Mei 2024 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mei 2024
April Birthdays

April Birthdays

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

April Birthdays. Kisah campak belakang, macam-macam kisah di bulan April di antaranya meraikan birthday anak bongsu Mrs. A si Adik dan juga Aryssa. Tahun lepas birthday mereka berdua sama tarikh dengan hari raya 1 Syawal 1444H tahun ini 13 Syawal 1445H. 

Walaupun Aryssa di Penang boleh saja celebrate online gittewww... Seperti biasa yang sibuk merancang dan urusan membeli kek dan piza adalah Mr. A ๐Ÿ˜Š Al-maklumlah ibu sibuk kerja kena ikut waktu pejabat ๐Ÿ˜‡ tak sempat nak pergi membeli kek.

Pada petang Isnin 22 April sewaktu Mrs. A sampai di rumah kelihatan telah tersedia sekotak kek. Manakala piza belum sampai lagi babah minta tolong Along belikan piza on the way dia balik kerja tu. Adik ada di bilik tak pastilah dia dah maklum ke belum ataupun dia pura-pura tak tahu sengaja duduk dalam bilik eh! ๐Ÿ˜€

April Birthdays.
April Birthdays
Kek pilihan babahnya ๐Ÿ˜

April Birthdays
Sewaktu Adik nak potong kek tu babahnya video called Aryssa kiranya wakil potong kek untuk Aryssa sekali ngeh! ngeh! ngeh!

April Birthdays
Alhamdulillah

Pada 29 April pula birthday Mr. A. Yang ini Mrs. A plan dengan Along dan Adik petang 29 April selepas Along dan Mrs. A balik kerja we all nak buat small celebration jugak. Tengahari tu waktu lunch hour Mrs. A ajak Kak N temankan pi beli kek di SR Aeon S2. Mrs. A beli slice by slice ikut citarasa Mrs.A ngeh! ngeh! ngeh!

April Birthdays.
April Birthdays
Tulisan tu print-out sendiri 

Mrs. A beli 8 slice pelbagai flavor. Papan alas tu kalau nak kena beli jugak ya bukan percuma huhuhuuuu...

Manusia merancang Allah merancang sampai rumah lain kisahnya. Mendapat khabar duka ayah mertua adik ipar Mrs. A yang Alang tu terlibat kemalangan. Mrs. A ingatkan kemalangan biasa aje sebab dekat dalam group WA family takde apa-apa update. Message terhenti bila Along kata tunggu situ sekejap bila yang lain tanya kau kenapa senyap aje. Mrs. A pulak tak ambil port sangat ada pun pm tepi Along tanya kepci dah beli ke belum? tapi Along tak reply pun. Hurm... 

Mrs. A dengan Adik yang kat rumah yang tak tahu apa-apa ni sibuk prepare nak celebrate birthday 
Mr. A ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜” SubhanAllah ditempat kejadian berlaku kekecohan rupanya.

April Birthdays
Ada ceritanya di Astroawani. Actually kejadian kemalangan ini pada petang 29 April waktu puncak masa ni orang tengah balik kerja

April Birthdays
Didoakan roh arwah ayahanda N, Hasni bin Mohd Taib dikurniakan syurga tanpa hisab olehNYA

Dipendekkan cerita petang tu planning Mrs. A tidak diizinNYA. Kek tu simpan dulu dalam peti ais. Malam tu kami semua iaitu family sebelah Mr. A ke rumah arwah iaitu rumah N di Taman Desa Rhu untuk tahlil arwah. Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan keesokan harinya iaitu pada 30 April sebelum masuk waktu zohor di Tanah Perkuburan Taman Zaiton. Tempat yang sama dengan arwah isterinya. iaitu ibu N.

Hectic betul Mrs. A pada 30 April 2024 sebelah pagi tu Mrs. A minta kebenaran bos masuk lambat sebab nak ke hospital. Urusan post-mortem tu family serah pada Mr. A so kena pergi hospital, dia pulak minta Mrs. A ikut sekali. Dah selesai urusan post-mortem Mrs. A terus balik rumah bersiap nak pergi kerja pulak. Mrs. A terpaksa pergi kerja jugak sebabnya petang tu ada Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat nak tak nak kena datang sebab Mrs. A sekretariat huhuuhuu... Mesyuarat pada 30 April tu pulak drag sampai ke malam banyak isu hoi!!! adoiii! sabar yolah nasib orang makan gaji camnilah eh! iklan pulak ๐Ÿ˜ Okay sambung sikit lagi kisah April Birthday.

Punyalah busy dengan kehidupan sendiri sampai terlupa yang 30 April tu adalah birthday adik bongsu Mrs. A jugak a.k.a Maksu Zimah. Selepas dia sendiri forward gambar kek di WA baru Mrs. A teringat dan wish.

April Birthdays.
April Birthdays
Happy birthday Dik Zimah sorry kakcik terlupa

Barakallah Fii Umrik buat kesayangan semua yang menyambut birthdays di bulan April. Lagi sekali Di doakan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik di dalam umur yang berkat.



Mrs. A Join Giveaway Kotak Dari Ayu!

Mrs. A Join Giveaway Kotak Dari Ayu!

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway Kotak Dari Ayu!

Mrs. A Join Giveaway
KLIK

Sedang jalan-jalan di blog Anamizu terjumpa pulak giveaway anjuran SR yang disertai oleh Ana eh! macam best macam menarik jer... terus Mrs. A nak join juga ๐Ÿ˜Š lagipun syarat-syaratnya mudah.

Di antara syarat-syarat yang perlu diikuti adalah follow blog SR syarat yang ini Mrs. A dah lama follow ๐Ÿ˜˜. Lagiiii... syarat yang selalu ada pada sesuatu giveaway adalah tepek banner. Okay dah tepek banner comel macam kat atas tu.

Ooopsss! ada lagi beberapa syarat ha! yang itu readers atau rakan blogger yang nak join sama perlu ke blog penganjur ya. Boleh klik banner di atas untuk ke blog penganjur. Jom sama-sama kita join biar meriah dan sebagai tanda sokongan sesama rakan blogger.

 
Aidil Fitri 1445H

Aidil Fitri 1445H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Aidil Fitri 1445H. Dah terlambat nampaknya Mrs.A nak ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin buat readers dan rakan-rakan blogger ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”. Pejam celik pejam celik dah
1 Zulkaedah 1445H. My blog my stori pun dah hampir sebulan tak hap-date. Sedihhh! Okaylah untuk kenang-kenangan di masa akan datang Mrs. A gigihkan juga diri ini untuk memblog gitttewww...

Pada 1 Syawal yang lalu iaitu 10 April tu kiranya Mrs.A macam terkejut jugaklah tak sangka hari Rabu 10 April tu dah raya kufikirkan raya hari Khamis 11 April. Pada malam pengumuman hari raya Mrs. A sorang-sorang aje kat rumah. Anak-anak semua ada di Jiboi termasuklah Mr. A sebabnya malam tu depa berbuka di sana Mrs. A tak join tak berapa sihat dan jugak sendiri dah raya awal.

Aidil Fitri 1445H. Di pagi 1 Syawal berhari raya di Jiboi dahulu.

Aidil Fitri
Sebelum berkumpul dengan family, Mr. A ajak ke makam Tuan Hj Said terlebih dahulu ziarah kubur arwah m.i.l

Di pagi 1 Syawal tu planningnya adalah untuk bergambar beramai-ramai seisi keluarga side Mr.A seperti tahun-tahun sebelum [SINI]. Unfortunately tidak menjadi kenyataan sebabnya ada drama la pulak! huhuhuuu... kekdahnya masing-masing terus ajelah menjamu selera.

Aidil Fitri
Alhamdulillah ramai ahli keluarga dapat berkumpul hampir kesemuanya ada.

Aidil Fitri
Bergambar bersama cucunda yang baharu sampai we all pulak nak gerak dah

Oleh kerana di Jiboi tiada bergambar raya. Kekdahnya sebelum pulang ke kampung Mrs. A petang tu we all bergambar dahulu di rumah sendiri ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜
Aidil Fitri
Mr. A

Aidil Fitri
Tiru gaya tips bergambar seorang di tiktok ๐Ÿ˜

Aidil Fitri
๐Ÿ’™๐Ÿ’™

Aidil Fitri
Tak cukup kuorum. Along terus masuk tidur salah seorang punca drama jugak tu

Kemudian selepas bergambar we all berempat pun gerak balik kampung Mrs. A di Lubok China. Along we all biarkan aje dia tidur nanti dah bangun dia baliklah drive sendiri. Bertabah betul waktu ni perjalanan dari Seremban ke kampung sepatutnya setengah jam, ambil masa hampir 2 jam disebabkan dek traffic jam.

Sampai di kampung emak Mrs. A dah menunggu dan we all pun makan-makan lagi sebab dah lapar semula ngeh! ngeh! ngeh! Di kampung Mrs.A ada family Alang dan Angah sahaja. Adik bongsu Mrs. A sekeluarga beraya di Kelantan. Abanglong Mrs. A pulak beraya di KL sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan. Maksu ada forward gambar di group WA family manakala Along as usual no photo katanya.

Aidil Fitri 1445H. 
Aidil Fitri
Maksu sekeluarga di beraya di Kg Jeli, Kelantan


Aidil Fitri
Angah sekeluarga tema oren di 1 Syawal 1445H

Aidil Fitri
Alang sekeluarga tema hijau tapi tak tahu kenapa bapaknya color lain sikit ngeh! ngeh! ngeh!

Aidil Fitri
Mereka yang di kampung bergambar kenangan beramai-ramai di pagi 1 Syawal 1445H

Malam raya tu b.i.l Mrs. A yang Alang tu datang beraya. Actually dia dari Rembau (rumah family wife) nak ke pekan Lubok China beli ais katanya on the way depa singgah. Haish! jauh betul nak membeli ais kat Rembau sdah takde ais ke? tanya jerrr...

Aidil Fitri
Alang & N sekeluarga

Aidil Fitri 1445H. 2 Syawal tak ke mana lepak rumah di kampung tunggu tetamu datang dan bergambar. sahaja.
Aidil Fitri
Angah dan Emak

Aidil Fitri
#ootd 2 Syawal

Aidil Fitri
Bergambar riang-ria Aidil Fitri ๐Ÿ˜

Setakat ini dulu yang sempat Mrs.A coretkan. Alhamdulillah syukur masih dikurniakan rezeki olehNYA berhari raya bersama-sama keluarga tersayang. 


MRS.A my blog my stori ©