MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
MUMMYAYU'S GIVEAWAY

MUMMYAYU'S GIVEAWAY

As Salam and greetings to dear readers.

Mummyayu's Giveaway.

Malam ini Mrs. A terasa nak join giveaway la pulak. Kemudian terjumpa pulak GA anjuran blogger Mummy Ayu yang simple dan syarat-syaratnya agak mudah. Selain syarat-syaratnya yang mudah hadiahnya juga agak menarik perhatian Mrs. A untuk turut serta iaitu passport holder.
Giveaway
KLIK
Oh! ya... Mummy Ayu ada mention boleh bagitau nak color apa. So Mrs. A nak color OREN itupun kalau ada rezeki menanglah. Kalau tak menang Mrs. A okay jer..

Okay! sesiapa yang nak join Mummyayu's Giveaway ini masih sempat lagi kerana GA ini hanya akan tamat pada 8 Mac 2017. 

Apa! nak join jugak? Jom KLIK BANNER di atas for more details.
Wordless Wednesday #98

Wordless Wednesday #98

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #98
Wordless Wednesday
KRR - Spicy Chicken Favorite Meal
Pernah tak you all makan bersama orang tua kita, uwan ke, nenek ke, atok ke, kemudian order macam kat atas tu. pastu depa tanya eh! lauk aje ker....??? Nasinya mana??? ngeh!ngeh!ngeh!

Wordless Wednesday #98

Sukan Antara DUN

Sukan Antara DUN

As Salam and greetings to dear readers.

Sukan Antara DUN

Bernetball di karnival sukan UMNO iaitu sukan antara DUN (Dewan Undangan Negeri) Bahagian Rembau. Ha! ini adalah sambungan lagi dari entry ini dan ini

Dalam entry sebelum ini Mrs. A ada bagitau tempatnya di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi tetapi di saat-saat akhir telah bertukar ke Center Court, Paroi. Malam tu urusetia bagi tahu katanya games netball dah tukar tempat kat Center Court, Paroi. Lalu dengan lajunya Mrs. A WhatsApp kat group netballers. Yezza... lagilah gang netball dan Mrs. A suka sebab Center Court indoor so takdelah kena panas.

Okay swafoto dulu.
Karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
6 orang ini jer... gang netball Mrs. A.
Lain-lain tu Mrs. A tak kenal sangat pun depa tu memang puak Kota sebenar
Seawal 7.00 pagi Mrs. A dah minta gang netball datang ke Center Court sebab nak bagi jersi dan susun atur player. Al-maklumlah team bidan terjun mana ada pernah training together-gether muahhaaaaa.....

Walaupun dalam jadualnya games akan mula pada pukul 8.00 pagi tetapi takde maknanya lebih kurang pukul 9.00 pagi barulah games dimulakan. Oleh kerana urusetia ada menyediakan breakfast kekdahnya kita minum... dulu. Nasi lemak dan kuih-muih tu we all ambil je dulu simpan. Haish! manalah ada selera nak makan sebelum games. Dahlah DUN Kota 1st games.

Setiap DUN diwakili oleh dua team netball masing-masing iaitu team A dan team B. 1st Games DUN Kota B vs. DUN Rantau A. Selepas itu pulak DUN Kota A (team Mrs. A) vs. DUN Rantau B.

Lagi dua DUN tu adalah DUN Paroi dan DUN Chembong. Actually pada masa yang sama di Center Court, Paroi ini ada lagi lain-lain games sedang berlangsung iaitu volley ball dan sepak takraw.

Karnival Sukan UMNO Bahagian Rembau
Volley ball sampai dua court satu  court untuk games lelaki dan satu lagi perempuan
Takraw pulak bangunan sebelah Mrs. A tak sempat pi tengok pun. Cuma dengar sorak-sorai jer...

Karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
DUN Chembong (purple) vs. DUN Rantau (yellow)
Karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
Final games depa sesama depa jer... DUN Paroi A vs. DUN Paroi B
karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
We are defender

karnival sukan UMNO bahagian Rembau
Jom..jom..kita wefei
karnival sukan UMNO bahagian Rembau
Eh! 9 jer... manalah seorang lagi nih!?
karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
Bergambar bersama manager netball dan orang kuat disebalik team 'netball A' DUN Kota
Karnival sukan UMNO Bahagian Rembau
Juara Keseluruhan adalah DUN Kota
[kredit photo to Instagram YABDSU @mohamadhjhasan]
Huuhuhuhuu... team Mrs. A draw 1st games, second and third hancus. So sama jugak dengan team DUN Kota B hancus gitew. Kekdahnya we all pulang awallah. Tapi ada jugak manisnya bila mana DUN Kota menang secara keseluruhannya. Tahniah! DUN Kota uols make it finally.

Okay itu saja nak citer kisah Sukan Antara DUN. Majulah sukan untuk negara.

Dinner Dan Acara Penyerahan Jersi

Dinner Dan Acara Penyerahan Jersi

As Salam and greetings to dear readers.

Dinner dan acara penyerahan jersi. Minat punya pasal tak kisahlah malam ke, jauh ke, sanggup jugak tu pergi redah demi netball muahhhaaaaa.... Ada tak baca entry Mrs. A pasal karnival sukan SINI kiranya ini sambungan lagi. 

Mrs. A ingatkan dah tak dapatlah bermain netball untuk DUN Kota lagi sebab time karnival tu team Mrs. A dah kalah. Tetapi dah rezeki nombor 4 dan 3, masih boleh wakil lagi cos sang juara dah tarik diri tak mau wakil DUN Kota katanya.

Maka pengurus netball DUN Kota telah contact Mrs. A dan bertanya nak tak main lagi wakil DUN Kota untuk perlawanan peringkat Bahagian Rembau pula. Cos depa ambil separuh team dari nombor 4 dan separuh team dari nombor 3. Bila Mrs. A tanya gang netball depa kata mestilah naakkkkk.... apalagi on ajelah. Ha! nampak tak, nampak tak? Minat punya pasal semua pun okay.

Kekdahnya pada malam 22022017, bertempat di dewan orang ramai Chengkau telah diadakan majlis ringkas dinner dan acara penyampaian jersi untuk semua skuad DUN Kota yang akan bertanding pada hari esok iaitu Sabtu, 25022017 bertempat di Kompleks Belia & Sukan, Paroi.

Tapi yang dapat hadir dinner dan peyampaian jersi tu cuma N dan Mrs. A sahaja, we all hadir bersama family masing-masing. Yang lagi 4 orang tak dapat hadir masing-masing ada komitmen. Takpelah we both faham dan wakilkan depa untuk ambil jersi tu.

dinner
Kita bergambar dulu
dinner
Caption gaya anak-anak zaman sekarang. Adik kat belakang tu sedang melawat kawasan ngeh!ngeh!ngeh!
dinner
Hurmm... portion sapalah ni agaknya!?
Dinner
Manager netball sedang terima jersi netball daripada YB Dato' Dr. Hj Awaludin ADUN kawasan Kota
dinner
Iniler... jersi netball yang kena pakai esok
Dinner
Acara penutup haruslah bergambar bersama beramai-ramai kansss...
Adoiii... berdebar-debarnya nak lawan esok, hahhhahhaa dah macam gaya nak wakil Malaysia la pulok! Doa-doakan team Mrs. A menang ya... amvoi! verangan kemain ngeh!ngeh!ngeh! Kalau kalah pun Mrs.A okay jer... biasalah adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Apa yang penting kerja...sama... (baca ikut gaya wonder pet tau)

Okaylah itu sahaja nak citer kisah dinner dan acara penyerahan jersi. Akhir kata majulah sukan untuk negara.
Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser

Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser

As Salam and greetings to dear readers.

Siapa peminat kucing? Hehehehhe... kita gang. Tidak berapa lama dulu, hurm... dalam bulan Disember 2016 kot Mrs. A adalah membeli 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser secara online di Lazada MY. 

Readers yang dah lama baca blog Mrs. A ni mesti tahukan yang Mrs. A ni cat lover so adalah menjadi satu keperluan bagi Mrs. A untuk mempunyai 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser seperti yang di jual di Lazada MY tu.

Bukan apa senang dan mudah untuk kekucing Mrs. A tu makan ikut sesuka hati depa. Takdelah sikit-sikit nak top up, sikit-sikit nak top up pastu kekadang lupa top up muaahhhaaaa....

Macam inilah rupa dia 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser. Actually dia ada macam-macam color tapi Mrs. A pilih color pink.

Lazada MY
Mrs. A beli yang color pink dapat jugak misteri gift time ni.
Sebelah tempat untuk letak kibble (cat food) dan sebelah lagi tempat untuk letak air. Kibble dia tu biasa Mrs. A akan penuhkan terus full 1 kg dapatlah bertahan dua ke tiga hari cenggitu. Yang best kat bawah dia tu ada adjuster kita boleh adjust nak bagi kibble tu jatuh banyak ke sikit ke ataupun tutup terus.

Cara Mrs. A tak buat laluan besar-besar pun sedang-sedang aje cos kekucing Mrs. A ini bijak-bijak belaka dari pemerhatian a.k.a. observation yang telah Mrs. A jalankan. (Ha! siap tau buat observation bagai). Apabila tiada lagi kibble mereka di bahagian luar tu kekucing tu akan hulurkan tangan lalu mengorek-ngorek sehinggalah jatuh berguguran kibble tu. Ha! bijak tak bijak tu. Jadi tak perlu susah payah nak tolong depa keluarkan kibble tu.

Botol letak air tu pulak sama jugak ada adjuster kat hujung muncung penutup botol tu. Bila kita tonggengkan air akan keluar dan berhenti sendiri setakat bekas tu tak perlu risau air tu melimpah keluar pun. (ini berdasarkan pengalaman Mrs. A ya)

Setelah lebih kurang tiga bulan Mrs. A guna pakai 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser Mrs. A memamg puashati dan berkira-kira nak beli satu lagi. Kat mana nak beli tu? Semestinyalah nak beli kat Lazada My cos harganya yang berbaloi-baloi dan barangannya berkuliti dan puashati.

Mrs. A dah survey nak beli benda yang sama kat pet shop area taman Mrs. A tu tapi benda tu tak sama dengan yang jual kat Lazada MY. Ada tu ada tapi Mrs. A tak berkenan cos tempat food dia takde adjuster dan tempat airnya pulak tidak disediakan botol dan penutup yang boleh adjust macam yang Lazada MY punya tu. Ada ka patut dia suruh Mrs. A guna jer.. mana-mana botol minuman (recycle) ceh! tak naklah.

Hah! bukan itu sahaja yang Mrs. A tak berkenan harga pun tak boleh beat harga yang Mrs. A beli di Lazada MY tu. Okay takpe nanti kalau Mrs. A dah beli color lain pulak Mrs. A share ya! In Sha Allah

Thats all nak cerita beli barang di Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser
SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM

SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen review blog by Syahirahvaliant.com. Di pagi Isnin yang Mrs. A rasa perasaan macam-macam ada ini, ntah tak tahu apsal perasaan bercampur-baur macam nih! so nak menceriakan hati sendiri adalah lebih baik join segmen yang guarantee menang cenggini.

segmen review blog
KLIK BANNER
Lagi satu yang menarik dan best kenapa Mrs. A join segmen review blog by syahirahvaliant.com ini adalah syarat-syaratnya yang mudah. Okay kalau nak turut serta dan for more details sila klik banner kat atas tu ya!

Tarikh segmen berlangsung : 12 Februari 2017 hingga 12 Mac 2017


Dapat London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies

Dapat London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies

As Salam and greetings to dear readers.

Dapat London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies. Alhamdulillah a milllion thanks Mrs. A ucapkan buat rakan blogger Anies kerana sudi bagi souvenir nun jauh dari London gitew.

London Fridge Magnet
Dapat London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies
Mrs. A rasa terharu sangat, thanks Anies. Secara fizikalnya we all bukanlah kenalan rapat berjumpa pun belum pernah. Tapi itulah uniknya dunia alam maya walaupun jauh tapi dekat aje dalam dunia blogger ini. 

Ha! nak tahu tak macam mana Mrs. A boleh dapat London fridge magnet daripada blogger Anies. Kalau nak tahu meh! KLIK SINI

Mrs. A suka jer dengan London Fridge Magnet Daripada Blogger Anies tu. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus manis-manis sahaja hingga ke Jannah. In Sha Allah.
MRS.A my blog my stori ©