Julai 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Julai 2021
Wordless Wednesday #3/2021 - Kit Larian Dah Sampai

Wordless Wednesday #3/2021 - Kit Larian Dah Sampai

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #3/2021 - Kit Larian Dah Sampai 

Wordless Wednesday
Certificate of Achievement ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday
Baju/ jersi bahagian depan

Wordless Wednesday
Baju/ jersi bahagian belakang we stand with tak clear sangat ๐Ÿ˜ž

Wordless Wednesday
Lagi barang-barang dalam kit larian tu.
Sedikit kuciwa dengan medalnya tu "Finisher 7km" tak clear penampakkannya.

Wordless Wednesday #3/2021 - Kit Larian Dah Sampai. Kisah panjang lebarnya nantilah Mrs.A cerita ya.



Saya Telah Divaksin Eh!

Saya Telah Divaksin Eh!

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Saya Telah Divaksin Eh! ๐Ÿ˜Œ bukan... bukan Mrs. A yang telah divaksin tetapi emakku sayang yang telah divaksin. Semalam 12072021 adalah temujanji emak untuk 2nd dose vaksinnya. Corat-coret 1st dose [SINI] Seperti dose yang pertama dahulu we all akan ambil emak dari kampung sehari sebelum tarikh temujanji. Walaupun alasan yang kuat nak merentas daerah untuk vaksin tetapi Mrs. A tetaplah minta Mr. A ambil permit di balai polis berdekatan. Tak nak lah ada ferfeeling insecure gitttewww....

Pada Sunday 11072021 tu lebih kurang 11.45 pagi cenggitu Mr. A dah gerak pergi ambil mak ngeh! ngeh! ngeh! sama jugak macam yang pertama pergi ambil mak adalah Mr. A dan time hantar balik adalah Mrs. A. Lagipun Mrs. A kena memasak untuk lunch tengahari tu atas arahan Mr. A kena masak, masak asam pedas ikan tenggiri, goreng ayam dan sayur kangkung.

Hai! lah emak kalau datang rumah we all selalu ada buah tangan ๐Ÿ˜

Buah-buahan
Alhamdulillah rezeki tak payah beli durian dah

Time emak sampai Mrs. A dah dekat siap nak masak dah! Alhamdulillah tengahari tu lunch bersama-sama kecuali Along yang takde dia belum sampai lagi dari Jiboi. 

Esoknya tu dalam pukul 9.50 pagi hantar emak ke PPV Dewan Orang Ramai Sikamat. Hemtam sajalah satu kereta 3 orang cause Mrs. A tak berapa nak ingat simpang mana nak masuk ke dewan tu so biarlah Mr. A aje yang hantarkan gittewww... Kali ini ramai pulak orang tak seperti yang pertama dahulu hurm.... nak tanya vaksin untuk diri sendiri pun tak jadilah kau ingat ko sape Mrs. A hoiii! anak raja?!  muahahhaaaa.... kau tunggu yolah turn kau sampai ya.

Nak masuk [IN] ke 1st station pun sedikit jauh dari yang pertama dahulu ialah depa buat cenggitu memikirkan nanti ramai orang yang akan queuelah kot. Emak Mrs. A ni sakit lutut so memang kena berpaut dengan Mrs. A kiranya Mrs. A jadi tongkat dia dan jalan perlahan-lahan. Mulanya Mrs. A ingatkan mak tak nak naik wheel chair tapi rupanya nak wheel chair. Okaylah senang Mrs. A tolakkan aje lagipun laju sikit. Queue untuk 2nd dose memang cepat ialah tak payah nak isi-isi borang dah tunjuk kad appointment terus aje diarahkan ke station seterusnya.

Saya Telah Divaksin Eh! 

vaksin
Selfie - selpot dulu sementara menunggu untuk dicucuk

Tak lama pun time menunggunya, emak telah dipanggil masuk ke bilik kecik-kecik tu untuk dicucuk. Mrs. A pastikan betul-betul ada cecair tak dalam syringe tu punyalah paranoid selepas tengok perkongsian video syringe kosong tu kah! kah! kah! okay ada uols.

Selepas dicucuk kena serahkan kad appointment kepada petugas di station 2nd last untuk mereka up-date status di dalam MySejahtera. Kemudian ke station last sekali untuk pemantauan lebih kurang 20 ke 30 minit gittewww.... Alhamdulillah emak takde rasa apa-apa yang pelik okay aje katanya. So we all pun dibenarkan pulang. Eh! sebelum tu haruslah bergambar dahulu. Kalau ada yang tanya kena ke bergambar jawabnya mestilah habis tu penat depa buat prop takkan sekadar hiasan kot membazir masa dan tenaga depa haish!

Saya Telah Divaksin Eh! 

vaksin
#pfizerclan ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tak kisahlah vaksin jenis apa pun yang penting Arab Saudi dah iktiraf Sinovac eh! hahhahaaaa... Setelah selesai apa lagi baliklah terus ke rumah dah katanya PKPD mana boleh ke sana ke sini. Kemudian selepas Zohor dan lunch Mrs. A pun hantar mak balik kampung.

Kali ini Adik tak dapat nak ikut sekali al-maklumlah Seremban PKPD dibenarkan 2 orang sahaja satu kereta. Sampai di kampung lebih kurang pukul 3 petang. Abang Lang Mrs. A pun ada cause Selasa dan Rabu Mrs. A minta tolong dia hantarkan mak-mak sedara yang dua orang tu. Al-maklumlah untuk 2nd dose ni Mrs. A tak dapat nak hantar, cuti Mrs. A sehingga Julai tinggal sehari aje. Okay tak alasan tu? ngeh! ngeh! ngeh!. Apa-apa pun Alang Mrs. A memang willing and looking forward pun alasan kukuh nak balik kampung uols! Bukan senang terlepas nak balik kampung dahlah dia duk Selangor kesian bertahun tak balik kampung. Alhamdulillah permit merentas negeri beliau diluluskan.

As for Mrs.A pulak dalam pukul 5 petang cenggitu berangkatlah semula pulang ke Seremban dapatlah membawa pulang lagi sedikit buah-buahan alahai sedihnya raya haji tak lepas nak balik kampung lagi. Sedih! buah-buahan banyak anak cucu tak dapat merasa bak kata mak Mrs. A. Alhamdulillah perjalanan pulang ke Seremban dipermudahkan ada satu SJR (tempat biasa) tapi abam pulis dan sekar tu senyum aje membiarkan Mrs. A berlalu pergi ialah dari air muka mereka dah nampak kejujuran Mrs. A di situ choi! muahahhaaaa...


Lazada Haul

Lazada Haul

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada Haul. Di musim PKP ni Mrs. A yakin ramai yang membeli belah secara online sahaja termasuklah Mrs. A. Di awal-awal pandai membeli online dahulu kala platform kegemaran Mrs. A adalah Lazada as time goes by seorang Mrs. A telah berpaling tadah kepada platform yang satu lagi itu siapa lagi kalau bukan si S tu ngeh! ngeh! ngeh!

Lazada haul lebih kurang 2 minggu lepas Mrs. A sesajalah scroll-scroll Lazada terus terjebak membeli Pots and Pans Organizer. Mrs. A memang dah lama berkira-kira nak membeli tempat untuk letak periuk-periuk Mrs. A biar nampak cantik tersusun. Sebelum ni bersepah-sepah je ada yang tergantung ada yang dalam kabinet bila ternampak aje mendealah pots and pans organizer laju ajelah Mrs.A membelinya.

Lazada Haul - Pots and Pans Organizer adjustable.

Lazada
8 layer pots and pans organizer adjustable

Pots and pans organizer ni ada dua jenis, ada yang 8 layer dan ada jugak yang 5 layer. Mrs. A pilih 8 layer almaklumlah sejenis tamaklah katakan kah! kah! kah! eh takdelah bila kira-kira periuk Mrs. A tu 8 layer adalah yang paling ngam gitttewww....

Mende alah tu sampai bercerai-berai so kita kenalah pasang siapkan dia, mudah aje nak pasang. Mula nya Mrs. A tersalah pasang yang bawah sekali tu main letak aje ikut suka hati apa lagi tegoyang-goyang inul lah pots and pans organizer tersebut muahahhaaaa.... kemudian Mrs. A belek-belek semula apa masalahnya baharulah tahu yang untuk dua besi yang paling bawah tu kena pilih besi yang ada cer onet kecik-kecik tu so baharulah mende alah tu boleh sturdy [stabil] dan tak tergoyang-goyang inul lagi kejadiannya. 

Okaylah Mrs. A puashati periuk-periuk dah helok setempat tersusun kemas jimatlah kiranya penggunaan ruang di dapur Mrs. A ni. Kiranya misi tercapai gittewww...




Welcome July

Welcome July

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Welcome July. Pejam celik pejam celik dah setengah tahun berlalu. Sana sini situ ceritanya masih tetap sama iaitu virus Covid 19 dan PKP. Rindu sewaktu dunia belum dilanda Covid 19. Readers rindu tak? Eh!

Hurm.......lama sangat rasanya Mrs. A tak menjengah ke dunia blog dah bersawang blog kesayangan Mrs. A ni ha! Mrs.. A ada jer... kebanyakkan masa WFH ntahlah kenapa malas sungguh nak membuka laptop apabila berada di rumah masih tiada jawapan gittewww... 

Welcome July semoga lebih baik dari bulan Jun.

welcome july

Actually ada jer kisah di bulan Jun okay bagi teaser dululah ya. Nanti bila jersi dan medal dah terima baru buat citer penuh gittewwww... Ntah macam mana tiba-tiba terjebak nak join virtual run sebagai tanda support kepada Palestine yang pada ketika itu teruk diserang israhell, kekdahnya Mrs. A pun join 7km Run for Palestine by Runsteur. Gambar bawah ni E - bib Mrs. A

welcome July
E - bib Mrs. A 7km run for Palestine walaupun sekadar dapat email tetap nak show of muahahhaaaa....

Nak lari sekaligus pun boleh, berperingkat pun boleh yang penting bukti larian kena bagi snapshot pada penganjur.

Dalam bulan Jun ni jugak Mrs. A tiba-tiba kena ambil cuti tiga hari berturut-turut cause panggilan vaksin untuk Emak dan mak-mak sedara Mrs. A. amvoiii! panggilan vaksin ya muahahhaaa... Kisahnya Mrs. A registerkan Emak dan dua orang mak sedara Mrs. A sebagai dependent dalam MySejahtera Mrs. A. Register pada 10 Jun tak sangka pulak 21 Jun dah dapat 1st dose appointment untuk Emak dan untuk mak sedara lagi 2 orang tu tarikhnya 22 dan 23 Jun tempat pun berlainan. 

Adoiila.... hai! Mrs. A ingatkan sekali tarikh dan tempat vaksin kekdahnya tidak begitu uols! Ada gak terfikir nak cancel tapi tanya pendapat kawan yang kerja di KKM better don't nanti ntah kurun bila pulak dapat date appointment yang baharu katanya. Mrs. A pun nekad apply cuti 3 hari terus kalau bos nak marah hadap yolah. Sekali sekala berkorban untuk Emak dan mak-mak sedara tak mahu sesal di kemudian hari gitteww ecewah! berkorbanlah sangat hahahaaa...

welcome july
Alhamdulillah 1st dose Pfizer done. Selepas vaksin emak sihat-sihat sahaja

Okay itu sahaja kisah welcome July. InShaAllah nanti Mrs.A up-date lagi. Esok Mrs. A kena pergi office turn Mrs. A WFO. Semoga kita semua dilindungi olehNYA dari virus Covid 19 #Allahjagakami


MRS.A my blog my stori ©