Kisah 1 Syawal 1441H Di Musim PKP Bersyarat - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kisah 1 Syawal 1441H Di Musim PKP Bersyarat

6 Jun 2020

Kisah 1 Syawal 1441H Di Musim PKP Bersyarat

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah 1 Syawal 1441H Di Musim PKP Bersyarat. Dah 13 hari Syawal berlalu baru today rajin nak buat post. Di musim PKP ni mood memblog Mrs. A pun sangatlah ke laut huhuhuu... sedihhh!!!  kesian blog sepi dan sendu aje. Eh! takyahlah sesedih sangat Mrs. A oiii! jom la sambung kisah 1 Syawal Mrs. A dan family.

Mrs. A percaya raya tahun ini pasti semua terasa sangat perbezaannya ialah tidak bebas kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi, nak bersalaman pun berfikir dua tiga kali dahsyat sungguh penangan makhluk Allah yang bernama covid19 tu. Namun Mrs. A yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah kita dan teruskan berdoa semoga semuanya akan segera berakhir. Pada hari raya tahun ini Mrs. A beraya di sebelah family Mr. A terlebih dahulu walaupun kebiasaanya 1 Syawal di kampung Mrs. A cause sebelum raya dah bercuti awal dua tiga hari kat kampung tolong mak kemas-kemas rumah namun tidak untuk tahun ini huwaaa..waaa...awaaa...

Haish! syukurlah Mrs. A oiii! yang penting dapat beraya bersama keluarga. Pagi 1 Syawal tu plan asalnya nak solat hari raya di Jiboi bersama parents in law dan juga family Alang (b.i.l) none hado haaa! we all dah lambat sangat nak ke Jiboi janji solat raya di Jiboi 8.30 pagi ini 8.30 pagi pun masing-masing tak mandi lagi so F.i.l tak koserlah nak tunggu family we all hai! kekdahnya we all solat raya di rumah sendiri aje.

Kisah 1 Syawal 1441H Di Musim PKP Bersyarat.

1 Syawal 1441H
Khatib ni tak pegang tongkat dia pegang phone je hiks!
1 Syawal 1441H
Sedang menunggu Along yang tak siap-siap lagi
Alhamdulillah dah settle solat raya kat rumah sendiri tu we all pun gerak untuk berhari raya di Jiboi  petangnya baru gerak balik kampung Mrs. A di Linggi Lubok China. Walaupun PKP Bersyarat tapi suasana 1 Syawal di Jiboi tetap meriah. M.i.l punya juadah hari raya pun sama aje macam hari raya seperti tahun-tahun sebelumnya ada nasi impit kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, lemang dan pelbagai jenis kuih-muih hari raya ada yang m.i.l buat sendiri dan ada jugak yang anak-anak menantu dia bawak.

Family Mrs. A yang kedua sampai selain daripada family Alang yang memang dah ada dari awal pagi dan solat raya kat Jiboi tu. Kemudian family Along pulak sampai m.i.l Along pun ada yang mesra depa panggil Uwan Serting. Time Mrs.  A tengah makan tu family Ateh pulak sampai. Semua adik-beradik Mr. A ada kecuali family s.i.l tidak dapat turut serta al-maklumlah arahan kerajaan tidak dibenarkan rentas negeri s.i.l dalam tahun ini dah pindah ikut husband dia tinggal di Banting, Selangor.

Bila masing-masing dah settle makan-makan we all pun get ready untuk acara bergambar raya. Julung-julung kali nih! Mrs. A dapat join family side Mr. A bergambar raya together-gether ialah biasa di pagi 1 Syawal Mrs. A sekeluarga ada kat kampung. Okay jom layan gambar....

Kisah 1 Syawal 1441H Di Musim PKP Bersyarat.

1 Syawal 1441H
The A's family potret #salamcorona katanya
1 Syawal 1441H
Bersama parents-in-law dan in-laws serta the biras-biras
1 syawal 1441H
Uwan, Opah,Atok dan cecucu
Emak, Abah dan anak-anaknya hiks!
M.i.l and the biras-biras
Finally gambar all together alamak lebih 20 la.... mujur 1 Syawal phewww!!!
S.i.l nun jauh di Banting we all hanya mampu video call aje pastu touching sobs..sobs..sobs.. huhuhuu...
Kemudian dah puas bergambar, bermaaf-maafan dan makan-makan di Jiboi tu Mrs. A sekeluarga pun gerak balik ke kampung pulak. Alhamdulillah perjalanan smooth and clear sampai kat kampung tengok sunyi sepi je simpang jalan masuk nak ke rumah mak Mrs. A tu biasanya meriah rumah atok Noh tu dengan anak-anak menantu, cucu-cicit dengan kereta bersusun-susun tapi time tu satu apa pun takde rumah pun tutup je sama jugak dengan jiran-jiran lain tu sunyi sepi tiada deretan kenderaan sampaikan Mr. A kata apooo ni sunyi sepi yo. Itulah keadaannya macam dilanda garuda je huhuhuhuu...

Kat rumah mak Mrs. A pun hanya ada Adik bongsu Mrs. A dan Talia anak dia husband dia pun tak dapat balik last minit polis tak bagi. Along, Angah dan Alang Mrs. A pun tak lepas nak balik so depa beraya di perantauan aje.

Kisah 1 Syawal 1441H Di Musim PKP Bersyarat.

1 Syawal 1441H
Ini je gambar raya family side Mrs. A huhuhuhu...
Family Alang Mrs. A nun di Kayu Ara voice call aje
Along Mrs. A yang suka berahsia ni dia edit gambar bersama Talia hehehee... selamat hari raya maaf zahir dan batin katanya.
Family Angah yang di Melaka tu tiada gambar raya katanya 1 Syawal tak beraya ke mana duduk rumah aje baju raya pun tak pakai huhuhu... syahdu pulak mendengarnya.

Walaupun sambutan hari raya tahun ini sangat berbeza tapi alhamdulillah 1 Syawal Mrs. A tetap disambut dengan meriah dalam keadaan yang sederhana. Di kesempatan ini juga Mrs. A nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin buat readers blog Mrs. A terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog Mrs. A itu sahaja nak share Kisah 1 Syawal 1441H Di Musim PKP Bersyarat.




23 ulasan:

  1. Boleh tahan meriah Mrs A beraya.
    Saya dan emak serta abah. Adik-adik memang tak boleh balik.

    BalasPadam
  2. Ramai juga...saya berempat je

    BalasPadam
  3. Akan datang bila tengok semula gambar-gambar ini sangat terkesan difikiran dan hati kan Mrs A.Sebab ada kisahnya yang bukan biasa-biasa.

    BalasPadam
  4. Raya tahun ni jadi sejarah yang tak akan dilupakan

    BalasPadam
  5. selamat hari raya mrsA, seronok dapat beraya dengan ibu ayah dan keluarga tinggal senegeri, kami raya berempat sahaja sampailah ke hari ni :(

    BalasPadam
  6. Tertunggu-tunggu juga entry raya Mrs A sebenarnya hihi...

    Alhamdulillah dapat juga beraya di dua-dua kampung. Meriah nampaknya tu.

    BalasPadam
  7. Saya raya berempat je di 'perantauan' haha. Anyway selamat hari raya Mrs A!

    BalasPadam
  8. Meriah juga ramai famili akak dapat berkumpul ya.

    BalasPadam
  9. Boleh tahan meriah sambutan rayanya.. selamat hari raya!!!

    BalasPadam
  10. selamat hariraya maaf zzahir batin ye cikkak mrs A tuu., ;p

    BalasPadam
  11. Syukur boleh berkumpul ramai ramai di hari raya. Selamat hari raya maaf zahir batin kak.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum MRs. A
    seronoknya dapt berkumpula. SElamat hari Raya!

    BalasPadam
  13. Belum terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya. Semua orang merasai situasi beraya norma baru tahun ni.

    BalasPadam
  14. ASSALAMUALAIKUM...

    SEMOGA SEHAT SELALU...#477

    BalasPadam
  15. seronok berkumpul di hari raya, walaupun pergerakan terhad, tetap meriah..

    BalasPadam
  16. Dalam kesederhanaan tetap meriah bila ada keluarga tersayang disamping kita.
    P/s: Even raya dah nak habis, Sha still nak cakap Selamat Hari Raya! 😊

    BalasPadam
  17. Ammi pun beraya di"perantauan" sangat. sorang2 je tercampak kat KL ni. Mujur ada ipar 2 orang kat sini. kalau tidakkkkkkk terasa cam kat UK pulak

    BalasPadam
  18. Selamat Hari Raya maaf zahir batin MA.... Memanglah Raya tahun ni tak berapa meriahkan sebab semua org dlm rumah kot hahahaa....
    Bila dah berkumpul reramai tu kena sorok keta belakang rumahlah kan nampaknya hahhaha... Takut abg polis datang saman pulak...

    BalasPadam
  19. Meriah juga nampaknya Raya Mrs A

    BalasPadam
  20. ni dah kalah raya biasa... tetap ramai n meriah

    BalasPadam
  21. alhamdulillah...memiliki kelaurga yang ramai dan meriah musim raya

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©