MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Giveaway First Ever By ainniah.blogspot.my

Giveaway First Ever By ainniah.blogspot.my

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway First Ever By ainniah.blogspot.my


Mrs. A memang mudah tertarik untuk join giveaway seandainya giveaway yang dianjurkan itu adalah sejenis yang mudah syarat-syaratnya. 

Contohnya seperti Giveaway First Ever By ainniah.blogspot.my ini laju aje Mrs. A join.

Giveaway
KLIK
Menurut beliau Giveaway First Ever By ainniah.blogspot.my diadakan adalah sempena tiga event penting dalam bulan November ini iaitu birthday suami dan anak kedua beliau serta Opening Klinik Putra Cawangan Pokok Sena.

Tarikh tutup giveaway adalah pada 24 November 2017.

Dah namanya giveaway tentulah ada hadiah kan...kan..kan... ha! kat bawah ini adalah hadiah buat yang bertuah iaitu satu tiub krim multipurpose Herbal Blend Shaklee untuk seorang pemenang.

giveaway

Kalau rasa nak join macam Mrs. A sila klik banner di atas for more details.

Mrs. A join Giveaway First Ever By ainniah.blogspot.my 

Pertandingan Bowling Piala Pengarah

Pertandingan Bowling Piala Pengarah

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bowling Piala Pengarah.


Pertandingan Bowling Piala Pengarah pada tahun ini (2017) telah diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Oleh kerana tahun ini sambutan sangat menggalakkan maka organizer telah membahagikan pertandingan tersebut kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Alhamdulillah team The Turkey telah diundi untuk sesi petang so tak perlu ler... nak datang semula andai kata sebelah pagi tu menang cos acara penyampaian hadiah akan diadakan pada sebelah petang. Kalau tak menang yang pagi tu memang tak datang dah kot [itu kalau Mrs. A lettew]. Lainlah kalau terlebih rajin memang tak balik-balik bertungku-tangga kat situ muahahhaaaaa....

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih bowlers yang terbaik bagi mewakili company ke pertandingan bowling persahabatan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) pada 18 November 2017 nanti dan juga wakil bagi Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) yang dijangka akan diadakan pada April tahun hadapan.

Okay jom kita layan gambar.

bowling
Haruslah bergambar sebelum bermula. Gaya bebas katanya
bowling
Eh! ini gang netball ni. Yang baju hijau tu sesi pagi tu yang dah dapat lucky draw tu
bowling
Hurm... jauh la pulok!!! banner tu, pasal tu le kecik aje gambarnya
bowling
Eh! haruslah #OOTD
Target Mrs. A tak tinggi mana pun lagipun jari tengah Mrs. A sakit la pulok!!! time tu. Apabila keseluruhan keputusan keluar Mrs. A dapat no 9 jerrr... out of 19 peserta perempuan. Yeay!!! mencapai target untuk mendapat top ten.

Unfortunately The Turkey tidak berjaya mendapat tempat top 5 keseluruhan tetapi untuk kategori individu lelaki salah seorang daripada The Turkey iaitu Hasfi berjaya mendapat tempat ketiga out of 40++ secara keseluruhan.

Tumpang gembira dan bangga juga dengan lain-lain gang netball yang berjaya tersenarai sebagai top ten dan yang paling 'WIN' tu tempat pertama individu perempuan telah dimenangi oleh CT Z semestinya dari gang netball.

Walaupun kemenangan tersebut melayakkan beliau untuk mewakili company dalam sukan bowling tetapi beliau telah menolaknya kerana lebih suka untuk bernetball dan memilih untuk mewakili team  netball. Tahniah dan terima kasih CT Z kerana memilih netball kalau tak susah jugalah team netball yang tak cukup players ini.

Tahniah to both of you.
Moment ketika Tuan Pengarah sendiri yang menyampaikan hadiah.
[kredit photo FB KSR SAINS]

bowling
Top 3 Individu lelaki
bowling
Champion individu perempuan
The End kisah Pertandingan Bowling Piala Pengarah untuk tahun ini. In Sha Allah panjang umur jika diberi kesempatan jumpa lagi tahun hadapan. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus mekar mewangi. Akhir kata majulah sukan untuk negara.


Kontes Ke - 6 Anjuran KomenSen : Teka Nama Ikan

Kontes Ke - 6 Anjuran KomenSen : Teka Nama Ikan

As Salam and greetings to dear readers.

Kontes Ke - 6 Anjuran KomenSen : Teka Nama Ikan


Walaupun setengah jam aje lagi masa kontes ini akan tamat, tetapi Mrs. A gigih juga nak join cos kontes ini lain daripada yang lain. Mungkin penganjurnya orang lama kot ngeh! ngeh! ngeh!

KLIK

Kontes Ke - 6 Anjuran KomenSen : Teka Nama Ikan
Syafakallah Wahai Anak

Syafakallah Wahai Anak

As Salam and greetings to dear readers.

Syafakallah Wahai Anak.


Baru sahaja Along celebrate birthday yang ke 15 tahun tiba-tiba dia jatuh sakit pula. Itulah kalau Allah berkehendak dalam sekelip mata aje Dia mampu. Tiada daya kita sejenis manusia kerdil yang mampu untuk menahannya.

Actually Along dah mengadu demam semenjak hari Ahad lagi time pergi wedding yang di K.L itu pun dia dah tak berapa ceria tapi masih gigih lagi tu menjoinkan diri. Tetapi apa yang Mrs. A geram tu on Monday tu dah pesan suruh pergi klinik dengan babahnya tapi tak pergi juga, Tuesday tak pergi juga. 

Dah malam tu barulah mengadu domba katanya esok nak gi hospital teruslah ibu sakit sangat kat sini katanya sambil tunjuk bahagian kiri perutnya. Bila batuk sakit, bila angkat kaki kiri tinggi sikit pun sakit, jalan tebongkok-bongkok menahan sakit.

Finally Wednesday tu babahnya pun bawa Along ke hospital SALAM, Senawang. Setelah doktor check katanya perlu menjalani CT Scan/ ultra sound untuk tahu apa punca sakitnya tu. Nak tak nak terpaksalah admitted untuk menjalani procedure seterusnya.

Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui dan mengerti apa yang ibubapa rasakan apabila anak mereka ditimpa sakit. Ignore negative vibes. Stay positive. [ingatan untuk diri-sendiri]

Syafakallah
Lama tidurnya setelah menjalani CT Scan/ Ultra sound. 
Dah tiga hari Along admitted. Alhamdulillah keadaan dia bertambah baik. Result CT Scan/ Ultra Sound tidak mampu menunjukkan apa sebenarnya sakit Along. Kemudian doktor advised jalani procedure 'colonoscopy'.

  • Colonoscopy or coloscopy is the endoscopic examination of the large bowel and the distal part of the small bowel with a CCD camera or a fiber optic camera on a flexible tube passed through the anus.Wikipedia

Walaupun Along telah menjalani procedure colonoscopy semalam tapi doktor masih tidak menjumpai apa-apa yang pelik atau punca sebenar sakitnya itu. Menurut doktor kesemua gambar yang ditunjukkan camera keadaan ususnya adalah normal.

Pihak hospital bercadang untuk menjalankan satu lagi procedure. Kalau tak silap Mrs. A mereka nak tebuk perut Along untuk buat laluan. Hurrrmmmm.... oh! rasanya tidak cukuplah setakat ini buat masa ini. Tak sangguplah pula nak biarkan Along ditebuk-tebuk gitew... Lagipun alhamdulillah Along memang dah bertambah sihat dengan ubat-ubatan yang diberikan setakat hari ini.

Mrs. A tahu Along kuat semangat orangnya ditambah pula supporting moral daripada family members Along dah mampu tersenyum kembali.

Syafakallah
Bila Princes Talia datang visit wefie adalah sejenis penawar dan kegembiraan buat Along 
Walaupun apa sebenarnya sakit Along tidak dapat dipastikan lagi tapi Mrs. A serta family dah sepakat nak dischargekan Along.  Biarlah dirawat dengan ubat-ubatan dahulu sambil itu we all akan ikhtiar dengan cara lain pula. In Sha Allah setiap penyakit pasti ada ubatnya. Bersangka baik dengan ujianNYA.

Syafakallah Wahai Anak.

Selamat Pengantin Baru Nad #ganglunch

Selamat Pengantin Baru Nad #ganglunch

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baru Nad #ganglunch


Last Saturday 04112017 Mrs. A berkesempatan memenuhi undangan ke majlis perkahwinan Nad iaitu salah seorang ganglunch dan juga officemate dan juga rakan blogger [SINI] amvoiii.... banyak betul dannya hah! ngeh! ngeh! ngeh!

Mrs. A gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.00 tengahari gitew. Dari Seremban ke Port Dickson traffic berjalan lancar so laju ajelah we all sampai ke destinasi. Walaupun tak tahu di manakah rumah Nad tetapi alhamdulillah tak sesat, mudah aje mencarinya berdasarkan petunjuk kat dalam kad jemputan. Lagipun pihak Nad turut menyediakan petunjuk arah bersaiz agak besar yang sangat jelas dan amat membantu.

Seketul aje dapat bergambar dengan pengantin itupun pengantin tengah bersantap. Al-maklumlah  Mr. A nak cepat tak dapatlah nak selphi-selpot beria bagai kat atas pelamin nan indah huhuhu....

selamat pengantin baru
Sorry! ler... pengantin ya terpaksa kacau uols bersantap
selamat pengantin baru
Dapat souvenir cenggini for 3 of us. Ko jangan mimpi nak dapat telor lagi sekarang
selamat pengantin baru
Just the 3 of us. Along & Adik ada kat Jiboi so tinggalkan aje.
Pssssstttt... nak tanya ni??? Food tu masak rewang ke catering cos sedap sangat semua lauk pun sedap-sedap. Syabas dan tahniah kepada tuan rumah pandai pilih tukang masak lauk-pauk semua tu hiks! 

Alhamdulillah tahniah sekali lagi Mrs. A ucapkan buat Nad serta pasangannya selamat menempuh ke alam perkahwinan yang penuh dengan pahit dan manis uols. Didoakan juga semoga berbahagia hingga ke syurga. In Sha Allah.

The End. Selamat Pengantin Baru Nad #ganglunch
HAPPY 15TH BIRTHDAY 'ALONG'

HAPPY 15TH BIRTHDAY 'ALONG'

As Salam and greetings to dear readers.

HAPPY 15TH BIRTHDAY 'ALONG'


Happy 15th birthday Along. Today 06112017, lima belas tahun yang lalu lahirlah seorang baby lelaki comel yang diberi nama Azim Haiqal bin Mohd As'ad. Alhamdulillah Mrs. A lahirkan Along secara normal, sihat dan sempurna dengan kehendakNYA.

Sedar tak sedar dah lima belas tahun usia Along sekarang. Terasa macam cepat sangat masa berlalu. Dah bujang dah Along dan banyak perkara juga dah boleh diharapkan dalam membantu urusan seharian di rumah.

Dalam family side Mr. A ramai juga yang celebrate birthday di dalam bulan November. So kebiasaanya akan disambut secara pukal ngeh!ngeh!ngeh! Birthday di bulan November ini celebration mereka memang sangat meriah, special dan happening. Nanti Mrs. A story di posting lainlah ya.

Ini post special buat Along sempena November babies celebration bertempat di Kg Jiboi Baru [parents in-law house].

Biarlah gambar berbicara.

birthday celebration
Games buat ayat tanya sahaja
birthday celebration
Tuuu... dia.... 6 orang November babies ha!
birthday celebration
Action!!! potong cake ikut turn
birthday celebration
Alahai!!!! malu-malu pulak dia
birthday celebration
Dapat gift daripada Mama & Papa [Along&Kaklong aka bil/biras] 
Happy 15th birthday Along. Sebagaimana harapan kesemua ibu bapa di dunia ini mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka begitu jugalah harapan Mrs. A. Semoga Along menjadi anak soleh yang membahagiakan keluarga, berjaya di dunia dan akhirat serta dirahmati hendakNYA.

Happy 15th birthday Along. Unconditional love.
RINDU

RINDU

As Salam and greetings to dear readers.

RINDU

Tiba-tiba terasa nak berceloteh di blog. Rindu dengan blog picisan Mrs. A ni 😍😍😍 Rindu nak bermonolog dengan diri sendiri ngeh!ngeh!ngeh!. Ha! boleh gitew...Walaupun ada cerita nak up-date tapi malas pula nak mengarang storynya.

Mrs. A memang selalu begitu kalau post dah lama tertangguh akhirnya nanti memang nan hadolah publish duklah depa kat draft. Sehingga bila tu tak dapatlah pula dipastikan. Ini bukan berlaku sekali dua tapi dah banyak kali cenggitu. Haish! banyak kali sangat terutama sekali story pergi bercuti bila baca blog orang lain bercuti kat tempat yang sama masa itu "baru kau tahu erti penyesalan" [sila baca ikut dialog Sofi Jikan] muaaahahahhaa.....

So cerita ajelah apa yang telintas di fikiran pada tika dan saat ini. Oh! ya yesterday Mrs. A Emergency Leave. Al-kisahnya Adik demam panas, malam tu Adik datang kat bilik Mrs. A minta picitkan kepala dia katanya sakit kepala, pastu dia kata sejuk menggigil badan dia tapi bila Mrs. A rasa badan dia panas nauzubillah haish! seriau Mrs. A. Sambil ambil tuala lekapkan kat kepala dan lap-lapkan badan dia sambil ambil ubat demam suruh dia makan. Sambil lap-lapkan badan tu Mrs. A bacakan doa nabi Ibrahim. [pernah dengar pasal doa ini kalau badan panas/ demam panas elok amalkan]
 قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ
"Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim". (QS. Al Anbiyaa' : 69)

Alhamdulillah dengan iziNYA setelah beberapa ketika Adik pun tidur. Itu yang Mrs. A EL tu cos nak bawa Adik gi klinik.

Mrs. A blog
Sedang tunggu giliran. Doktor bagi MC 2 hari
Last weekend sempat juga Mrs. A dan kids balik kampung. Sengaja balik untuk memenuhi undangan jiran sebelah rumah mak Mrs. A yang adakan kenduri cukur jambul untuk cucu dia. Lagipun kids beria-ria nak balik cos kawan-kawan depa ramai ada katanya. Wajiblah menghadirkan diri cos memang berkelapangan dan tiada aral-melintang. Lagipun Angah sekeluarga pun balik juga.

Mrs. A blog
We all  (emak, angah & Mrs. A) dah habis makan, sengaja temankan tetamu depan tu makan cos itu kawan Mr. A a.k.a jemputan tuan rumah.
Mrs. A blog
Kanan: Itu Mrs. A yang punya lauk-pauk masak sendiri patutlah semuanya sodap Kiri: Goodies yang bertemakan kids hehehe...
Sempat Mrs. A kena smash dengan Tuan rumah tau gara-gara Mr. A tak datang. Tuan Rumah: Orang rumah kau mano? Mrs. A: Dia ada program lain kat Cheras. Tuan Rumah: Ah!! haiii!!! memanjang yolah ado program. Mrs. A: Iyolah cik cakap botul ni. [dalam hati: hurmmm...pikir lainlah tu typical malay]

Lately ini masa Mrs. A banyak terisi dengan training netball. Training dengan gang office dan juga training dengan gang sekolah. Selalunya hari training bersama gang office adalah Wednesday and Friday. Training dengan gang sekolah pula on Saturday. So far kesemuanya petanglah walaupun ada juga plan nak training malam tapi belum menjadi kenyataan lagi. Sejak season netball kembali ini Mrs. A rasa seluar dah banyak yang longgar. Oooopppssss itu maknanya apa tu!? Itu tandanya Mrs. A dah slim gitew. [ceh! tak yah nak perasan sangat Mrs. A oiiii]

Mrs. A blog
Suatu petang ketika training sempat snap-snap ha!
Along dan Adik pula dah habis exam. Along dah habis PT3 Adik dah habis final year exam. Tinggal Aryssa belum merdeka lagi. Menurut Aryssa exam dia start sama dengan SPM nanti. Hurmmm... bertabahlah ya Aryssa.

Okaylah dear readers rasanya cukuplah tu kot nak melepaskan rindu nak menulis di blog picisan Mrs. A ini. Oh! ya readers ada tak dapat jemputan Lazada Online Revolution Blogger Contest. Mrs. A ada tau tapi cuma belum join jer... In Sha Allah later nak join.

Readers yang nak join dipersilakan 'The More The Merrier' kata LAZADA.

Blogger contest
CLICK for more details

The end. Rindu
MRS.A my blog my stori ©