MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
School breaks

School breaks


Ho!!..hoho!!!....balik kampung! hoho!! balik kampung! hati riang
 School Holiday 1 weeks. My kids awal-awal lagi dah plan nak tinggal kat kampung. Aku 50-50 jer nak bagi ke tidak? Whatever it is kena tanya Babah dulu ler.. ye anak-anak. Then minta izin nenek boleh ke tidak?

If the kids tinggal kat kampung kontranya adalah they all akan ponteng mengaji 5 hari, lepas bebas merayap kat rumah neighbours tak kira waktu, school works takde siapa yang pantau walaupun segala macam buku they all ada bawa. Mentelaahnya adalah 10 minit jer kot.

Suasana kat kampung time cuti memang meriah bukan setakat my kids jer yang duduk kampung nenek depa, cecucu neighbours mak aku pun sama akan lepak kat kampung. The kids + friends akan rotate port bermain, contoh today rumah mak aku, tomorrow rumah sebelah, tulat rumah depan, macam gitulah seterusnya. Sometimes sampai ke petang makan minum kat rumah port they all bermain tu. Memang kejiranan kat kampung aku tu budayanya begitu.

Selalunya pepetang they all akan gi main futsal. Selalunya Alonglah yang rajin gi futsal pantang kawan dia ajak sure dia pegi tak boleh nak kata apa pun tetap gak pegi. Pergilah Along ingat gi futsal tau jangan pegi tempat lain pulak. Gelanggang futsal tu dalam 10 minit walking distance dari rumah mak aku. 

Pronya tinggal kat kampung mak aku takdelah sunyi sangat the kids ada teman dia & tolong dia apa yang patut. Tolong sapu laman ke, gi beli ikan keli kat jiran sebelah hujung sawah, ceria sikit suasananya.

Syukur aku masih ada emak kat kampung bolehlah anak-anak aku menumpang bila time cuti. Semoga aku akan sentiasa menjenguk emak aku tak kira masa, tak semestinya time cuti sekolah aje. Anytime when I have time. In Sha Allah. 

mana pulak kunci keta ni???...rasa dah letak kat bag ni tadi

Luahan Perasaan

Luahan Perasaan

Aku pelik dan hairan: Kenapa ada orang pentingkan diri sendiri aje?
Aku pelik dan hairan: Kenapa ada orang malas seperti itu?
Aku pelik dan hairan: Kenapa orang tu tak terfikir dia membazir elektrik?
Aku pelik dan hairan: Kenapa orang tu tak berfikiran positif?
Aku pelik dan hairan: Kenapa? kenapa? kenapa?
Aku pelik dan hairan: Ko dah tahu no more tea lady boil ajelah till the max?

Supaya: Ramai orang akan dapat gunakan
Supaya:  Ko dapat pahala mudah
Supaya: Ko dapat ucapan terima kasih
Supaya: Ko berjaya menyenangkan dan gembirakan hati orang at least aku ni hah!

Ko dah kenapa Mrs. A pepagi dah! emo???
Kerana...kerana..kerana...
Aku adalah aku.
Which one ya...???

Which one ya...???

Last week Sunday hujan dah mula turun alhamdulillah lebat juger...the best part pagi hingga ke malam. Mungkin musim hujan telah bermula... Sure akan ada kedengaran pula suara-suara manusia berkata "asyik hujan jer...bila nak berhenti ni???" ermmm...lumrah manusia tak reti-reti nak bersyukur. Semoga we all dijauhkan dari golongan yang tak reti bersyukur itu. In Sha Allah.

Today (16.3.2014) my kids tahu aku ada training netball tu yang they all banyak kali tanya tu Ibu pergi tak, pergi ke tak? expecially si Adik. Aku jawab tengoklah tak tau lagi rasa macam malas, hari hujan dik hoi! Ghupernya babah they all pun ada friendly match kat padang Rahang. Hubby pun tanya aku gi tak training netball, tak kot jawab aku rasa malas jer hujan. Then dia kata tak payah gi netball pergi padang Rahang jer..tengok friendly match Xstad.

If kat padang Rahang tempat penonton berbumbung so my kids tak kenalah hujan. If aku pegi training netball tu kat padang sekolah tu tempat berbumbungnya jauh dari padang netball tu sure my kids berhujan nanti. Itu yang aku tak nak lagipun Adik masih demam belum elok betul lagi, Along & Aryssa pun bebatuk & selsema tapi taklah teruk sangat cuma takut jadi teruk. Ermmm... actually aku 50-50 nak pergi ke tak ni? Finally aku ikut kata hubby gi padang Rahang.

Tapi sedih gak tu huhuuuuhu.. bila Ezza call tanya aku datang tak huhuuuhuu...rasa macam nak gi pun ada time tu. But then sorry gang aku tak datang yer.... for the sake of my kids. I have to make a wise choose. Amboi! macam masalah besar bangat pulak kekdah!nya. Lebih kurang pukul 5.30pm we all pun gerak gi padang Rahang dalam cuaca hujan hokeh!

Gegambar masa games satu pun takde.. huh! sedeh! baik Along maupun Aryssa banyak kali aku suh amik tapi depa tak layan, aku tak koser la pulak haish... Lepas habis games tu hubby aku suruh aku & kids gi Nelayan Seafood dia kata kita makan kat sana, adalah 2-3 orang friends yang joint sekali.

Nelayan Seafood ni kira top jugaklah kat Seremban ni... pernah masuk dalam rancangan "Jalan-Jalan Cari Makan" masa tu hosnya Maria Tunku Sabri tak silap aku. Restoran ni memang dah sedia ada top pun walaupun sebelum masuk rancangan tu ya. Mungkin sebab restoran ni dah lama wujud tu yang ramai orang Seremban tahu. Restoran ni kira port hubby aku ler...lelepak dengan gang-gang dia.

Kat sini adeler...seketul 2 gambar yang diambil oleh Along.


Hi! I am Zikry hihiiiii... (anak Hasba)



Memasing dengan chicken chop.

Selfie la sangat ko Along...

Kalau nak ikut aku memang malas nak keluar, tapi..tapi..tapi kesian kat anak-anak they all perlu ruang untuk bersuka ria, jenjalan so aku tak bolehler..ikut perasaan aku jer...kenalah fikirkan untuk anak-anak juger. So layannn....selagi boleh asalkan they all happy.
Mata kami dah! baik...

Mata kami dah! baik...

Mata kami dah! baik...

Tak berapa lama dulu aku pernah blogkan pasal kekucing yang mata depa sakit. Ingat lagi tak? Kesian betul tengok kekucing tu walaupun aku nih! bukan tuan sebenar mereka. Tapi naluri kemanusian dan keibuan aku tetap menebal. eh! cewwahhh.. perasan sendiri la pulokk...My kids lagilah all of them suka sangat kucing depa wat kekucing tu macam baby expecially Aryssa. Alhamdulillah sekarang kekucing tu dah sembuh.

Tak percaya tengok nih! 
mata-kami-dah-baik
Hi! I'm Midnite..apalah pompuan ni buat ni asyik dok kata tengok sini.. tengok sini (agaknya itulah yg dia cakap if dia boleh berkata-kata ngeh!ngeh!ngeh!)
Memang cool giler...dia nih! senang jer...aku nak amik photo dia. tapi dia tak gheti bila aku suh dia pandang camera. Memanglah diakan kucing muuuahhaaaaa...

Mata dia yang sakit dulu sebelah jer... byk taik dan berair. Sekarang dah sembuh dah bersih pun mata dia. Actually aku guna jer...dua-dua ubat mata aku tu, yg oitment dgn titik. Cos bila aku guna oitment jer... takde perubahan sangat bila aku guna sekali dengan yang titik barulah nampak kesan positifnya.

Kitiki kucing ku yang bukan kucing ku ni yang paling worst masa tu. Kedua belah mata dia sakit, but now dah sembuh, dah bersih no more taik mata & air mata.

 

Ermmm...sempat pulak dia jejilat bulu dia, penat Vet Aryssa arahkan dia show your eyes Kitiki
Susah sikit nak amik gegambar kucingku yang bukan kucing ku ni, menggeletis tak duk diam tak cool macam Midnite.

Comel mata dia yang sakit masa tu sebelah jer... selalu jer...dia tutup sebelah mata dia macam Jack Sparrow la pulak. Sekarang tadaa... dah pulih, dah bersih dari taik-taik mata dia.



Apalah manusia ni buat asyik cakap tengok sini, tengok sini hoi! cepatlah aku nak makan ayam goreng ni cepatlar...lepas ni nak upah ayam goreng tau! (kekata Tam dalam hati ngeh!ngeh!ngeh!)

Yahoooo! dapat pun ayam goreng letak banyak-banyak tau nasi, we all dah ler..4 ekor. Ayam kasi lebih
Tam & Comel tak sabar nak makan. Tam mata dia tak sakit maybe antibodi dia kuat.

Alhamdullillah syukur padaNya.
Not feeling well

Not feeling well

Sebenar-benarnya dari Monday lagi aku dah rasa sakit tekak, badan pun rasa lain macam sikit. Tak makan apa-apa ubat pun, then Tuesday petang after lunch rasa macam teruk sikit flu akulah running nose dahlah kat office takleh nak sumbat hidung nanti if bebudak office tengok sure kata buruknya perangai tak tentu pasal dapat title pengotor lak nanti. 

Adik my youngest son pun sama tapi dia senyap jer... tak komplen pape pun hurmmm...tak nak makan ubat ler tu cuma dia komplen hidung dia tersumbat. itulah akibatnya dik hoi! masa badan ko tengah panas lepas main ko pi teguk ais dah ler..tekak ko sakit.

ni ler...budak demam tu - susah betul nak amik gambar dia.
Tuesday night Adik & aku bertambah teruk flu memasing lelawan lagi amik tisu. Tu yang aku decided, Wednesday nak gi kliniklah bawa Adik sekali. Wednesday lebih kurang pukul 10.00am we all gi klinik aku yang drive hokeh! Babah as usual kerja somemore dia kena gi KL. Takpelah aku ok jer...drive sendiri. 


Pergi klinik yang we all suka dan selalu pegi jumpa Doc. then amik ubat. Ada gak ubat aku minta extra untuk Along & Aryssa sekali yelah stok ubat kat fridge pun dah takde. Doc. pun faham katanya dengan cuaca sekarang memang mudah kena sakit ni. Dia nasihat lebihkan makan buah-buahan dan minum air suam. Adik & aku dapat mc tapi 1 hari jer...hokeh!

Doa-doakan we all get well soon ya tak lupa juga doa untuk MH370 semoga ditemui segera. Amin...

Pray for MH370

Pray for MH370

As for now aku pasti seluruh dunia tahu akan kehilangan MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Aku pun turut sedih dan simpati terhadap keluarga mereka yang terlibat. Aku nak share msg dari menara kawalan trafik udara ni..Actually msg ni in chinese tapi telah ditranslate ke BI.


credit to tengoktvonline.blogspot.com

Touching sangat bila baca mengalir air mata aku. Walaupun tiada sedara-mara atau kaum kerabat aku dalam flight tu, tapi sebagai insan biasa aku simpati sangat. 

Marilah kita sama-sama berdoa semoga MH370 ditemui kembali. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Amin....

Gunting jangan tak gunting

Gunting jangan tak gunting

Gunting jangan tak gunting.

Actually aku berbelah bagi nak potong ke tak potong ni....konon-kononya nak biar panjang sama macam time aku nak kahwin dulu. Huh! lama giler...punya story tu. ermmm...tapi rimas & tak sessuai.... hokeh! susah aku nak main netball hah! Tu yang bila balik kampung salah satu tujuan utama aku adalah nak potong rambut. 

Same goes tu Aryssa. Aku pujuk dia suruh potong jugak rambut dia mujur dia setuju tapi dia ada request nak cuci sekali hokeh! Amboi! kemain lagi dia siap suh cuci kalah ibu dia.

Then...tadaa....
Gunting jangan tak gunting
Gunting jangan tak gunting
dah! pendek
Gunting jangan tak gunting
Aryssa tak settle lagi cos dia potong & cuci
Gunting jangan tak gunting
The boys ni...kan haish!!!...kat sini pun sempat buat drama tau. sabar ajelah
Gunting jangan tak gunting.

Aku suka potong rambut kat kampung, cos selesa dengan taylor tu dan lebih murah dari salon yg kat Aeon Seremban 2 ni... Kat sini bila dah tak sabar sangat tu yg gunting time lunch hour Friday tu.
MRS.A my blog my stori ©