Julai 2025 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Julai 2025
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson

Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers.

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson. Balik dari berkursus macam semangat terus Mrs. A nak up-date kisah menghadiri kursus Ahsan Madani. ๐Ÿ˜Š Walaupun terima Memo short notice sahaja tapi bila check jadual Mrs. A macam available tiada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mahupun Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan dalam minggu tersebut itu yang Mrs. A laju aje menyatakan kesanggupan untuk hadir gittewww.... Kursus ini seakan sama macam yang [INI]

Untuk kursus yang dinamakan Ahsan Madani Bekerja Dengan Hati Dan Minda pada 14 & 15 Julai 2025 ini Mrs. A adalah kumpulan Sesi 1/2025. Makna kata selepas ini akan ada sesi seterusnya sepertimana amalan syarikat sebelum ini. So macam mana kau nak elak pun akan tetap perlu hadir juga muahahaaahaa... So kekdahnya baiklah Mrs. A layankan aje sementara tengah available gittewww...

Mengikut peraturan sebenar semua kakitangan yang telah tersenarai semasa berkursus mestilah bermalam di sana. Sebabnya pada sebelah malam juga ada aktiviti dijalankan dan begitu juga pada waktu subuh hari kedua perlu berjemaah di surau. Tapi itulah ada juga kakitangan yang pulang dan esoknya datang semula atas alasan-alasan tertentu hurmmm... ini tidak adil eh! tiberrr....๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ tapi yang pasti Mrs. A bermalam di sana hokeh! Jom layan gambar walaupun tak banyak gambar yang Mrs. A snap.

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.

Kursus Ahsan Madani
Satu bilik berdua. Nama bilik Mrs. A Kesidang

Pada hari pertama kursus dijangka bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi lewat satu jam kerana menunggu para peserta yang masih ramai belum hadir. Oleh itu yang dah sampai awal diminta terus menghantar luggage ke bilik dan kemudian terus sahaja bersarapan.

Pada hari pertama slot satu hingga slot 3 semuanya berkisar dengan kerja menurut perspektif Tauhid. Slot keempat sepatutnya outdoor tetapi cuaca panas sangat kekdahnya game aplikasi nilai tersebut di adakan di dalam dewan sahaja. Game itupun tak berat sangat santai-santai sahaja.

Kursus Ahsan Madani
Tiga dari HQ yang belakang tu roomate Mrs.A waktu kursus ni dari pejabat Nilai

Kursus Ahsan Madani
Nama team Mrs. A adalah Think Tankers

Kursus Ahsan Madani
Game atas kiri berpasukan transfer bola ping pong menggunakan kertas tanpa sentuh bola.
Game atas kanan berpasukan lelaki kena tutup mata dengar arahan yang perempuan untuk kutip gula-gula
Gambar bawah berpasukan keluarkan bola menggunakan sembilan batang lidi dari dalam bakul

Selesai slot keempat. Minum petang balik ke bilik bersiap untuk ke surau. Slot 5 membina pengalaman kerohanian secara berpasukan iaitu solat maghrib sementara menunggu waktu isyak berzikir Mathurat Sugra, memahami Al-Fatihah, aktiviti guru murid dan seterusnya solat isyak berjemaah. Kemudian minum malam dan masuk bilik istirehat (aktiviti sendiri) 

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson - Hari Kedua

Slot 6 (sambung) membina pengalaman kerohanian secara berpasukan. Solat subuh berjemaah di surau, zikir Mathurat Sugra dan seterusnya memahami solat. Kepada setiap ahli pasukan yang hadir berjemaah subuh akan diberikan seorang 2 mata. Rugi yang tak hadir tiada mata untuk pasukan dan rugi jugalah ilmu untuk kerohanian huhuhuuu...

Slot 7 game aplikasi nilai (outdoor). Semua peserta diminta berpakaian sukan. Punyalah gigih team Mrs. A join unfortunately satu gambar pun tiada sedih! ๐Ÿ˜ข

Seterusnya slot ke 8 hingga ke sebelas semua diadakan di dalam dewan sahaja.

Kursus Ahsan Madani
Pagi hari kedua Mrs. A dan girls lain antara yang awal masuk ke dewan
so kita bergambar dahulu ๐Ÿ˜

Kursus Ahsan Madani
Kata-kata penghargaan kepada fasilator tapiiii... biarlah rahsia hanya peserta di dewan yang tahu

Kursus Ahsan Madani
Secara keseluruhan team Think Tankers dapat tempat kedua

Kursus Ahsan Madani
Sebelum pulang haruslah bergambar kumpulan beramai-ramai ๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ’—

Pada pukul lebih kurang 3.30 petang majlis penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah program tamat lebih kurang pukul 4.00 petang. Selepas minum petang masing-masing gerak balik. Rasanya paling last balik adalah Mrs. A dan Y hehehee... Y dan Mrs. A kongsi naik satu kereta. On the way balik chit-chat ajelah kami berdua. Alhamdulillah selamat sampai ke Seremban dalam pukul 5.00 petang.

Kesimpulan kursus pada pendapat Mrs. A sangat mengesankan kerohanian. Rasanya macam tak sesuai untuk yang belum muslim sebabnya intipati kursus adalah memahami surah Al-Fatihah. Okay itu sahaja nak share kisah Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.



Jemputan Kahwin

Jemputan Kahwin

Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers.

Jemputan Kahwin. Tak pasti nak tulis tajuk apa jemputan kahwin atau selamat pengantin baharu. Kisah throwback ketika Mrs. A menghadiri beberapa jemputan kahwin officemate, anak bos Mrs. A dan juga anak kawan Mr. A. Kira macam a series of wedding invitation gitteww ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Jemputan kahwin anak bos Mrs. A

Majlis perkahwinan anak perempuan bos Mrs. A iaitu Nur Farina dan pasangannya Aniff Farhan ini diadakan di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam pada 26 April 2025 yang lalu. Kenapa jauh sangat tak buat di Seremban?  Actually ini adalah anak bos dari perkahwinan pertama beliau dan anak-anak beliau memang tinggal bersama ex-wife di K.L. Menurut bos Urban Park Hall tu adalah tempat pilihan anaknya dia menurut sahaja.

Jauh juga dari Seremban nak ke Alam impian ini Mrs. A gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.45 tengahari sampai lebih kurang pukul 2.00 petang. Traffic Jam di lebuh raya elite ditambah pulak hujan lebat pada waktu itu. Kenderaaan bergerak perlahan sajo.

Mrs. A hadir bersama Mr. A dan Adik anak bongsu Mrs.A. Sewaktu sampai tu masih hujan dan adalah terserempak dengan 2 tiga orang officemate bersama family masing-masing.

Jemputan Kahwin
Sebelum pulang bergambar bersama bos dan isteri sekarang

Entah apalah yang Mrs. A fikirkan masa tu walaupun ada banyak peluang nak snap gambar pengantin tapi langsung tak dimanfaatkan untuk snap seketul dua. Kekdahnya bila masuk kerja, member satu department tanya nak tengok gambar anak bos. Lahhh! sorry uols tiada gambar pengantin yang telah di snap muahahaaa. Hampa depa dah lah tak dapat pergi gambar pun tak dapat tengok ๐Ÿ˜”

Jemputan Kahwin
Mr.A terjumpa kawan lama masa sekolah menengah ๐Ÿ˜

Tamat kisah jemputan kahwin anak bos, sambung pula cerita jemputan kahwin officemate Mrs. A pada 24 Mei 2025 yang lalu.

Jemputan Kahwin officemate Syamimi.

Alhamdulillah dengan izinNYA dan kegigihan Mrs.A nak pergi juga dapatlah menghadirkan diri. Planning nak pergi dengan Kak Y tapi dia nak pergi selection Dart untuk SBAM dulu. Kalau sempat selepas selection baru dia pergi. Haish! macam lambat aje tu so Mrs. A ajak Mr.A tapi tulah Mr. A ada program lain pukul 11 pagi sebelah petang pula nak naik KL ziarah kawan dia Gopinath Naidu meninggal dunia, Aryssa pula nak pergi event Maybank. 

Mujurlah Adik ada sudi temankan Mrs.A. Kekdahnya Mrs. A pergi berdua dengan Adik sahaja. Lokasi majlis adalah di Dewan Institut Latihan FAMA Port Dickson. Mrs. A tak tahu pun jalan ke situ eh! waze kan ada ๐Ÿ˜‡, Alhamdulillah sampai dengan selamat dalam pukul kurang lebih 1.30 petang.

Sewaktu Mrs. A sampai terserempak dengan seorang warga SAINS tengah basuh tangan hehehee. Mrs. A terus aje masuk ke dalam dewan ternampak pengantin di atas pelamin. Pasangan mempelai sedang bergambar dan melayan kawan-kawan dan tetamu yang hendak bergambar bersama.

Adik dan Mrs. A terus aje ke meja kosong dan mengambil makanan ramai warga SAINS yang hadir kekdahnya dapat makan bersama-sama satu meja.

Jemputan kahwin
Selamat pengantin baharu Syamimi dan pasangan

Jemputan kahwin
Sebelum pulang haruslah bergambar kan..kan..kan.. ๐Ÿ˜€

Jemputan kahwin
Gambar curi!๐Ÿ˜‰ ntah! apalah si Q dan K ketawakan tu? 

Kemudian pada 31 Mei 2025 ada 2 jemputan kahwin lagi.

Jemputan kahwin officemate dan anak kawan Mr. A.

Jemputan kahwin anak kawan Mr. A iaitu abang Zul dan Kak Yati diadakan nun jauh di Hulu Langat iaitu di Changkat Telang event space. Pengantin lelaki adalah anak mereka bertemu jodoh dengan pengantin perempuan nun jauh dari negara seberang Indonesia.

Jemputan Kahwin
Berempat saja Along tak nak ikut

Gerak dari Seremban awal sebab plan nak balik awal nak ke majlis satu lagi. Terasa jauhnya nak menyampaikan Chagkat Telang tu huhuuhuu. Sampai aje time tetamu tengah ramai sedang makan. Tapi ada je tempat nak duduk Mrs. A, Adik dan Aryssa duduk semeja manakala Mr. A duduk meja lain bersama kawan-kawan beliau.
 
Berjumpa juga dengan kawan Mrs.A, Datin A hadir seisi keluarga actually bapa pengantin lelaki tu (kawan Mr.A) ada talian persaudaraan dengan Datin A oooo kisahnya.

Jemputan Kahwin
 Bergambar bersama Datin A (sahabat since childhood)

Jemputan Kahwin
Last sebelum pulang bergambar bersama pak/mak perantin
(time ni Mr. A dan Adik dah tunggu dalam kereta ngeh! ngeh! ngeh!)

Sebelum tu Mrs. A dan Datin A adalah nak bergambar dengan perantin tapi tulah kena queue uols! dahlah queuenya panjang so tak tercapailah hajat nak bergambar bersama perantin lagipun Mrs.A nak balik cepat nak ke wedding satu lagi.

Sewaktu nak pulang ke Seremban Mr.A ikut jalan lain bukan jalan semasa datang tu. Kami berdoa agar traffic lancar supaya sempatlah Mrs. A nak ke wedding officemate tu. Mr. A pula nak ke rumah Tok Mat di Rantau masa ni Tok Mat kenduri nak pergi menunaikan haji. 

Alhamdulillah sempat uols! Mrs.A sampai di rumah semula lebih kurang pukul 3.00 petang turunkan Mr.A kemudian kami bertiga terus aje bergegas ke majlis kahwin officemate Mrs. A yang juga satu dept tu di Dewan Perdana KRS di Sikamat. 

Sewaktu Mrs. A sampai terserempak dengan team Legal yang dah nak balik dan juga team netball.

Jemputan kahwin
Belum sempat masuk dewan lagi dah bergambar ๐Ÿ˜†

Jemputan kahwin
Tiga orang lagi tu used to be team Legal, now no more ๐Ÿ˜ฅ

Sewaktu Mrs. A, Aryssa dan Adik masuk ke dewan dah tak ramai orang lagi. Selesa aje nak duduk di mana-mana dan nak ambil makanan pun tak perlu queue ๐Ÿ˜€. Manakala pasangan pengantin actually pengantin 4 masih lagi di atas pelamin melayan tetamu masing-masing yang ingin bergambar dengan mereka. Selepas dah makan dan line clear nak bergambar Mrs. A pergi ke pelamin untuk bergambar.

Jemputan kahwin
Selamat pengantin baharu Farzana dan pasangan

Fuhhh! 31 Mei 2025 very the productive day eh! hahahaaaa. Okay itu sahaja kisah jemputan kahwin. 



MRS.A my blog my stori ©