Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
UMK Kampus Kota. Kisah weekend lepas Mrs. A hantar niece side Mr. A register masuk Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota di Pengkalan Chepa. Mula-mula niece dapat tahu dia dapat UMK ni menangis dia, jauh sangat katanya. Calling-calling bapa sedaranya iaitu Mr. A sambil nangis-nangis. Minta tolong nak tukar universiti lain. Boleh tu boleh tapi tetap juga satu semester kena study di UMK sebabnya dah ada penempatan, dah terlambat baharu nak bagi tahu huhuuu. Actually dari 10 pilihan yang diminta UMK adalah senarai pilihan terakhir kalau tak silap ceritanya.
Mr. A kata takpelah dah rezeki ke situ pergi ajelah study di UMK tu lagipun Kampus Kota bukan Jeli atau Bachok sebabnya Kampus Kota ni dekat dengan air-port Kota Bharu pergi/ balik boleh aje naik flight sekejap aje dah sampai. Kawan babah ada kat KB tu so takyah risau-risau nanti babah arrange kata Mr. A memujuk anak sedaranya mendengarkan itu ceria kembali si Keyna tu ngeh! ngeh! ngeh!
Alhamdulillah bapa sedara ada rezeki lebih so kongsi-kongsilah dengan anak sedaranya Mrs. A okay je sokong apa yang baik. Jadi itulah sebabnya yang pergi hantar adalah Mr. and Mrs. A, Keyna and mama (Kaklong) sahaja.
UMK Kampus Kota - di KLIA
|
Bergambar bersama kaklong sebelum boarding KUL ✈ KBR ๐ |
Flight we all pagi 7.25 boarding time. Semua family Keyna hantar dia ke KLIA ๐๐๐ termasuklah bf dan mak/pak bf dia ngeh! ngeh! ngeh! Keyna mama/papa dan adik-beradik serta uwan gerak dari rumah seawal 5 pagi kemudian mereka solat subuh di surau KLIA. As for Mr. and Mrs. A pulak gerak dari rumah selepas subuh dihantar oleh kawan Mr. A. Keyna kena awal sebab dia kena check-in luggage. As for us sekadar hand luggage sahaja sampai time boarding pun dah kira okay gittewww...
|
Inilah dia budak yang calling-calling sambil nangis tu ๐ |
|
Dah boarding tunggu panggilan untuk masuk kapal terbang |
|
Dapat seat kat kepak huhuu... menghalang view di bawah |
|
Sebelum take-off kita bergambar dulu ✌ |
Masa di dalam kapal terbang lebih kurang 50 minit aje diantara Klia ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru. Dalam pukul 9.30 cenggitu we all dah selamat mendarat. Sampai sahaja di KB kawan Mr. A dah sedia menunggu. Oleh kerana masih pagi dan belum breakfast we all pun planning nak pergi breakfast kemudian ronda-ronda dan jalan-jalan cari makan #jjcm. Kisah jjcm Mrs. A buat entry lainlah ya InsyaAllah.
UMK Kampus Kota.
Hari Keyna register adalah esoknya tu iaitu Ahad 1 Oktober 2023. Masa register adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari setelah register boleh keluar semula bersama family dan masuk semula selewat-lewatnya 4.30 petang.
|
Ready to go |
Dalam pukul 8.30 pagi we all dah keluar hotel sebab planningnya nak pergi breakfast dahulu di Kopitiam Kita. Setelah selesai breakfast we all pun menuju ke destinasi ๐ Register adalah secara drive-thru. So we all duduk aje di dalam kereta sehinggalah tiba di bawah khemah. Barulah turun bawa barang-barang sambil Keyna pergi ke meja registration ambil kunci bilik dan T-shirt untuk new student.
Dibenarkan seorang sahaja peneman tapi Mrs. A ikut aje sekali kaklong dan Keyna. Barang-barang banyak memang tak terbawa kalau setakat 2 orang. Dahlah Keyna punya bilik di tingkat 3 naya pak karim nak hangkut ke atas ha! Aduh! hazab juga hangkut barang-barang ke tingkat 3 tu sampailah di mata terakhir tangga di tingkat 3 tu satu roda bag Keyna tercabut.
Mujurlah ada seorang pakcik ni kesian kat Keyna tak tahulah ayah sape tu dia pun ambil beg tu tolong hantar hingga ke pintu bilik. Actually bukan we all aje yang terlebih peneman hampir kesemuanya bawa lebih dari seorang ialah hakak-hakak senior tu pun takdenya nak tolong hangkut beg junior, depa biarkan aje famiy yang hangkut.
|
Dapat katil no 2 |
|
Ingatkan 1st come 1st serve rupanya ikut di form register tu siap dah tulis no katil huhuu kesian Keyna dah cop tepi tingkap kena tukar katil no 2 |
Setelah selesai susun-susun barang Keyna we all keluar semula #jjcm. Kemudian dalam pukul 4.00 petang hantar semula Keyna ke hostel. Tibalah sangat berpisah sementara lebih kurang 4 tahun gittewww...
|
Pesan mamanya dah siap pasang niat tu nak menimba ilmu jadi manusia bermanfaat |
|
๐ข๐ข๐ข |
|
Bye-bye Keyna jaga diri ๐ช |
Kemudian we all pun gerak ke air-port boarding time dalam pukul 5.55 petang. Alhamdulillah selamat touch down di KLIA dalam pukul 8.00 malam sampai rumah Seremban lebih kurang pukul 10.00 malam. Esoknya tu kerja seperti biasa huhuuuu...