Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Program Terapi Minda. Kisah campak belakang 26062024 Mrs. A join program anjuran office bagi mencukupkan KPI jam training gittewww... Program ini diadakan di LPPKN cawangan Negeri Sembilan. Okaylah sepelaung aje dari office.
Pagi tu Mrs. A gerak dari rumah seperti biasa 7.30 pagi. Nak kena singgah office sekejap sebabnya nak kena hantar projektor dan laptop office yang Mrs. A pinjam sehari sebelum tu untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA sesampai aje Mrs. A di area parking office kedua-dua person in-charge yang Mrs. A nak serahkan tu ada pulak melintas depan kereta Mrs. A ๐๐๐ hah! apa lagi terus Mrs. A serahkan di situ jugak tak perlu dah naik ke office. Sambil Mrs. A cakap sorry uols sis ada kursus pagi nih! nak cepat ni dan terus berlalu pergi ngeh! ngeh! ngeh!
Actually ini pertama kali Mrs. A menjejakkan kaki ke LPPKN cawangan Negeri Sembilan. Masa Mrs. A sampai tu kira awal lagi lebih kurang pukul 8.10 pagi peserta yang dah sampai baru 2 tiga orang. Lagipun program bermula pukul 9.00 pagi. Pendaftaran dan minum pagi pukul 8 okayje awal tak kalut ๐๐๐
Program Terapi Minda.
|
Sebelum program bermula kita selpie selpot dulu ๐ |
Dalam program terapi minda ni ada 3 orang fasilitator yang bagi talk di awal pagi tu haruslah ice-breaking yang ini urusetia aje yang uruskan. Urusetia minta peserta program main kotak bingo. Seronok jugak dapat beramah mesra dengan lain-lain peserta dari daerah-daerah kiranya yang tak kenal bolehlah kenal-kenal gittewww sebab nak penuhkan kotak untuk dapat bingo. Unfortunately sampai ke sudah Mrs. A tak dapat bingo pun mereka yang awal dapat bingo dah cukup 5 orang huhuhuhuu....
Selepas itu fasilator untuk slot 1 bercakap mengenai meningkatkan Resiliensi Diri. Kemudian fasilator kedua ustaz dan seterusnyalah sambung di sebelah petang fasilitator ketiga dan penutup tu urusetia punya aktivti.
Okaylah supaya tidak lupa sajalah Mrs. A nak share kat my blog my stori di antara objektif program terapi minda itu.
- Membantu peserta mengurus stres demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian dan produktiviti organisasi;
- Membantu peserta meningkatkan daya tahan diri dengan mengenali personaliti diri dan hubungan keluarga serta organisasi dalam mengharungi cabaran kehidupan;
- Memberi penekanan terhadap kepentingan peranan dan tanggungjawab dalam membentuk wawasan yang unggul;
- Memberi penekanan kepada kombinasi antara minda, jasad dan emosi ke arah kehidupan seharian yang lebih positif.
|
Aktiviti berkumpulan |
|
Tiup belon lepaskan stress ๐ |
|
Jom mengundi |
|
Sempat ko selfie ya Mrs. A ๐ |
|
Final aktiviti sebelum penutup |
|
It's a wrap ๐๐๐ |
Program Terapi Minda.
Sejujurnya dah veteran ni takdelah beria sangat nak pergi training tapi sebagai pekerja makan gaji kena pergi jugak sebab nak penuhi KPI. Alhamdulillah program terapi minda sedikit sebanyak terkesan juga dalam diri Mrs. A. Masih banyak jam training lagi nak cukupkan KPI ini. Next kena pergi lagi. InsyaAllah semangat! ๐ช๐ช๐ช