Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 8 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 8

21 Februari 2022

Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 8

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 8. Setelah 2 tahun tertangguh dek PKP akhirnya pertandingan bowling Alumni STAD kali ke - 8 berjaya di realisasikan pada 08012022 yang lalu fuhhh! lama betul baharu Mrs. A nak up-date story muahahhaaa...kisah kali ke - 7 [SINI]

Seperti tahun-tahun sebelum ini nama team Mrs.A masih lagi kekal dengan nama Queen'92 untuk perempuan dan King'92 untuk lelaki iaitu we all masing masing dari batch SPM 1992 Sek. Men. Keb. Tunku Ampuan Durah. Time Mrs. A bersekolah di situ dahulu nama sekolah adalah Sek. Tunku Ampuan Durah a.k.a STAD. Tahun ini hanya ada dua team sahaja dari batch '92 yang join jaaaadilahh!

Pertandingan Bowling Alumni STAD ini terbuka kepada semua Ahli Alumni tak kisahlah dari batch tahun berapa sekalipun. Tempat masih sama iaitu di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Okay jom layan gambar.

Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 8.

Bowling
Bergambar sebelum games dimulakan

Bowling
Pagi Sabtu 08012022 Ampang Superbowl dipenuhi dengan color hijau

Bowling
Ini ler muka-muka Queen'92 kali ini

Bowling
Sebelum tukar baju rasmi pertandingan haruslah posing 😊😊😊

Bowling
Mask senget dont care 😑

Bowling
Bola pinjam huhuhuu....

Pertama kali berjumpa face to face dengan SA. Sebelum ini memang dah kenal sebagai blogger di alam maya. Tak sangka pulak dari sekolah yang sama. 

Bowling
Excited dapat wefie dengan SA 😍

Bowling
Dulu sama tempat kerja sekarang Tn Hj R dah bersara.
Eh! terjumpa pulak membowling di sini 😊

Bowling
Batch '92 yang sempat bergambar

Bowling
Jumpa gang sekolah perangai auto jadi macam budak sekolah muahahhaaa....

Okaylah gambar last sekali sajalah nak bagitau

Bowling
Mrs. A dapat nombor 4 out of 10 kategori individu wanita jatuhan pin terbanyak

Habis sudah kisah Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 8. InSyaAllah panjang umur sihat tubuh badan nak join lagi di tahun hadapan.




13 ulasan:

  1. hahaah taon 1992, kita baru form 2 :p

    BalasPadam
  2. bgus jumpa kawan2 lama dan first crush yg lama.. hehehe

    BalasPadam
  3. sonoknya memboling jumpa kwn lama lagi

    BalasPadam
  4. Wahh.. aktiviti yang ohsem..
    selain jumpa kawan-kawan sekolah, beriadah main bowling..
    Siap wefie dengan kak SA.. Terbaiklah Mrs. A..

    BalasPadam
  5. SA pun seronok sebab ni first time join group Alumni...ini pun Shida yang pujuk suruh join...hahaha...nice to meet you Mrs A, SA masuk STAD form 4-5 je...hehehe...

    BalasPadam
  6. tahniah..dpt no. 4 still ok..top 5..

    seronok dpt gather2 dgn classmates,schoolmates..

    BalasPadam
  7. Wah, meriahnya event! Mesti best jumpa kawan-kawan sekolah. Mrs. A satu sekolah dengan Kak SA rupanya.

    Tahniah dapat tempat ke-4!

    BalasPadam
  8. 1992 ammi baru masuk form 1..

    Tn Hj R tu batch tahun bila pulak tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeh! tak tanya pulak la Mrs.Kay heheheee
      Ada je umur 70 baya-baya mak Mrs. A pun join jugak

      Padam
  9. Mak saya alumni STAD juga. Haha tahun lebih awal lagi. Agaknya yang veteren tidak sertai sudah bowling.

    BalasPadam
  10. wahhhh best nyaaaa... dah la lama tak main bowling ni

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©