Mac 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mac 2022
Wordless Wednesday - Birthday Gifts KSR

Wordless Wednesday - Birthday Gifts KSR

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Birthday Gifts KSR. Awal betul Kelab Sosial & Rekreasi (KSR) syarikat dah bagi birthday gifts  untuk tahun 2022 ni ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ. Semalam Mrs. A terima birthday gifts dari KSR. Actually bukan Mrs. A seorang yang dapat, semua ahli KSR pun dapat juga. 

Wordless Wednesday - Birthday Gifts KSR. 
Wordless Wednesday
Dapat jut beg juga ๐Ÿ˜

Wordless Wednesday
Dalam jut beg ada bekas makanan, botol air, kurma ajwa dan powerbank

Bila Mrs. A bagitahu eh! birthday sis bulan Mei la depa kata takpelah memang KSR nak bagi sebelum puasa cause nak bagi juga souvenir kurma ajwa tu sebagai ole-ole nak sambut puasa gittewww...

Alhamdulillah terima kasih KSR.




Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Pada hari Sabtu lepas dengan izinNya Mrs. A berkesempatan ziarah kematian arwah MakNdak di Kg Jerlang, Pantai Negeri Sembilan. Arwah MakNdak adalah isteri kepada PakNdak iaitu bapa saudara Mrs. A (adik kepada arwah Abah Mrs. A).

MakNdak meninggal dunia pada petang Jumaat 25032022 lebih kurang pukul 6.30 petang di rumah kerana sakit tua. Mrs. A dapat tahu pun sebelah malam selepas maghrib. Abang ipar Mrs. A yang telefon nak confirm betul ke MakNdak meninggal. Eh! tak tahu jawab Mrs. A sebabnya anak-anak arwah takde pulak inform di dalam group WhatsApp keluarga. Mungkin sedih dan sibuk agaknya. Terus Mrs. A calling-calling cousin Mrs. A anak arwah iaitu KZ. Barulah Mrs. A dapat tahu kisahnya dan KZ minta tolong Mrs. A yang maklumkan dalam group WhatsApp keluarga. Malam tu Mrs. A tak pergi ziarah pun esoknya tu barulah pergi bersama Mr. A dan Aryssa.

Menurut KZ jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid Pantai kemudian dari masjid akan terus di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pagi Sabtu tu dari rumah Mrs. A terus aje ke masjid Pantai.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
Bersedia untuk solat jenazah

Setelah selesai solat jenazah, dibawa ke tanah perkuburan islam Bt 7 Kg Jerlang Pantai, Negeri Sembilan.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
Alhamdulillah selamat dikebumikan lebih kurang pukul 12.00 tengahari

Mrs. A sekeluarga sempat mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan. Kemudian singgah sebentar ke rumah berjumpa PakNdak.

Kisah kematian lagi.

Pada bulan Mac 2022 ini telah tiga orang saudara-mara yang Mrs. A kenal meninggal dunia. Pada 16 Mac 2022 isteri kepada cousin Mrs. A yang sebelah emak iaitu Along Zul meninggal dunia. Dimaklumkan arwah iaitu cikgu Norhashimah meninggal di rumah secara tiba-tiba sesak nafas. Tak sempat ziarah pun. Mereka bagitahu pun lambat iaitu esoknya tu setelah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Senawang kalau tak silap.

Pada 19 Mac 2022 pula cousin Mr. A yang disebelah f.i.l iaitu Kak Imah meninggal dunia. Mrs. A difahamkan beliau memang ada sakit asbab kematian ketika nak buat dialisis tiba-tiba meninggal. Telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Mambau pada keesokkan harinya sebelum zohor.

Semoga Allah SWT merahmati roh mereka dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman disisiNYA. 

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga semoga tabah dengan dugaan. Sesungguhnya mati itu pasti, hidup InSyaAllah. 



Shell Out Di ZA Cafe

Shell Out Di ZA Cafe

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Shell Out Di ZA Cafe. Malam tadi Mr. A belanja dinner di ZA Cafe style shell out. Mrs. A ingatkan family kecil Mrs. A aje kekdahnya dia ajak sekali f.i.l dan semestinyalah family s.i.l dah tentu serumahkan..๐Ÿ˜. Tapi unsangkarable ada jugak family Alang mungkin s.i.l yang ajaklah kot ngeh! ngeh! ngeh!

Sebelum tu sajalah nak bagitahu readers, Subahanallah Alhamdulillah Mrs. A telah dikurniakan kesembuhan olehNYA dari virus covid19. Cuma masih ada sedikit batuk-batuk lagi. Bila tanya officemate yang lain yang sama positif kebanyakkan pun bercakap benda yang sama iaitu mereka juga masih ada sedikit batuk-batuk jugak. Mungkin itu adalah gejala normal bagi mereka yang baharu pulih dari positif covid19.

Okay sambung kisah shell out di ZA Cafe. Actually ini adalah pertama kali Mrs. A, Aryssa dan Adik dine-in di ZA Cafe. Sebelum ni tapau [SINI] Mr. A tu tak kiralah dia dah macam maskot kat situ bak kata Z abang si kembar hahahaaa...

Shell Out Di ZA Cafe. 

Shell out
Muka seorang Mrs. A selepas sihat dari covid19 gittewww...

Shell out
Belum habis tabur kena tunggu lagi ๐Ÿ˜

Shell out
Adik, Aryssa, Aboy

Shell out
Disebabkan N duduk hujung sekali so Mrs. A pun dera dia suruh wefie ngeh! ngeh! ngeh!

Shell out
Z sedang mengisi tower air tebu we all
Nun di belakang baju merah penampakan seketul Mr. A 

Sesiapa yang belum pernah mencuba shell out di ZA cafe, uols kena cuba tau. Ianya sedap sangat yummy! yummy! so yummy! gittewww... ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ bukan Mrs. A yang mula-mula kata tau biras Mrs. A yang cakap dia dah pernah ber shell out kat tempat-tempat lain jugak tapi katanya kuah shell out kat ZA cafe ni paling sedap. Itulah mula-mula Mrs. A memang nak komen sedap tapi segan cause ini 1st time Mrs. A ber shell out hahaha... kesian ko Mrs. A. Kami sekeluarga malam tu semuanya puashati dari yang paling kecik sampailah yang tua-tua semuanya habis makan sampai licin.

Alhamdulillah rezeki dariNya thank you to Mr. A cause lanjer kami semua Shell Out Di ZA Cafe next time boleh datang lagi.

IG ZA cafe: @zacafe.official


Covid19: Ujian Kendiri Positif.

Covid19: Ujian Kendiri Positif.

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Covid19: Ujian Kendiri Positif. Semenjak bermulanya Covid19 dan bermulanya PKP lebih kurang pada bulan Mac 2020 yang lalu Mrs. A boleh dikatakan tergolong didalam mereka yang bertuah. Ketika officemate diarahkan pulang ataupun diminta membuat swab test disebabkan samada kontak rapat ataupun mereka sendiri yang positif  covid19, Mrs. A langsung tidak pernah tergolong didalam kategori tersebut.

Ketika lunch bila mana officemate berbual pengalaman masing-masing pergi swab test. Mrs. A hanya mendengar, begitu juga ketika bertemu kawan-kawan sekolah dan sedara-mara di majlis tertentu Mrs. A masih  lagi hanya mendengar dan bila mereka beertanya pada Mrs. A alhamdulillah aku masih dilindungiNYA tak pernah rasa kena swab lagi dan kalau boleh mohon dijauhkan.

Closed contact officemate.

Actually Mrs. A macam dah boleh rasa cause memang dah bergejala dari hari Jumaat malam. Tapi biasalah penyakit sindrom penafian itu tetap ada huhuuu... Kisahnya pada Khamis 030322 ada seorang officemate Mrs.A tulah dah tahu sakit tekak, bersin-bersin, flu, demam gigih jugak nak pergi office dahlah masa pagi tu bila dia dah bergejala teruk macam tu seorang lagi officemate Mrs.A ni dah suruh dia balik tapi dia tak nak balik pulak sampailah ke petang. 

Bila lunch hour dia buat saliva test tak dapat result. Invalid pulak dia terus pergi klinik berhampiran office buat PCR tup-tup 1 jam ke 2 jam kemudian klinik bagitahu result beliau positif. Adoiiila... sabar yolah we all yang sama cubicle dengan dia tu. Dahlah tu Mrs. A bukannya pakai face mask sentiasa kat tempat duduk sendiri ada masa bukak jugak nak makan nak minum kannn...

Esoknya tu pagi Jumaat 04032022 sebelum pergi kerja Mrs.A buat saliva test dan keputusannya adalah negatif so pergi kerjalah macam biasa. Tempat kerja Mrs.A bermula 2 minggu lepas kalau tak silaplah. Pihak pengurusan telah mengarahkan PIC Covid19 untuk sanitive office setiap hari selepas waktu bekerja. So no such thing ko nak sanitive office di waktu bekerja pastu ko suruh staff balik rumah. Eh! eh! staff okay je pulang awal muahahahaaa yang tak okay tu pihak Pengurusan oopps!

Weekend tu gejala Mrs. A biasa-biasa aje sakit tekak yang tak seberapa dan kadang-kadang bersin. Mrs. A masih lagi meneruskan aktiviti harian seperti biasa membasuh, sempat keluar ke Hyper pet beli makanan kucing, ke pasar beli sotong dan sayur al-maklumlah Mr. A outstation ke JDT kemudian singgah jugak ke farmasi Alpro Ampangan top-up test kit untuk Aryssa dan memang sengaja beli extra buat stok.

Pada hari Ahad tu selepas maghrib ada makan-makan di Jiboi macam biasa ada barbeque tapi syukurlah Mrs. A tak pergi pun sebab bergejala walaupun dah buat saliva test negatif tapi macam tak sedap hati nak pergi. Aryssa memang tak nak pergi cause dia memang menjaga diri tak nak bersosial sementelah dia sedang SPM ni. Adik dah pergi sendiri dari petang Jumaat tu. Mr. A pulak pagi Sabtu dah ke Johor.

Covid19: Ujian Kendiri

Covid19
Ahad petang 6.3.22 saliva test result still negative

Covid19: Ujian Kendiri Positif.

Namun takdir Allah mengatasi segalanya pada 07.03.2022 iaitu Isnin pagi sebelum nak pergi kerja Mrs. A telah membuat ujian kendiri saliva test dan keputusannya adalah positif. 

Covid19
Positif yang tak diingini๐Ÿ˜ž

Berdebar-debar betul sementara menunggu keputusan test yang ni. Doa jangan cakaplah tak putus-putus tapi itulah bila Allah kata Kunfayakun maka jadi jadilah ia ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Allahuakbar panik sekejap. Nangis jap ๐Ÿ˜ญ Istighfar 10 kali pastu dah cool down sikit. Baru boleh fikir apa nak buat hahahhaa... Mula-mula video call Aryssa tanya saliva test dia apa keputusan? Aryssa  kata negatif. Alhamdulillah Aryssa sedang bersiap nak ke sekolah pagi Isnin dia ada paper sejarah. Lepas tu Mrs. A slow talk dengan dia bagitahu Mrs. A punya saliva test positif  tiba-tiba terus dedua nangis serentak hahahaa...(memories)

Kemudian Mrs. A cakap dah-dah takyah nangis ibu okay je gejala ringan takde apa-apa. Awak takyah fikir lain pergi aje sekolah macam biasa fikirkan nak ambil paper sejarah nak buat yang terbaik, tapi  dia closed contact katanya. Takpe closed contact tak bergejala, saliva test negatif tak perlu kuarantin pun jawab Mrs.A. Syukur Aryssa terus okay nak ke sekolah. Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah perancangan Allah memang terbaik cuaca pagi tu elok, ditakdirkan juga Adik ada kat rumah so minta tolong Adik yang hantar Aryssa ke sekolah. Mujurlah Adik balik rumah malam tu jugak selepas barbeque. Kalau tak? tak tahulah macam mana. Syukur selesai satu perkara.

Sementara tu Mrs. A terus whatsApp Mr. A suruh dia balik hari Isnin tu jugak cause Mrs. A dah positif nak kena kuarantin sape nak settle budak-budak. So terpaksalah dia balik hari tu jugak. Kemudian Mrs. A whatsApp officemate yang satu department, termasuklah Mr bos dan yang rapat bagitahu Mrs. A positif dan mintak nombor Encik S PIC covid19 syarikat untuk up-date status Mrs. A sebagaimana arahan syarikat. Bila Encik S tanya Mrs. A akak dah up-date MySejahtera ke belum? eh! belum la kah..kah..kah... la.... kak! pergi up-date Mysejahtera dulu, kemudian screenshot status terkini hantar kat saya katanya.

MySejahtera Status
Covid19

Terus Mrs. A up-date MySejahtera Mrs. A sebagaimana yang diminta. Selang beberapa ketika MySejahtera Mrs. A pun dah bertukar color merah ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“ Kemudian Mrs. A pun hantar pada Encik S dia tanya rasa-rasanya akak jangkit dari mana?. Mrs. A jawab Si S rasanya. Mrs. A yakin sangat cause hari Khamis 03032022 tu memang lebih kurang 8 jam duk kat cubicle dengan dia. Sebelum ni ramai je yang casual contact jenis jumpa tak sampai 5 minit kat office takde apa-apa pun. Lagi satu fiil buruk Mrs. A bila kat tempat sendiri rajin nau-nau bukak mask beza dengan officemate Mrs.A yang sebelah Mrs. A si M tu dia patuh SOP betul kat tempat sendiri pun pakai mask kecuali kalau dia nak makan atau minum. Apa-apa pun Mrs. A tetap bersyukur dan percaya pasti ada hikmah disebaliknya.

Okay cukuplah kot setakat ini je dulu kisah Covid19: Ujian Kendiri Positif InSyaAllah nanti Mrs. A citer diari kuarantin Mrs.A pulak ya. Doa yang baik-baik minta yang baik-baik InSyaAllah akan hadir yang baik-baik sahaja.



Mrs. A Join Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1

Mrs. A Join Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1. Ketika singgah di blog Syazni Rahim (SR) tadi terjumpa pulak satu post dia sedang anjurkan giveaway. Sebagai tanda support moh lerrr... kita join gittewww...

Mrs. A Join Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1.

Mrs. A Join Giveaway
KLIK

Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan giveaway ini silalah ke blog penganjur ya. Boleh klik banner di atas untuk ke blog penganjur.

Entry yang paling Mrs. A ingat di blog SR adalah yang bertajuk "Kedai emas Kuala Pilah yang ada jual beli online" sebab selepas baca aje entry tu terus Mrs. A join telegram Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah untuk cuci-cuci mata muahahahaaa.... so kekdahnya tiap kali scroll ke telegram pasti ingat link tu dapat dari blog SR gitttewww...

Semoga Mrs. A adalah salah seorang blogger bertuah yang menang Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1  eh! eh! hahahaha... hadiah masih rahsia katanya.



Nasi Ayam Geprek AR

Nasi Ayam Geprek AR

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Nasi Ayam Geprek AR. Balik kerja hari Rabu aritu tengok-tengok kat atas meja makan ada nasi bungkus. Mrs. A pun pelik kenapa Mr. A bungkus extra nih! kekdahnya dia nak bagi Mrs. A merasa juga nasi ayam geprek AR by Ayu Raudhah. Lagipun ZA Cafe yang baharu open tu run by abang si kembar kawan Mr. A, sajalah kot sambil bagi anak-anak, isteri merasa sambil support kawan-kawan gittewww...

Nasi Ayam Geprek AR. 
Nasi Ayam Geprek AR
Ayamnya besar sampai tertutup nasi ๐Ÿ˜Š

Bekas nasi ayam geprek AR ni memang besar dari bekas-bekas yang biasa tu, cuma bila Mrs. A buka tu mengomel jugaklah apsal portion sambal tu sikit aje. Tapi bila dah makan baru faham kenapa hahahaaa... sambalnya tu pedas uols! so memang kena ambil sikit-sikit jer... kalau cicah sekali banyak mampos melahar nanti muahahhaaa....

Portion ayam yang besar itupun sedap rasa rempahnya secara menyeluruh pedas-pedas di segenap bahagian takdelah setakat dibahagian atas aje gittewww...

Petang semalam pulak Mr. A calling-calling sambil tergelak-gelak tanya nak tapau lagi tak ayam geprek ? tapi katanya ada ikan jugak. Pastu Mrs. A jawab boleh jugak tapau je ayam dan ikan. 

Nasi Ayam Geprek AR. 
Nasi Ayam Geprek AR
Tapi pada sticker tetap tulis Nasi Ayam Geprek AR ๐Ÿ˜

Portion lain-lain dalam ikan sama aje dengan ayam iaitu ada tauhu, tempe, sayur kobis & salad, limau nipis, sambal & kicap dan semestinyalah nasi putih.

Kalau tanya Mrs. A sedap ke tidak? Sejujurnya Mrs.A rasa so yummy! di antara ayam dan ikan pula Mrs. A lebih prefer ayam. Okay next time boleh order lagi. Maybe lepas ni nak makan di ZA Cafe pulak ๐Ÿ˜ ZA Cafe ni terletak di Wisma PBNS depan padang Rahang tu. Sebelum ni Mrs. A dah pernah ke situ tapi time tu bukan ZA Cafe lagi tapi sekarang ZA Cafe dah take over.



Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021

Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021.  Hari ini 02032022 bermulalah peperiksaan bertulis SPM 2021. Ujian lisan dan ujian mendengar untuk calon SPM 2021 ini telah selamat ditempohi seminggu dua yang lalu  2021. Alhamdulillah Aryssa Hani sihat-sihat sahaja begitu juga dengan calon-calon yang lain. Walaupun ada yang positif Covid19 tetapi hanyalah seorang dua sahaja. Tetapi Mrs. A difahamkan mereka tetap boleh mengambil ujian tersebut pada tarikh yang berlainan.

SPM 2021 selain Aryssa, anak sedara Mrs. A si Luqman Hakim iaitu cousin Aryssa pun sama calon SPM 2021 juga. Semoga berjaya Luqman Hakim. ๐Ÿ˜˜ 
 
Sewaktu SPM 2019 Along tak perlu pun nak buat saliva test sebelum ke sekolah tahu pun tidak apa itu RTK antigen ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… namun ketika Aryssa asal nak hadir ke sekolah aje cikgu akan ingatkan buat saliva test dahulu ngeh! ngeh! ngeh!

Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021.

Calon SPM 2021
Pagi tadi sempat Mrs. A minta Aryssa posing dulu ๐Ÿ˜Š

Sebelum ke sekolah selalunya Aryssa akan datang jumpa Mrs. A dulu sambil salam-salam dan peluk-peluk minta doakan dia ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Alhamdulillah pagi tadi Aryssa sihat dan ceria nak ke sekolah berbeza dengan sewaktu dia nak menghadapi percubaan dulu stress semedang ngeh! ngeh! ngeh! sampai Mrs. A cakap rilexslah Aryssa tak payah nak fikir-fikir sangat, setakat mana usaha awak begitulah hasilnya. Ibu terima seadanya dah tak payah nak stress-stress sangat gittewww....

Calon SPM 2021
Penerangan akhir oleh ketua panitia BM untuk kelas 5K

Calon SPM 2021
Taklimat perjalanan peperiksaan lisan BI

Buat anak-anak yang tinggal di asrama didoakan mereka kuat semangat, tabah dan sabar untuk mengharungi dugaan tidak dapat bersemuka dengan ahli keluarga tersayang masing-masing. Mrs. A percaya doa ibubapa kalian sentiasa mengiringi walaupun jauh di mata. InSyaAllah.

"Ya Allah, mudahkanlah urusan anak kami ini pada hari peperiksaan dan hari-hari seterusnya sehingga selesai peperiksaan. Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan, selamatkan perjalananan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi daripada halangan dan rintangan."

"Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab dengan tepat dan betul. Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada mereka."

"'Ya Allah... tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu semata-mata. Terimalah doa kami... Aamiin...Aamiin..Aamiin... YaRabbal A'lamin."

Mohon rakan-rakan blogger Aamiinkan perkongsian doa di atas share dari grup WhatsApp. Kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat. Mana tahu ada dikalangan doa kita yang diangkat dahulu.

Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021 dan juga buat semua calon SPM 2021.



MRS.A my blog my stori ©