MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa diucapkan buat semua yang telah bergelar bapa tidak kira di mana jua anda berada. Walaupun pada hakikatnya bila-bila masa sahaja kita boleh meraikan bapa kita. Tidak perlulah tunggu sehingga tarikh rasmi hari bapa baru kita nak sambut dan meraikan mereka.

Sambutan hari bapa di Malaysia adalah pada Ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun. Sambutan hari bapa pada tahun ini jatuh pada 21 Jun iaitu semalam. Bertuahlah kepada mereka yang masih mempunyai bapa kerana masih berkesempatan untuk meraikan bapa mereka. Tidak kiralah apa pun gelaran yang kita panggil mereka tetap satu-satunya bapa kita di dunia ini tiada penggantinya.

"Selamat Hari Bapa" sedih dan sebak bila Mrs. A terdengar ungkapan tu coz Mrs. A dah tak mampu lagi nak ucapkan buat Abah. Abah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya pada 11 Disember 2012 lebih kurang dua tahun lebih telah berlalu namun arwah Abah sentiasa segar dalam ingatan kami sekeluarga. 'Al-fatihah' buat arwah Abah semoga damai di alam sana.

Al-Fatihah





Worldless Wednesday #42

Worldless Wednesday #42



Credit to palingseru.com

Siapa paling romantik?

Siapa paling romantik?


Meja dan kerusi yang dah siap disusun

Siapa paling romantik? Huhuuhuuu romantiklah saaaangaaatttt!!!!!. Tolong jangan muntah hijau. Hiks! Idea bergambar siapa paling romantik ni keluarnya dari biras Mrs. A yang nombor 3.

Kebetulan Mrs. A minta Aryssa snap picture ibu & babahnya pastu kena sakat dengan biras apa jejauh lak tu dekat lagi, dekat lagi, pegang tangan katanya. Mrs. A pun layan ajelah sambil sengeh! haish!!! macam-macamlah uols ni. Hah! amiklah gambar siapa paling romantik.


Us

Sebenarnya kejadian ini berlaku pada 07062015 (Sunday) malam seminggu sebelum sekolah buka family side hubby telah membuat kenduri tahlil arwah sempena Ramadhan 1436H. Kenduri tahlil sebelum Ramadhan ni dah macam rutin bagi kami sekeluarga. 

Meskipun ada pandangan berbeza mengatakan tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW) namun majoriti ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada saudara-mara kita yang telah meninggal dunia. In Sha Allah.

Selalunya bila ada aje kenduri kendara apa lagi macam-macam perangailah yang timbul bila dah berkumpul reramai tu. Sewaktu malam kenduri tu sempat pulak we all bergambar dengan aksi romantik ngeh! ngeh! ngeh!

Sil & hubby yang amat sporting 

lagi sekali nak buat aksi nasyid pulak katanya

Kemuadian Mil pun nak jugak... Aryssa snap gambar opah dengan mama pulak. Opah pun nak jugak katanya.

Mil & kaklong tapi ada sorang tu sibuk jer.. nak selit [Aryssa.....!!! apa picture opah blurrr ni?? ngeh!!ngeh!!ngeh!!]

Tengok we all romantik kannsss

Itulah selingan sebelum kenduri tahlil bermula walaupun bukan semua diantara kami sempat bergambar tapi sekali-sekali bergambar romantik cenggini seronok dan excited jadinya.


Inilah dia pencetus idea bergambar siapa paling romantik

Di samping itu juga Mrs. A nak ucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H to all readers maaf seandainya ada tulisan-tulisan Mrs. A yang kurang menyenangkan mahupun gambar-gambar yang bak kata orang poyo aje lebih maafkan Mrs. A ya!

Semoga puasa dan amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. In Sha Allah.



Majlis Perasmian

Majlis Perasmian


Majlis PErasmian
Majlis Perasmian

Sebenarnya Majlis Perasmian ini adalah kisah minggu lepas iaitu pada 08062015. Majlis Perasmian ini adalah merupakan majlis perasmian saluran paip air baru dari LRA Sawah Raja ke Rembau dan penyampaian sumbangan sempena Ramadhan Al-Mubarak 1436H. Majlis perasmian dan sumbangan tersebut telah diadakan di Padang Sek. Keb. Astana Raja Kota. 

Majlis Perasmian tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi SAINS. Untuk makluman majlis perasmian saluran paip air baru dari LRA Sawah Raja ke sistem agihan Rembau ini adalah sebahagian usaha jangka panjang SAINS bagi membekalkan air secara terus menerus tanpa ada lagi catuan berjadual sebagaimana yang dilakukan sekarang. 

Di samping perasmian tersebut SAINS juga turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang yang kurang berkemampuan sempena Ramadhan Al-Mubarak 1436H berupa sekampit beras dan beberapa lagi keperluan harian lain. Sumbangan telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Utama Pengerusi SAINS dimana beliau turut menghulurkan sumbangan beliau sendiri.

YAB Dato' Seri Utama merangkap Pengerusi SAINS sedang berucap

Gimik Perasmian YAB Dato' Seri Utama membuka valve

Penerima sumbangan diminta mendafter nama dahulu kepada gadis pendaftaran

Satu SAINS

Bergambar bersama YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar NS dan juga Pengerusi SAINS

Alhamdulillah majlis perasmian dan penyampaian sumbangan berjalan lancar. Walaupun di awal pagi cuaca seakan gerimis tetapi iainya sebentar sahaja dan cuaca cerah selepas beberapa ketika sehinggalah majlis berakhir. Terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Seri Utama kerana sudi hadir merasmikan majlis dan juga menyampaian sumbangan. YAB Dato' Seri Utama memang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Teringat jokes beliau "poso se dah totap an lapan boleh aghibulan ni uwan-uwan atok-atok takyah ghisau-ghisau gi". Ngeh..!!ngeh!!ngeh..!!

The End.




Nelayan Seafood & Catering

Nelayan Seafood & Catering

Nelayan Seafood & Catering atau lebih popular dengan panggilan Nelayan Seafood sahaja memang legend siapa yang tak tahu dia memang bukan orang Seremban sejatilah namanya. Dari mula asal dua bangunan aje sebelah menyebelah, eh! tak jugak yang mula-mula asal yang sebenar-benarnya adalah di bangunan NSFA tetapi entah kenapa (ada kisah disebaliknya). Sekarang ada di Wisma Perisai Wira namun masih berada di Rahang Square dan dari Wisma Perisai Wira ini pun masih boleh kelihatan bangunan NSFA iaitu tempat asal Nelayan Seafood.

Nelayan Seafood telah menambah lagi satu lot menjadikan ianya 3 lot sederet. Baru-baru ni Mrs. A dan Mr. A telah menjamu selera di sini. Actually ini memang tempat lepak Mr. A. Cuma Mrs. A aje yang sekali sekala datang makan sini. This time cuba lot yang baru di buka ini kata tuan empunya lot (anak kepada founder) kak ini sebenarnya buka special untuk Ramadhan nanti. Oh! okay.

Ada pelbagai seafood yang boleh dipilih dan customer boleh minta jenis cara masak apa yang kita nak. Fresh sangat ada ikan hidup dan juga ikan mati. Mrs. A ikut aje selera Mr. A coz Mrs. A memang tak secerewet Mr. A dalam bab-bab makan ni. Tolak batu dengan kayu jer.. itupun makan gak jambu batu dan ubi kayu ngeh!..ngeh!!ngeh!!..

Talapia Hidup (900g) masak cara deepfried (RM28.80)

Sotong Fresh (900g) masak cara bakar (RM45.00)

Sup sayur [2 org makan] (RM10.00) Mr. A punya oldtime favourite

Actually itu dinner pada 03062015 selepas Mrs. A balik dari Yun Nam. Kemudian pada 05062015 sekali lagi we all dinner di Nelayan Seafood amboi macam ada share pulok gayanya. Eh! takdelah mana ada share, memang we all suka makan-makan kat sini sambil borak-borak dengan friends yang memang suka makan di Nelayan Seafood juga.


Talapia Hidup masak cara stim (RM25.60)

Sotong masak cili api (RM22.50)

Sup sayur [seorang makan] (RM5.00)

Hahhaaaaahaaaa!!! sama ajekan menunya cuma cara masak aje yang berbeza. Sup sayur itu memanglah dah macam hidangan mesti ada untuk Mr. A. Tu pasal yang kurangkan portionnya dari dua kepada satu takut tak habis membazir adalah amalan yang tidak baik kan??

Selain daripada itu terdapat pelbagai jenis lauk-pauk dan makanan yang exotic pun ada contoh macam pelanduk, kijang, puyuh pendek kata macam-macam ada.

Sesiapa yang nak cuba makan di Nelayan Seafood & Catering dan juga untuk tempahan alamatnya adalah:-

Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd
Wisma Perisai Wira
PT 970, Rahang Square
70100 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel: 06-7600090 Fax: 06-7670741




Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik

Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik

Bismillahhirrahmannirrahim

Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik



Sewaktu terjah-terjah ke blog kawan-kawan dan jugak blogger-blogger yang Mrs. A belum lagi kawan-kawan hiks! terjumpa segmen ini. Macam best jer...macam menarik jer... terus laju aje Mrs. A joint. Sesiapa yang berminat nak joint sama, syarat-syaratnya adalah seperti di bawah:-

Syarat Segmen ini

1- Buat Tajuk Entri : " Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik "


3- Tinggalkan url anda diruang komen dibawah ini.. LINK asal

Tarikh Tutup 31 OGOS 2015 @ sehingga 500 orang yang join Communities

Hadiah : 

1- Ilmu yang saya dan rakan-rakan blogger kongsikan didalam communities

2- 10x Review blog  ( keputusan berdasarkan content blog & fikiran admin sendiri)


Okay dah baca semua syarat-syaratnya dan jugak hadiah-hadiah tu dan jatuh minat nak joint silalah klik -klik banner di atas untuk keterangan lanjut dan follow Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik

Wordless Wednesday #41

Wordless Wednesday #41

Klana Resort Seremban

MRS.A my blog my stori ©