun sampai cukup untuk buat 2 team untuk we all berlawan sesama sendiri. Setelah di susun atur oleh kapten dan persetujuan bersama maka we all pun main ler...

Unfortunately tak lama jer lepas start dalam 2 ke 3 minit kot adoi... aku ntah macamana salah landing. huhuuuuu sakit giler...walaupun aku cuba buat-buat tak tahu tapi sesungguhnya aku tak mampu. Tu yang aku ketepi then buka kasut, mujur ada Sha sudi jadi paramedik mula nak letak minyak tapi minyak takde, then letak ais huh! mengigil aku tahan sakit bila letak ais tu. Cara betul memang kena letak ais pun. Then mujur ada bandage so kaki aku pun dibandage. Hah! lepas tu dah tak rasa sakit punyalah semangat nak main tu...then aku tetap bermain seperti biasa. Mungkin ada yang ingat aku drama kot. Sakit ke tak sakit minah ni??? Elok jer...dia main lelompat bagai aktif jer... tak macam sakit. hoi! tolong ya...aku tak drama hokeh! so tak yah nak perli-perli aku sangat.


 

Ni time dah habis training. Kak Kay (tudung grey) bawa makanan, ada kuih bakar, ada roti cecah dengan pengat durian, macam-macam ada... piknik la pulok...ngeh!ngeh!ngeh! TQ kak. ermmm yummy.Time ni ankle aku tu tak rasa sakit sangat lagi.

Bila dah berada di rumah dah ke hulu ke hilir prepare dinner, bebaju my kids nak sekolah then barulah. Hah! amik ko tak boleh nak pijak betul cos dah bengkak & lebam confident hilang nak pijak and berjalan as usual. Huhuuu...camne aku nak keja esok ni...jalan pun tempang & terhencot-hencot. Dah ler...ada assembly nak kena diri lelama. 

So aku plan nak gi klinik dululah tengok apa kata doctor? 

Doc: Ya...apa masalah ni?
Aku: Ermmm.. kaki saya sakit la..doctor. sambil tunjukkan ankle aku
Doc: Eh! bengkak sangat ni... macamana boleh jadi macam ni?
Aku: Sambil tersengih, main netball then ntah macam mana tergeliat.
Doc: (Sambil buat aksi) kaki awak landing telipat macam ni ya.. lawan antara jabatan ke?
Aku: Heheheee...takdelah sesajer...jer main dengan grup sekolah.
Doc: Nurse bagi bandage. Kaki awak ni kena bandage ya..sambil suruh aku letak kaki kat peha dia then ajar aku cara bandage. mula macam ni then lipat gaya 8 macam ni. Kalau esok tak surut lagi bengkak dia, awak pergi X-raylah kat branch saya di Lavender tu. Saya buat Note Referral ni so awak tunjuk jer..kat Doc di sana nanti. Saya bagi awak mc 2 hari. Kalu begini gaya macammana awak nak kerja.
Aku: (Dalam hati) ha!! 2 hari jer..ke???

Selepas balik dari klinik
Esoknya aku gi X-ray cos bengkak dia buat aku seriau. Alhamdulillah tulang ok.
Masih bengkak lagi. Doctor suruh wat treatment sendiri jer...
Rendam dalam ais or tuam dengan ais.
Huuhuuu...sabar yolah tak sangka, sakit giler... maybe kerana tisu yang cedera tu terbayang aku betapa teruknya tisu tu cedera
As for now aku dah kerja seperti biasa cuma pergerakkan slow sikit. tak dapeklah nak jalan lelaju. Huhuuuu...tak dapatlah aku nak ikut gang lunch aku jalan gi Foodcourt kat Aeon. Sedarlah diri Mrs. A hoi! ko akan melambatkan perjalanan mereka. So duk ajelah kat office tu. 

Ada juga hikmahnya disebalik kejadian ini aku belajar cara solat sambil duduk atas kerusi. Sebelum ni aku tak amik port pun cara solat sambil duduk kat atas kerusi. Duk tengok jer... emak aku and gang surau yang solat sambil duduk atas kerusi. Dah! jadi macam ni baru aku sedar dan belajar if not camne nak sembahyang. Islam itu mudah dan memudahkan. 


You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me