Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90) - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)

31 Oktober 2019

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90). Inilah perlawanan persahabatan yang Mrs. A mention [SINI] tu. Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan di Padang Sintetik Rhino, Rahang (Rahang Square). Kali ni Mr. A tak join team ex-STAD dia bersama team ex-Malaysia U16 ('88/'90) yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu. Player team ex-Malaysia ni terdiri daripada negeri-negeri lain dari seluruh Malaysia ada yang dari Kedah, Pulau Pinang, JDT, Selangor dan jugak K.L. Salute Mrs. A dengan depa nih! sanggup tu datang dari jauh-jauh reunion katanya. Hurm... samalah jugak dengan Mr. A tu bulan Julai tahun ni gigih pi Alor Staq [SINI] friendly match dengan otai-otai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Lepas ni tak tahu negeri mana pulak team ex-Malaysia U16 ('88/'90) ni nak pergi.

Sehari sebelum tu Mr. A memang sedikit busy menguruskan kawan-kawan dia yang datang dari jauh ni mereka check-in di Klana Resort, Seremban. most of them bersama family ialah sambil main bola sambil bercuti ha gitteww... Walaupun cuaca hujan sepanjang hari pada 26102019 namun alhamdulillah di sebelah malam tu hanya renyai-renyai dan tak lama kemudian hujan berhenti terus seakan memahami semangat depa yang berkobar-kobar tu.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)
Perlawanan-persahabatan-bolasepak
Malam tu team ex-Malaysia berjersi hijau putih. Coach mereka pun turut hadir sama iaitu YBhg Dato' Hj Ahmad Shafie (pakai cap) all the way from Alor Setar, Kedah
Team ex-STAD FC berjersi merah putih turut hadir sama cikgu/ coach Sallehuddin (all the way from JDT)
dan jugak cikgu Dino
Games dijangka mula pukul 8.00 malam tapi bermula agak lewat 20 minit al-maklumlah drizzling time tu. Apa-apa pun tetap happening walaupun drizzling ramai aje family members yang turut hadir terutamanya suku-sakat Mr. A

Adik, Along and the suku-sakat.
Pada malam tu kehadiran player ex-STAD sangat ramai agak luar biasa dari sebelum-sebelum ni mungkin time tu cuti, so ramai yang balik Seremban agaknya. Ada jugak yang Mrs. A langsung tak kenal cos mereka dari batch yang sangat junior batch 2001. Kalau setakat batch 90 an tu ramailah yang Mrs. A kenal. Antara muka famous yang hadir adalah Hamsani Ahmad a.k.a Botet, Effendi Malik, Khairun Haled Masrom, Zafran Razak abang si kembar pun ada jugak.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)


Otai-otai Ex-STAD FC tengah duduk cikgu/coach Sallehudin a.k.a Pak Din
Walaupun Mrs. A kena bahan durhaka dengan ex-STAD katanya cos pakai jersi ex-Malaysia tapi tetap gak pi kubu depa
Sebagaimana perlawanan-perlawanan persahabatan yang disertai oleh Mr. A sebelum ini masa bermain selalunya akan sampai 3rd quarter baru puas main katanya. Begitu jugalah kejadiannya pada malam itu. Mereka bermain sebanyak tiga kali games ialah ramai ex-STAD yang hadir so semua kena bagi main baharulah seronok dan adil. Tapi kesian pulak dengan team ex-Malaysia mereka tak ramai so ada yang kena bermain ketiga-tiga games ha! amik kau sabar yolah ngeh! ngeh! ngeh!

Game on
Separuh masa pertama kedudukan adalah 1 - 0 iaitu ex-STAD FC 1 dan ex-Malaysia 0. Adoiii! sakan Mr. A kena bahan muahhhaaaa... ha tulah padan muko sapo suh main ex-malaysia kata kengkawan STAD. ermmm... sabar yolah. Tapi di separuh masa kedua kedudukan jadi draw satu sama. Main lagi satu games dah nak last-last tu ex-Stad FC dapat penalti. Walaupun ex-Malaysia ada bantahan hahahaa... kelakar time ni macam main liga Malaysia pulak depa punya semangat tuh! Namun bantahan ditolak dan penalti ex-STAD FC tu diambil oleh Pak Din (cikgu/coach) dan golll..... so jadilah kedudukan mata 2-1. Walaupun ex-Malaysia cuba membalas dalam masa 10 minit lagi tu hampa depa kalah 1 mata dan lagilah teroks! Mr. A kena bahan termasuklah Mrs. A jugak huhuhuuu.... sabar yolah.

Jom layanz gambar lagi...

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)


M.i.l bersama anak-anak angkat dia zaman sekolah mereka sekolah STAD dulu kengkawan Mr. A
Thanks for coming
N the biras
Ada tukar-tukar plaque dan semua dapat medal jugak. ooppsss! ada photo bom jugak ngeh! ngeh! ngeh!
Dinner di Restoren Nelayan depan padang tu. Kekdahnya malam tu penuh dengan ex-STAD dan jugak ex-Malaysia sambil nonton games Pahang vs Kedah
Sebelum pulang haruslah bergambar yang ni batch Mrs. A sorang dua je bukan
Finally haruslah ada gambar Mr. and Mrs. A gitteww...
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90). Apa-apa pun moments malam tu sangat manis untuk dikenang. Semoga ukhwah yang terjalin akan berterusan sampai ke Jannah.




9 ulasan:

  1. Wow , Mrs A nampak muda bergetah lagi . Hehehe . .

    BalasPadam
  2. Kira reunion jugalah ni ya....
    Bestnya dapat jumpa kawan2 kan....

    BalasPadam
  3. memang cantik lah jersi yang akak pakai tu, nak pakai untuk ke mana-man pun cantik kak...

    kira macam reunion lah kan kak, best tu

    BalasPadam
  4. Cantik pulak jersi sis tu . heheh Salam kenal . kita baru aktiv kembali berblog harap sudi jalan n follow kita balik hehehe. DOne foolow sini.

    BalasPadam
  5. seronok aktiviti mcm mana..boleh jumpa kenalan lama dan release tnsion dengan main game tu :)

    BalasPadam
  6. Hebat ya siapa yang organize aktiviti macam ni.

    BalasPadam
  7. Majulah suka untuk negara. Semangat kesukanan tu penting walaupun perlawanan persahabatan. seronok bersukan :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©