Oho! ho! Balik Kampung Dan Celebrate Birthday Luqman Haqim - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Oho! ho! Balik Kampung Dan Celebrate Birthday Luqman Haqim

28 Disember 2020

Oho! ho! Balik Kampung Dan Celebrate Birthday Luqman Haqim

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Oho! ho! Balik Kampung Sambil Celebrate Birthday Luqman Haqim. Kisah tertunda tiga minggu yang lalu. Alhamdulillah setelah hampir sebulan lebih tak balik kampung pada Saturday 12122020 dengan izinNYA Mrs.A selamat pulang ke kampung. Paling istimewa balik kampung kali ini adik-beradik Mrs. A yang lain pun dapat balik kampung juga. Makna kata kamilah antara mereka yang berdedai-dedai balik kampung setelah dibenarkan rentas negeri oleh MKN bagi zon hijau ha gittewww...walaupun masih PKPB gittewww..

Oho! ho! Balik Kampung

Balik kampung
Kami on the way, doakan kami selamat sampai ke kampung ya.

Family Alang dah pulang dulu pada hari Khamis 10122020. Mereka ni kecuali Alang lagilah dah hampir setahun tak balik kampung. Kiranya last mereka pulang sekeluarga adalah pada hari raya tahun lepas.

Family maksu ni plan asal nak balik kampung Jeli di Kelantan tapi ntah macam mana last minutes tukar plan balik kampung Lubok China sudahnya.

Balik kampung
Kami pun on the way katanya. Kemahen! happy princess Talia tak sabar nak jumpa Insyirah.

Umar, Talia, Insyirah

Mak Mrs. A adalah orang yang paling happy minggu tu hahahaa... "dah lama tak hiruk-pikuk rumah nenek ni, sukanya nenek anak cucu semua balik ha" katanya.

On Saturday 12122020 tu Mrs.A balik kampung tiga beranak je dulu Along dan Mr. A balik kemudian cause depa nak pergi memenuhi jemputan kahwin kawan masing-masing pulok! Abang Mrs. A yang sulung a.k.a Paklong pulak balik Saturday malam. Dia biasalah loneranger seperti biasa.

On Sunday 13122020 kebetulan pulak birthday Luqman anak sulung Alang. Tak plan pun tiba-tiba Aryssa bagi idea jomlah kita celebrate birthday Luqman katanya. Mrs. A pun rasa okay jugak tu so kekdahnya malam tu we all pun celebrate. Persiapan dan juadah we all pakat-pakat share beli. Mrs.A tolong belikan cake paklong yang bagi duit muahahhaaaaa, nenek sponsor satay, family makngah sponsor pizza. Depa balik hari je di hari kejadian tu.

Celebrate Birthday Luqman Haqim.

celebrate-birthday
Nak beli kek flavor coklat indulgence tapi takde stok pulak so beli brownies

Sebelum Mrs. A nak pergi beli kek adalah tanya Kaklang (s.i.l) Luqman suka kek apa? Ibu dia bagi tahu coklat indulgence bila nak beli unfortunately dah habis stok la pulak di hari kejadian tu. Ada satu lagi flavor tu banana indulgence pun sama takde stok kekdahnya beli ajelah brownies coklat macam kat atas tu huhuhuu.... janji cekelat gittewww...

celebrate-birthday
Ramai sangat nak snap gambar Luqman tak tahu dia nak tengok camera phone mana satu

celebrate-birthday
Okay yang ni Luqman tengok camera phone Aunty. Photobomber pun boleh! hehehheee...

celebrate-birthday
Orang lain leka menghayati makanan Aryssa macam tahu-tahu aje ibu nak snap

celebrate birthday
Along dan Mr. A. Sedap sangat satay ni ada aku kisah ternganga hahahaa...

celebrate birthday
Gambar beramai-ramai haruslah ada tapi ada juga yang tak enter frame

Alhamdulillah moment indah yang sangat bermakna untuk kenang-kenangan. Semua family ada kecuali b.i.l Mrs.A husband maksu dia lepas hantar maksu esoknya tu on Friday kena balik K.L semula tuntutan kerja yang tak dapat dielakkan.

Terasa kemeriahannya macam hari raya pula. Along/paklong, family angah balik malam tu juga samalah dengan Mrs. A balik berdua dengan Mr. A ke Seremban cause esoknya tu we all kerja da... Along, Aryssa dan Adik time ni dia tinggal kampung.

Oho! ho! Balik Kampung Dan Celebrate Birthday Luqman Haqim hargai masa bersama yang entah bila akan berulang lagi.





11 ulasan:

  1. sronok bila dpt blk kampung setelah lama tk dpt blk..mkn2 dgn family ramai2 meriah

    BalasPadam
  2. seronok bila dapat berkumpul sekeluarga kan..meriah ja^^

    BalasPadam
  3. halah halah... mst nenek sibuk nk masak lauk pauk yg anak menantu cucu nk mkn... ye lah dh lama x berkumpul kan... rasa hari raya lah pulak suasananya

    BalasPadam
  4. SANAH HELWAH LUKMAN HAKIM MERIAHNYA MAJLIS

    BalasPadam
  5. bestnya dapat berkumpul ramai-ramai. selamat hari jadi luqman haqim :)

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

    BalasPadam
  6. di mana2 semua pakat balik kampung, kan :)
    ala-ala hari raya ekk.
    yes la. da diberi peluang, balik la kampung.
    santuni org tua, adik-beradik, sedara-mara :)

    BalasPadam
  7. Seronok dapat balik kampung dan berkumpul ramai-ramai begini :)

    BalasPadam
  8. Seronoknya kumpul ramai-ramai macam ni bila dah lama tak jumpa. Boleh bayangkan betapa hepi mak Mrs. A

    BalasPadam
  9. bestnya kak.... balik kampung ada ramai-ramai dah macam raya

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©