MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan'

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan'

As Salam and greetings to dear readers.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini dan dengan lafaz Bismillah Mrs. A pun tak mau ketinggalan untuk mencuba nasib dengan turut menyertai Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan'.

Sebelum tu nak ucapkan tahniah buat Bro HH dan isteri di atas kelahiran Hasif baru. Semoga Hasif baru akan menjadi anak soleh yang sentiasa membahagiakan hati kedua ibubapanya dan menjadi hamba Allah yang taat kepada perintahNYA".

kontest


Berdasarkan 4 klu yang telah Bro HH kongsikan di FB beliau dan jugak berdasarkan kajian yang telah Mrs. A jalankan mengikut common sense muahhhaaaaa siap kajian uols jeng..jeng...jeng... jawapanya adalah:-

HASIF 'ANIQ 

Walaupun klu dinyatakan adalah 10 huruf tapi apostrophe ( ' ) tu tak tahulah kira huruf ke tidak? huhuuhu......

Pada mulanya Mrs. A nak letak 'Aniq Hasif tapi HH kata nama anak-anak dia ada satu paten yang sama. Bila tengok nama anak perempuan beliau dimulakan dengan Haseena hurm... anak-anak lelaki beliau tak jumpa pulak nama penuh masing-masing yang ada Amri dengan Zikri aje.

Kemudian bila tengok jawapan orang lain ramai yang mulakan dengan Hasif dahulu jadi Mrs. A pun bagilah jawapan seperti di atas tu.

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' di hasrulhassan.com, direalisasikan bersama

www.aynorablogs.com,
 www.ummumarjaan.com,
 sitiyangmenaip.blogspot.my
sayaiday.blogspot.com
kitepunye.com
www.cikpinz.com
www.khatyaiman.com,
unclezuan.com.

Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast

Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast. Alhamdulillah last Saturday berjaya outing bersama-sama family yang cukup korum. Kalau akhir bulan lepas Mrs. A outing bertiga je [SINI] without Along dan Babah terasalah sedikit tawarnya. Tetapi bulan ini cukup segala perisa ngeh!ngeh!ngeh!

Ha! as usual memang tak plan pun, kalau plan jarang menjadi. Kalau tak plan terus jadi wink! wink! Lebih kurang pukul 2.30 petang we all gerak dari rumah plan nak pergi dekat aje TGV Aeon S2. Tapi sebelum tu we all lunch di Restoren City Park Oriental.

Actually restoren ini dekat sangat dengan office Mrs. A tapi Mrs. A jarang-jarang makan kat sini. Mr. A and the gang yang rajin makan sini al-maklumlah restoren ini memang sesuai untuk membelanja orang dan orang yang kena belanja pun akan suka makan di sini cos tempatnya luas dan cozy.

Restoren City Park Oriental
Along & Aryssa eh! mana Adik nih!?
Restoren City Park Oriental
Tu dia Adik sedang menjalankan siasatan kekdahnya. 
Adik ini memang dah menjadi kebiasaan pada dia. Ke mana-mana pun we all pergi ke sesuatu tempat tu dia tanpa disuruh akan membuat site visit terlebih dahulu. Kemudian dia akan duduk di seat sambil up-date story apa-apa kejadian atau penemuan dia hahhhahaaa... kepoci sangat tau. Disebabkan perangai dia yang macam tu maka Mr. A telah memberi gelaran Penyiasat kat dia aka PI.

Oleh kerana yang pandai makan-makan dan si tukang makan banyak ada bersama, kekdahnya Mrs. A serahkan aje pada yang pakar untuk mengorder menu lunch tengahari itu.

Sayur [size S] tu aje pilihan Mrs. A sedikit kuciwa sebab cara potongnya tu panjang-panjang tekau!! rasa okaylah boleh tahan.
Ayam goreng sambal apa ntah nama dia [size L]

Udang goreng butter [size L] portionnya banyak patut order size M. Mujur habis sedap kot.
Ikan Siakap masak asam [size M] mereciks sedap
Teppanyaki Tofu [size S]
Alhamdulillah overall food yang we all order di Restoren City Park Oriental time tu sedap dan puas hati. Service pun tip-top tak perlu tunggu lama untuk semua makanan sampai. Dari segi harga makanan, kebersihan restoren dan staff pun memuaskan tiada isu bagi Mrs. A dan family. Next time boleh datang lagi.

Setelah kenyang perut suka hati dari City Park we all pun gerak ke Aeon S2. On the way dalam kereta bila Mr. A kata kita tengok cerita Kong: Skull Island. Adik dan Along pun menjerit setuju. Mrs. A dan Aryssa pulak berpandangan sesama sendiri cos we both nak tengok Beauty and the Beast.

"Alah! Sya dengan ibu nak tengok Beauty and the Beastlah, a'ahlah" tambah Mrs. A pulak. Namun Mr. A kata "takde deh kita tengok Kong: Skull Island" katanya. Lalu Mrs. A pun mencadangkan yang the boys tengok Kong: Skull Island dan the girls tengok Beauty and the Beast. Huhuhuu....haish! dasar king yang kong betullah.

Nasib menyebelahi Aryssa dan Mrs. A kerana masa show Kong: Skull Island tidak kena dengan timing the boys tu iaitu pukul 6.45 petang muahahahaaaaa.... the perfect timing adalah show untuk Beauty and the Beast iaitu pukul 4.00 petang. Mahu tak mahu terpaksalah the boys tengok jugak cerita Beauty and the Beast. 

Oleh kerana masih ada banyak masa sementara menunggu show pukul 4.00 petang. Adik telah berjaya memujuk babahnya untuk bermain bowling "satu frame aje tau tak banyak masa pun" pesanan penaja Mrs. A. Tapi Along tak berminat dia pi main game slot. Jom layanz... gambar.

Cepatlah! kita main bowling dulu
Turn Aryssa membuat balingan

Turn Adik gaya tak boleh blah!



Oopsss... bagi ibu try sekali, kasut sendiri pun jadik!
Time bermain bowling tu tamat just nice iaitu lebih kurang 5 minit lagi pukul 4. Kemudian ke TGV cinemalah kita. Tiket dah beli siap-siap tadi. Tinggal nak beli tit-bits sahaja. Biasanya tugasan membeli tit-bits ini biar Mrs. A yang buat tak mau ada pembaziran kena budget ikut selera ibu. 

Beli package pop-corn biasa tiga, royal pop corn, mineral water dan hot-dog [ala-carte) masing-masing satu. Hangus jugaklah 73 hengget empat pohsen gara-gara termakan pujuk rayu Adik yang nak hot-dog tu huhuhuuuhu.

5 ticket for adults maaf TGV terpaksa #tipusunat. Yang sebenarnya umur Adik tu 10 tahun.
Pendapat Mrs. A tentang cerita Beauty and the Beast the musical tu 4 bintang tolak satu bintang cos ada scene musical. Apa yang membuatkan Mrs. A nak tengok sangat Beauty and the Beast 2017 ini adalah kerana ianya dilakonkan oleh manusia dan bukannya kartun. Unfortunately kan dah terang-terang kata musical so for sure ada scene nyanyi-nyanyian huhuhuhuuuu...spoil betullah hilang terus wow! yang Mrs. A nak bagi cos i don't like scene musical yang terselit-selit tu.

Rasanya dah ramai yang buat review tentang cerita Beauty and the Beast, memang jalan ceritanya sama dengan cerita fairy tale yang kartun bezanya ini dilakonkan oleh manusia. Kisah prince yang pada mulanya handsome tapi bertukar menjadi hodoh kerana sumpahan ahli sihir/ pengemis. Prince ini seorang yang sangat sombong dan bongkak dalam mentadbir negaranya macam-macam cukai yang dikenakan GSTlah, minyak mahallah, barang-barang keperluan semua mahallah eh! tetiba muahhaaaaaaa... okay yang italic tu tipu jer...

Dalam Beauty and the Beast 2017 ini, starting aje dah scene Belle (beauty/ Emma Watson) nyanyi-nyanyi sekeliling kampung gitu. Adoii!!! terus Mrs. A kena bash dengan Mr. A "ibu.... apa citerlah yang ibu nak tengok nih! kah!kah!kah! sabar yolah.

Okay! back on track. Pada suatu malam sedang prince dan pembantu-pembantunya sedang bersuka-ria dalam majlis tari menari tiba-tiba datanglah seorang pengemis (perempuan tua hodoh) yang ingin menghadiahkan sekuntum rose dan sebagai balasan dia minta tumpang berteduh di istana tersebut kerana keadaan cuaca di luar hujan ribut.

Namun prince yang sombong telah menghina dan mempersendakan pengemis tua tu. Ha! sebab tulah pengemis tua tu marah lalu dia pun kenakan sumpahan kat prince, istana, pembantu-pembantu prince dan jugak sesiapa sahaja yang berkaitan dengan mereka lenyap dari ingatan.

Prince jadi Beast, pembantu-pembantu prince ada yang jadi candle, jam antik, teko, cawan. almari, piano. Tapi sebelum pengemis tua tu pergi dia ada tinggalkan prince magic mirror dan sekuntum rose. Magic mirror tu boleh tengok orang yang jauh nun di tempat yang lain. Sekuntum rose tu pulak time bomb untuk sumpahan tu. Kalau  nak sumpahan itu berakhir beast kena jatuh cinta dan dicintai oleh perempuan yang dia cinta itu tanpa paksaan sebelum kelopak rose terakhir gugur layu.

Ini Mrs. A ringkaskan ajelah ya kalau nak puas hati gi tengok sendiri muahhahaaaa.... Suatu hari tu Maurice ayah Belle telah tersesat kat istana Beast dalam usaha dia nak cari tempat berteduh. Maurice time ini balik dari pekan berjual music boxes dengan kudanya nama Phillipe.

Ntah macam mana Maurice ni telah curi sekuntum rose untuk Belle. Itu yang Beast marah dan terus kurung Maurice. Tapi Phillipe berjaya pulang dan bawak Belle ke istana Beast kemudian Belle pun bertukar tempat dengan ayahnya Maurice.

Tinggallah Belle kat istana bersama Beast dan pembantu-pembantu Beast iaitu si candle, jam antik, Mrs. Pot dan Chip (cawan/anak), almari dan piano. Belle ini pulak berkawan dengan semua pembantu kecuali Beastlah.

Pastu pembantu semua pakat-pakat nak kenenkan Belle dengan Beast. Belle mula suka dengan Beast apabila time dia nak larikan diri tu Beast selamatkan dia dari dimakan dek wolf. Time ni sedih uols sobs...sobs...sobs... Mrs. A ingatkan Belle akan terus melarikan diri apabila Beast dah pengsan akibat serangan wolf. Tetapi sebaliknya berlaku, Belle suruh Beast naik atas Phillipe dan pulang semula ke istana.

Beast melayan Belle dengan penuh gentlemen. Lagi satu Belle sangat sukakan buku dan Beast pulak ada banyak buku dan ada library sendiri. Haish! dah nama pun putera raja mestilah well educatedkan. Berbeza sangat dengan penduduk kampung Belle yang kolot dan berfikiran sempit tu mereka tak suka buku dan melarang Belle mengajar anak-anak kecil membaca buku.

Jeng..jeng..jeng... panjang lagi uols tapi cukuplah kot Mrs. A cerita setakat itu sahaja. nak tau semua silalah tengok sendiri ya. Actually cerita Beauty and the Beast 2017 ni memang best cuma tulah yang Mrs. A kurang suka scene nyanyi-nyanyian tu.

That's all kisah Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast.
Wordless Wednesday #101 - Passion for excellent communication culture

Wordless Wednesday #101 - Passion for excellent communication culture

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #101 - Passion for excellent communication culture.

Kalau nak cerita tentang kursus ini memang panjang. tapi Mrs.A nak share gambar jer.... Kursus Passion for excellent communication culture yang Mrs. A hadiri ini memang berbeza sangat-sangat pendekatannya dengan kursus-kursus yang pernah Mrs. A hadiri sebelum ini.

Kenapa berbeza sangat-sangat tu!? Cos kursus ini memerlukan komitmen yang tinggi dan menggunakan tenaga fizikal daripada para peserta. Memang tak dapatlah nak tertidur, nak scroll smart phone up-date status dan chit-chat bagai. Kalau buat jugak habislah uols samada kena bayar denda atau kena ke depan bersama-sama trainer.

Wordless Wednesday #101 - Passion for excellent communication culture.

Wordless Wednesday
Ini gaya namanya Challenge!!!
Wordless Wednesday
Smiles! group Mrs.A bersama trainer Zander Iskander from Lawrence Walter Seminars
Wordless Wednesday
Stop complain, stop blame, stop excuse, stop gossip (hahaha!!! over yang baju biru tu)
Wordless Wednesday
Peace!! no war

Wordless Wednesday
Punyalah semangat lunch break pun still pakai name tag
Wordless Wednesday #101 - Passion for excellent communication culture.

Tapi kalau nak baca tentang kursus ini boleh baca kat [SINI]




Sunshine Blogger Award By Ucing Kadayan

Sunshine Blogger Award By Ucing Kadayan

As Salam and greetings to dear readers.

Sunshine Blogger Award By Ucing Kadayan. Jutaan terima kasih Mrs. A ucapkan kepada Ucing Kadayan kerana sudi tagged Mrs. A untuk turut serta dalam the Sunshine Blogger Award ini. 

Apa itu The Sunshine Blogger Award? The Sunshine Blog Award is given to "bloggers who positively and creatively inspire others in the blogosphere".

Sunshine Blogger Award
by Ucing Kadayan
Ouch! rasa macam kembang pulak bila dapat award ini ngeh!ngeh!ngeh! Walaupun dah lama kena tagged tapi baru sekarang Mrs. A berkesempatan untuk menjawabnya. Okay tanpa berlengah lagi jom kita tengok 11 soalan yang Ucing Kadayan tanyakan untuk Mrs. A jawab.

Sunshine Blogger Award by Ucing Kadayan - 11 soalan

1. Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya?

Mrs. A adalah seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Bekerja di syarikat utiliti di Seremban, Negeri Sembilan.

2. Makanan kesukaan yang tidak boleh dilupakan?

Kalau sebut tentang makanan kesukaan ini agak sukar untuk beritahu kepada satu  jenis makanan sahaja, kerana Mrs. A ada banyak makanan kesukaan terutamanya yang dimasak oleh emak Mrs. A. Di antara makanan kesukaan tersebut adalah rendang daging, dodol, lemang dan nasi himpit kuah kacang.

3. Muzik yang selalu dimainkan ketika bersedih?

To be honest Mrs. A bukanlah jenis yang suka sangat mendengar muzik. Kalau bersedih tu paling teruk akan menangis dalam bilik air sambil mandi berlama-lama dengan air pancuran.

4. Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai?

Tak tahulah pengalaman ini nak describe macam mana tapi bagi diri Mrs. A memang memalukan diri sendiri cuma bernasib baik tidak disedari oleh kawan-kawan mahupun crowd. Time dinner tahun lepas kasut yang Mrs. A pakai itu telah tercabut tumitnya. Sewaktu Mrs. A berjalan dari kereta ke dewan okay aje kasut tu tapi bila Mrs.A dah duduk dan nak ambil makanan tengok-tengok alamak!! tumit tingginya dah longgar dan hampir nak tercabut. Terus Mrs. A bagi tahu kat kawan-kawan nak pergi ke kereta sekejap sambil jalan slow-slow pastu bila tengok line clear terus tanggalkan kasut berlari ke kereta dan tukar kasut lain. Shhh!!! actually tak pernah cerita kat sesiapa lagi muahhhaaahha.... tapi kalau blogger yang kenal Mrs. A baca pasti kena bahan nih!

5. Apa yang anda buat pada masa lapang?

Menonton tv ataupun meluangkan masa bermain dengan kucing-kucing Mrs. A.

6. Peristiwa kejutan (surprise) yang menyeronokkan?

Apabila Mrs. A mendapat hadiah birthday dari Mr. A dan jugak dari buddies di office.

7. Perkara yang membuat anda marah?

Menunggu lama, kawan yang tidak berterus-terang dan orang yang tak tepati janji.

8. Peristiwa yang menyeramkan?

Tiada peristiwa yang benar-benar seram (mistik) sebab itulah Mrs. A tak boleh ingat.

9. Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda tersenyum?

Oh! mudah aje kalau orang tu senyum dengan Mrs. A pasti Mrs. A pun akan senyum jugak.

10. Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek?

Lawak yang sangat menggeletek hati Mrs. A adalah episod-episod dalam Running Man yang kelakar. Terutamanya scene yang melibatkan Lee Kwang Soo memang Mrs. A akan ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata dan susah nak stop.

11. Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini?

Malam tadi (09.04.2017) lebih kurang pukul 10.00 malam barulah Mrs. A berkesempatan untuk menjawabnya.

Alhamdulillah dapat jugak menjawab 11 soalan Sunshine Blogger Award By Ucing Kadayan.

I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors

I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors

As Salam and greetings to dear readers.

I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors.

Sewaktu komen di blog Mrs. Fuzy, Mrs. A ingatkan dia join rupanya dia salah seorang sponsor daa.... Kemudian bila singgah di blog Hawa terjumpa lagi kisah GA ini bila tengok syarat-syaratnya. Adoiii.... macam..... macam-macam aje tapi bila diteliti yang wajib tu oklah takde macam-macam sangat. Ha! itu pasal yang Mrs. A join. Mana tau rezeki menang hadiahnya pun macam-macam ado.
giveaway
KLIK
I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors.

Syarat No 8 

Kenapa Mrs. A seronok untuk menulis blog antara sebab-sebabnya adalah;-

1. Dapat berinteraksi dengan rakan-rakan blogger yang lain, walaupun sekadar di dunia maya tapi seolah-olah dah kenal lama dan macam kenalan rapat pun ada. 

2. Lebih selesa dengan medium blog berbanding dengan media sosial yang lain (FB, IG, Twitter) sebab jika menulis di blog mudah nak cari semula walaupun entry 7 tahun lampau. Google aje dengan kata kunci yang betul In Sha Allah pasti berjumpa.

3. Sebagai diari bergambar untuk kenang-kenangan di masa-masa akan datang. Biasalah manusia mudah lupa tapi bila tengok diari ingatlah kembali ha gitew.

Okay itu sahajalah secara ringkas sebagai memenuhi syarat No. 8.

Buat readers yang nak join jugak macam Mrs. A jom terjah blog Sis Hawa untuk syarat-syarat penyertaan yang lebih lanjut.

I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors
Wordless Wednesday #100 - Bowling Alumni S.T.A.D

Wordless Wednesday #100 - Bowling Alumni S.T.A.D

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #100 - Bowling Alumni S.T.A.D
Wordless Wednesday
Annual event. In Sha Allah tahun ini nak join jugak!!!
Wordless Wednesday #100 - Bowling Alumni S.T.A.D
Welcome April

Welcome April

As Salam and greetings to dear readers.

Welcome April. Haish! sekejap aje dah bulan April. Kalau bulan Hijrah today dah 4 Rejab, pastu dah Syaaban kemudian dah Ramadhan. Ha! bila sebut Ramadhan ni, puasa tahun lepas dah habis ganti ke belum? ngeh! ngeh! ngeh!

Image result for april
Google Image
Bulan April bagi Mrs. A adalah bulan yang sibuk nak sambut birthday buat orang-orang yang disayangi pertama-tamanya adalah birthday Adik dan Aryssa iaitu pada 22 April. Adik dan Aryssa tu tarikh kelahiran mereka sama tapi tahun berbezalah seorang tahun 2004 dan seorang tahun 2006.

Selalunya we all akan sambut sekali aje ialah dah tentu-tentu tarikh yang sama jimat pun jimat muahhahaaaa....

Kemudian birthday Mr. A pulak sama jugak dalam bulan April iaitu 29 haribulan gitew.... dan seorang lagi family Mrs. A yang sambut birthday di bulan April adalah my younger sister 30 haribulan April. AaHa nampak tak tu berturut-turut dan berderet-deret sambut birthday di bulan April. 

Tapi takpe mujurlah Mrs. A dapat kootoo jugak di bulan April ini so adalah extra RM nak beli kek untuk depa semua tu. Actually memang Mrs. A sengaja pilih bulan April nak dapat duit kootoo cos antara sebab-sebabnya itulah nak beli kek banyak kali tu nak beli kek ngeh!ngeh!ngeh!

In Sha Allah semoga apa yang Mrs. A plan diizinkan olehNYA. Okay! itu sahaja nak bebel pasal welcome April. Readers pula bagaimana apa kisah di bulan April?

MRS.A my blog my stori ©