MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Discharged

Discharged

As Salam and greetings to dear readers.

Alhamdulillah semalam Along dan Adik dah discharged. Fuh! lega tak payah beraya di hospital. Mrs. A tak menyumbang pun dalam urusan discharged depa semalam tu ngeh!ngeh!ngeh! semuanya Mr. A yang uruskan alhamdulillah mujur orang tua tu faham yang wife dia ni berkerja.

Time Mrs. A calling-calling apa citer katanya tengah prepared dokumen untuk discharged dan ambil ubat. Actually walaupun Along dan Adik dah discharge tapi mereka sebenarnya belumlah fully recovered. Masih perlu makan ubat on time sebab itulah doktor beri MC sehingga raya.

Menurut doktor MC itu adalah lebih baik buat mereka coz bila makan ubat akan jadi mengantuk dan perlu berehat kalau pergi sekolah mesti tak dapat tidur dan berehat. 

Mrs.A- sukaler tu... tak yah gi sekolah
Sukaler tu... tak yah gi sekolah
Harga yang terpaksa dibayar pulak bukanlah murah kalau dah sakit ni. Sebab itulah orang kata mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.

Okay! itu sahaja kisah discharged. Selamat menjalani ibadah puasa hari ke 25 buat readers. Semoga puasa kita hari ini penuh berkah.

Wordless Wednesday #81

Wordless Wednesday #81


As Salam and greetings to dear readers.


Ketika kita mendoakan orang lain,
Allah SWT mendengar doa kita dan merahmati mereka;
Kadangkala apabila kita selamat dan bahagia,
Ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan kita.


kredit: @datoserivida
Tinggal Seminggu Lagi

Tinggal Seminggu Lagi


As Salam and greetings to dear readers.

Sekejap benar rasanya dah tinggal seminggu lagi nak raya. Dah banyak dapat kad raya? Mrs. A semalam dan hari ini kena settlekan kad raya bos. Haish! bos ni lambat pulak dia suruh hantar tahun ini. Last week busy dengan preparation untuk meeting lagipun Mrs. A EL dua hari itu pasal lambat kata bos.


Kad raya company. Cantik tak?
Serunding daging pun nak enter frame ha! RM10 beli kat Aeon S2

Duit raya dah tukar? Mrs. A alhamdulillah semalam berkesempatan menukar duit raya. Takdelah banyak pun, berpada-pada aje itu pun lebih kepada anak-anak sedara aje.

Actually raya tahun ini kurang excited bila mengenangkan Along dan Adik yang masih di hospital tu. Exhausted pun iya jugak bila mana Mrs. A dan Mr. A terpaksa ulang-alik hospital. Mujurlah working hours Mr. A tu flexible kekdahnya siang bila time Mrs. A kerja dia jaga. Malam pulak Mrs. A akan take turn jaga sampai pukul 11.30 malam lebih kurang la... kemudian passing baton semula ke Mr. A.

Tapi mujurlah mereka dah besar-besar dah pandai berkata-kata mana yang sakit, apa yang sakit lainlah kalau baby, degree kerisauan tu mesti terlebih-lebih sebab kita tak tahu apa yang sakit.

Bercakap dengan Mr. A tadi doktor kata In Sha Allah esok Along dah boleh discharge. Cuma adik belum tahu lagi bila coz adik masih demam. Keadaannya masih tak memuaskan hati doktor sekejap demam, sekejap okay. Adik ini dia susah sikit nak makan ubat, bila nak ambil gas (nebulizer)  pun payah. Malam tadi Mrs. A siap cakap kat dia, Adik please makan ubat jangan cheating, kalau tak sihat lagi tinggallah kat hospital ni raya sorang-sorang. Ibu dan yang lain-lain nak balik kampung ni. Hahhaaaaa... meroyan dia sekejap terus jadi baik nak pergi mandilah nak amik gaslah. Macam-macam karenah.

Petang nanti nampak gayanya berbuka di hospital lagilah. Experiences itu bukan semua orang merasa. #syukurselalu.

Okay! itu sahaja kisah Tinggal Seminggu Lagi. Selamat menjalani ibadah puasa hari ke 23 buat readers. Semoga puasa kita hari ini penuh berkah.

Dugaan Di Bulan Ramadhan 2016

Dugaan Di Bulan Ramadhan 2016

As salam and greetings to dear readers.

Selamat berpuasa hari ke 19 buat semua readers. Buat mereka yang bergelar ibu ataupun dalam erti kata lain orang perempuan masih berpuasa ke... atau ada yang dah bercuti ngeh! ngeh! ngeh!. Pejam celik pejam celik malam ini dah malam ke 20 kita berpuasa. Sebagai umat islam Mrs. A pasti dan yakin kita semua mahu bertemu malam Lailatul Qadar iaitu malam yang diibaratkan lebih baik dari malam seribu bulan. In Sha Allah perancangan Allah tiada siapa yang tahu.

Amboi! panjang benar pulak mukaddimah Mrs. A nih! Actually Mrs. A nak citer kisah anak-anak Mrs. A yang kurang sihat. Memula Along demam, dari balik kampung last week Along dah demam tapi dia rajin aje makan ubat. Dah tu pulak walaupun demam tapi dia tetap cergas di kampung ke sana ke mari. 

Kemudian adik pulak demam, tapi masih bertahan lagi cuma adik ini susah nak suruh dia makan ubat. Kemudian Tuesday night demam Along semakin teruk, panas sangat badan dia cakap pun dah merapu-rapu itu yang we all decided hantar dia ke hospital. Babahnya hantar ke hospital Columbia di Oakland tetapi bila jumpa doktor tu dan bagitau apa masalah terus aje doktor tu kata denggi dan tak nak terima. Dia terus refer HTJS siap hantar dengan ambulan bagai. Haish! macam ini punya doktor pun ada ka???? Mengamuk orang tua tu kat situ terus blah! baki duit pun tak amik. Mrs. A tahu pun sebab cashier hospital called Mrs. A suruh datang amik baki terlebih bayar katanya.


Along sewaktu di HTJS sebelum bertukar ke SALAM

Along & Adik satu bilik katil sebelah menyebelah

Finally Along dan Adik admitted ke SALAM. Along yang pada mulanya suspect denggi tetapi sewaktu di HTJS mereka kata bukan denggi cuma simptomnya itu seakan denggi tetapi ianya adalah virus fever.

Adik pulak yang we all fikir demam biasa tetapi sebenarnya adalah denggi. Sehingga entry ini ditulis Along dan Adik masih lagi dirawat di SALAM namun begitu alhamdulillah beransur pulih. Bagaimana dan macamana boleh terkena tidaklah diketahui apa puncanya. Doktor pun susah nak pastikan. Sekarang ini macam-macam penyakit ada.

Semoga Along dan Adik segera sembuh huhuhu.... Nak raya ni... tak mau arrr... beraya di hospital. Dear readers tolong doakan bersama-sama semoga mereka segera sembuh ya...

AGM Kelab Sosial & Rekreasi 2016

AGM Kelab Sosial & Rekreasi 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat berpuasa hari ke 15 Ramadhan dan jugak selamat hari Isnin. Pagi ini di daerah Seremban banyak tempat hujan mungkin jugak seluruh daerah itu pasal ada yang malas nak pergi kerja tu muahhhaaaaa.... mujurlah Mrs. A tak macam tu. [choi!!! apa hal ko puji diri sendiri Mrs. A hoi!]

This morning sesampai aje di cubicle tengok ada dua bungkus keropok, dalam hati siapa pulak yang bagi ni? Kemudian duk ligat memikir siapa pulak bebudak office yang pergi bercuti nih! rasanya takde. Malas nak berteka-teki terus tanya officemate yang cubicle depan Mrs. A tu katanya C bagi mereka berjumpa di Aoen. Oh! adik praktikal yang dah tamat praktikal tu bagi rupanya. Alhamdulillah rezeki.

Actually pagi ni ada AGM Kelab Sosial dan Rekreasi ("KSR") sesiapa yang menjadi ahli diminta hadir. Mrs. A ahli tu pasal yang nak pergi tu cari-cari gang netball unfortunately seorang pun not available. Depa takde seorang EL dan seorang MC. Kekdahnya dengan gigih Mrs. A pergi seorang. Hurmmm.... tak tahulah kenapa KSR organize meeting luar dari kawasan office hanya mereka yang tahu sebab-musababnya.

Hadir-dapat-souvenir-pen-pensil-dalam-bekas
Hadir dapat souvenir pen & pensil dalam bekas

Jarak office ke dewan ini takdelah jauh sangat pergi-balik dalam 31km jerr... Sesampai aje tengok ramai jugak orang tengah register dari HQ dan jugak dari kesemua tujuh daerah yang berlainan tu. Bila time Mrs. A register kemudian seorang AJK kata yeah dah cukup korum dah boleh diadakan mesyuarat katanya lorrr... ingatkan apalah tadi. Lepas tu dapat arrr... souvenir macam kat atas tu. Okaylah tu dari takde pape kanss..

Seperti yang telah dijanji tepat jam 10.30 pagi mesyuarat pun bermula. AGM kali ini tiada pemilihan AJK baru kata tuan presiden, tujuan utama adalah untuk membentangkan penyata kewangan, laporan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2015 dan jugak planning untuk tahun 2016 yang lagi setengah tahun.

Hurmm... panjang lebarlah ceritanyanya dari awal perjalanan KSR yang sebelum ini dikenali sebagai kelab sukan sahaja. Kelab sukan terdahulu diterajui oleh orang lain, pernah duit kelab kena sekat di insolvensi gara-gara kelalaian sesetengah pihak terdahulu. Amboi! berliku-liku betul perjalanannya tapi Mrs. A suka nak ingat yang best-best aje terutama yang ada kena-mengena secara langsung dengan Mrs. A muaahhaaaaa. Antaranya adalah KSR akan bagi hadiah birthday bagi setiap ahli bagi permulaan ini mereka yang lahir dari Januari hingga Mei akan dapat. Kemudian KSR juga akan bagi T-shirt.

Lain-lain planning KSR yang Mrs. A ingat di antaranya adalah:-
1) Membeli aset di Primaland untuk disewakan dan jugak untuk ahli-ahli menyewa dengan bayaran yang berpatutan. 
2) Membeli bas untuk kegunaan bersukan di luar kawasan
3) Dalam proses akhir untuk menyiapkan rumah kelab. Apa ada kat rumah kelab? setakat ini yang ada adalah permainan dart aje, dalam proses nak beli yang lain-lain.

Itu diantara yang Mrs. A ingatlah eh! ada lagi explorer-hunt dan trip ke langkawi. Ada banyak lagi tapi cukuplah banyak tu kot. 

Walaupun ada jugak dua ke tiga isu hangat ditimbulkan tetapi alhamdulillah pada pendapat Mrs. A, KSR berjaya menanganinya dengan baik dan jugak penuh toleransi. Bak kata pepatah umpama menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak dan rambut jangan putus. Itulah yang mereka berjaya lakukan.

Syabas Mrs. A ucapkan kepada presiden KSR dan jugak kesemua AJK-AJK yang terlibat. Adatlah tu kita manusia manalah dapat puaskan hati semua orang janji apa yang kita buat itu betul dan disokong oleh majoriti abaikan sajalah suara-suara sumbang ataupun halangan-halangan yang lain tu. Semoga KSR akan terus maju jaya dan semua yang dirancang dipermudahkan dan menjadi kenyataan. In Sha Allah.


Shopping Raya Awal Dari Biasa dan Berbuka di Chakri Palace, KLCC

Shopping Raya Awal Dari Biasa dan Berbuka di Chakri Palace, KLCC

As Salam and greetings to dear readers.

Shopping raya awal dari biasa tu maksudnya shopping raya tahun ini awal dari tahun-tahun sebelumnya. Kalau tahun-tahun sebelum ini we all selalu aje shopping last minutes. Pernah ada sekali tu tempah baju raya last minutes kesudahannya baju raya tu tak sempat siap muahhaaaaa... padan muka takde baju raya. Tapi mujurlah baju raya anak-anak sempat tailor tu siapkan. 

Berbeza dengan tahun ini Mr. A tu awal-awal lagi dah pergi menempah baju raya untuk we all sekeluarga. Nak kata awal sangat tu tidaklah tapi Friday 3 Jun sebelum puasa hari tu dah pergi menempahnya. Kalau tailor favorite Mr. A ni dia seorang aje yang akan uruskan semua. Mrs. A bagi ajelah baju contoh untuk dibuat ukuran. Tema color apa dah siap-siap discuss, beli kain kat situ dan tempah sekali.

Shopping-shopping raya pulak, last Saturday sempatlah pergi Suria KLCC dan berbuka di Chakri Palace.

Kata shopping raya apsal ko belek baju sport Mrs. A oiiii dah tu ke Sephora bagai.
Actually shopping raya untuk kids jer...

Hah! Suria KLCC ini pun favorite place we all tak tahu apsal yang suka sangat gi sini maybe dah lancar selok-belok kot. Dah pernah suggest kat Mr. A tu tukar tempat Mid Valley ke, SOGO ke, One Utama ke, tapi tak jalan. Takpelah Mrs. A ikut jer...janji hajat tercapai ngeh! ngeh! ngeh!

Sebelum jalan-jalan ke arah tujuan tu we all survey dulu kat mana letaknya Imperial Chakri Palace tempat untuk berbuka nanti. On the way tadi dah call buat reservations untuk lima orang. Mrs. A yang suggest tempat ini kat Mr. A mujur dia ok coz leceh kalau nak pergi tempat lain katanya. Mrs. A tertarik nak berbuka kat tempat ini pun sebab pengaruh blogger.

Kemudian we all berpecah dua the boys ikut babah dan Aryssa pulak dengan Mrs. A. We both terus ke Isetan nak cari kasut dan baju jalan Aryssa. Ntah! kenapa kat situ takde pun yang Aryssa berkenan balik-balik Mrs. A yang punya. Haish! tak boleh jadi nih! pastu pergi Uniqlo barulah ada yang si Aryssa suka. Aryssa amik, ibu pun ada gak selit seketul dua amik punya amik dah penuh bakul tak sedar time bayar tengok 999 cantik aje nombornya. Nombor kecemasan polis. Selepas Uniqlo naik pulak balik ke Parkson coz nak cari kasut Aryssa yang tak jumpa-jumpa lagi.

Sementara itu pulak the boys dah habis shopping. Pergi buat spek mata untuk adik. Actually adik dah lama mengadu yang mata sebelah kiri dia kurang nampak. Katanya kat sekolah time doktor datang dah pernah cek mata memang ada masalah rabun jauh.

Power 300... huwaaaa... kalah ibu dik!

Frame pilihan sendiri

Lebih kurang pukul 6.30 petang Aryssa dan Mrs. A pun geraklah ke Imperial Chakri Palace, tempatnya adalah di level 4 hujung sekali. The boys tak sampai lagi so we both masuk dulu duduk kat meja yang dah reserved.

Lambat betul the boys, sampai Aryssa dengan Mrs. A dah ansur-ansur amik makanan dah! barulah depa sampai. Bila jumpa Mrs. A aje bukan main becok adik bercerita. Ibu Aqil punya power banyak bu 300 katanya. Aqil pilih spek sendiri, color yang Aqil suka brand dia Ray Ban blaa...blaa...blaaa itulah ibu tak caya cakap Aqil sekarang dah caya kan??? haish! macam bertih jagung. Dah! dah pi amik makanan kejap lagi nak buka ni...

Okay citer lain, pasal food kat sini pulak, actually ini first time Mrs. A makan kat sini terjebak setelah baca kat blog, review pasal buffet Ramadhannya. Unfortunately Mrs. A tak survey pulak apa yang special tu pasal yang terlepas makan Mieang Kam tu. sepatutnya cubalah satu.

Inilah.dia.signature.appetizer.tu.Mieang.Kam
Inilah dia signature appetizer tu Mieang.Kam

Walaupun tempat ini agak besar tapi bukan semua tempat buffet, yang sebelah lagi tu boleh order ala-carte style. namun yang pasti time berbuka di mana-mana tempat pun full house. Mujurlah we all dah buat reservations siap-siap.

Buffet-Ramadhan-di-Imperial-Chakri-Palace-Suria-KLCC-Adult-RM91.90-Children/Senior-Citizen-RM47.90
Buffet Ramadhan di Imperial Chakri Palace, Suria KLCC Adult RM91.90 Children/Senior Citizen RM47.90

Food kat sini semuanya ala-thai dah namanya pun Royal Thai Cuisine. So dinasihatkan kepada yang bukan peminat makanan thai tu fikir-fikir dululah kalau nak makan di sini ya. Pendapat Mrs. A untuk Buffet Ramadhan tu pulak biasa-biasa aje cuma suasana aje yang agak menarik dan selesa.

Okay! itu sahaja kisah Awal Dari Biasa. Selamat menjalani ibadah puasa hari ke sebelas buat readers. Semoga puasa kita hari ini penuh berkah.



Wordless Wednesday #80

Wordless Wednesday #80

As Salam and greetings to dear readers.


yummy
Yummy!

Selamat menunaikan ibadah puasa hari ke sepuluh. Nak up jugak cake birthday dari Gang Lunch coz entry sebelum nih! terlupa nak up. Tolong jangan kecam.

MRS.A my blog my stori ©