Si Kuning Sudah Di 'Neuter' - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Si Kuning Sudah Di 'Neuter'

14 November 2016

Si Kuning Sudah Di 'Neuter'

As Salam and greetings to dear readers.

Si Kuning sudah di neuter dalam bahasa melayunya dimandulkan. Kenapa Mrs. A perlu neuterkan Kuning? Hurmmm... coz dia dah buat perangai jantan sebenar muahhaaaa... Pernah tak dengar orang kata bila kucing jantan dah sampai masa chicky nak mengawan (mating) dia akan menanda kawasan. Cara depa menanda kawasan adalah dengan memancut-mancutkan (kencing berdiri) di mana-mana kawasan yang mereka suka. 

Pada mulanya Mrs. A kurang percaya yang si Kuning akan buat macam itu jugak. Al-maklumlah Kuning kucing yang baik kata hati Mrs. A, yang sebenarnya Mrs. A tahu mesti Kuning pun akan berperangai begitu tetapi hati tetap nak menafikan. Dah ko kenapa Mrs. A hoi!? Terkena syndrom penafian la pulok!

Kuning ni asyiklah tidur je kerja dia lepas kena neuter tu sekarang pun sama
Wajah terbaru selepas di neuter. Macam tak puashati pun ada.
Kekdahnya selepas duk asyik jadi tukang bersihkan pancutan si Kuning tu di tempat-tempat seperti grilled depan rumahlah, pintu bilik Aryssalah, pintu almari Mrs. A pun kena jugak lalu Mrs. A pun give-up dan pada Tuesday 08112016 selepas pulang dari kerja Mrs. A pun bawa Kuning ke Klinik Haiwan Senawang.

Tengahari sebelum pergi tu Mrs. A dah called klinik dulu kalau nak neuter macam mana? Katanya kucing kena check in 2 hari satu malam kat klinik.

Muka curious. Manalah Ibu nak bawa aku ni?

Tak mau tengok. 

Haish! sibuklah look here..look here

Iyalah iyalah okay tengokla ni
Mujurlah petang tu Kuning ada kat rumah dan sewaktu Mrs. A ambil dia untuk dimasukkan dalam carrier dia okay jer... tak melawan pun. Kat atas tu gambar-gambar dia dalam kereta on the way nak ke klinik dia okay jer... seat still tak melawan pun dalam erti kata lain Kuning tu redho ajelah apa yang Mrs A buat kat dia. Dia percayakan tuan dia, eeecececewah!!!

Dah sampai!! haruslah register dan buat bayaran
Setelah peluk-cium Mrs. A pun tingalkan Kuning di tempat kuarantin
Tinggal sini ya!! Esok Ibu datang ambil Kuning.
Di Klinik Haiwan Senawang ini cost untuk neuter kucing jantan RM120.00 seekor manakala untuk kucing betina pula RM140.00 seekor. Selepas settle register dan buat bayaran tuan cat dah boleh balik katanya esok datang ambil sebelum pukul 10.00 malam. Payment pula, deposit aje dulu pun boleh nak full payment lagilah boleh. 

Esoknya sewaktu masuk ke bilik khas untuk ambil Kuning tu Doktor kata dia masih tak sedar lagi. "Ubat bius tu masih belum hilang. Balik nanti kurung dia dulu, pagi esok baru boleh bagi dia makan dan minum". Ini kalau tak kurung apa jadi doktor tanya Mrs. A. "Risau kalau dia dah okay sikit, dia jalan jugak terhuyung-hayang  macam orang mabuk" Oh! macam tu ka??.

Kuning time Mrs. A ambil tu terbaring jer... tak sedar lagi.
Sampai kat rumah Mrs. A bawak dia masuk dalam rumah ingatkan nak biar dia dalam carrier tu aje. Tapi tak jadilah sebab bila dia dah tersedar dia duduk dan nampak dia tak selesa coz carrier tu kecik sangat untuk dia bergerak.

Jadinya Mrs. A pindahkan dia kat dalam cage di luar rumah. Ooopsss... apsal gambar tiga ekor ni pulak??

Lilo and lagi 2 ekor tu takde nama sebab kawan Aryssa nak adopt.
Hahhaa... actually nak tunjukkan gambar cage tu aje. Sebab time Mrs. A letakkan Kuning kat situ tak ambil gambar pun. Time tu dia sekor aje. Tiga ekor tu dapatlah lepas bebas. Beri laluan pada abang dia yang belum pulih ngeh!ngeh!ngeh!

Okay! back tu cerita Kuning, pagi esoknya lebih kurang pukul 6 pagi cenggitu Mrs. A check keadaan dia. Nampak dah sedar dan dia pun dah bersuara ibu... kuning lapar nak kible dan air katanya muahaaaaaa.....(okay! tipu). Lalu Mrs. A letakkan makananan dan air dia pun makan dan minum kemudian dia termenung. Hurmmm... dah okay kot dah kenyang nak tidur lettew!!!

Alhamdulillah dalam tengahari macam tu Along called Mrs. A time ni Mrs. A kerja ada kat office, katanya Kuning dah pulih. Along dah keluarkan dari cage dia pun dah jalan macam biasa. Fuh! lega sangat.

Sekarang ini Kuning dah tak terpancut sana-sini lagi, Kalau dia membuang tu elok aje duduk (Mrs. A skodeng dia kat dalam bilik air ngeh!ngeh!ngeh!). Cuma mulut bising dia tu masih ada lagi dan kuat tidur. Kalau readers nak tahu kat rumah Mrs. A ada banyak cats. Oleh sebab tu memang ada yang perlu dan harus di neuter demi menjaga kesejahteraan sesama jiran. Okay! itu saja nak shared kisah Si Kuning Sudah Di 'Neuter'


23 ulasan:

  1. nice sharing..murni takde kucing jantan..ada 2 beradik betina jer..

    BalasPadam
  2. olololo cian nyer dia.... x merasa laa kami nk tgk sis punya 'cucu' yaaa hehehe

    BalasPadam
  3. Kucing klau dh kne kasi, mesti tk aktif :)

    BalasPadam
  4. mmg utk salah satu kebaikkann neuter kepada kucing..malah untuk mencegah pembuangan kucing yang mana belum pernah dimandulkan sehinggakan ada tuan mrk tidak mampu menjaga dan membuang kucing mereka dengan begitu sahaja.

    BalasPadam
  5. baru tahu kucing rupanya ada tabiat mcm tu. nice info awk 😊

    BalasPadam
  6. Comellllll !

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    BalasPadam
  7. Allah Mrs A, Kuning sebiji macam Jingga Kak Ana, rindunyaaa.. erm memang ye bila depa dah mula cit cit sana sini bahaya dah tak dapat nak kawal.. :)

    BalasPadam
  8. nak pinjam kucing blh x :( comei kucing Unni da xde.. seekor mati then seekor x balik2 kawan kata seekor bunuh diri seekor lari rumah..hahahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Kuning tak bolehlah,cos sayang....
      Tapi kalau nak adopt yang kitten boleh ;-).
      Mrs. A ada tiga ekor Kitten baby si Tiga for adoption

      Padam
  9. itulah..peminat cat rupanya..

    BalasPadam
  10. Kucing Mrs.A samalah sebijik dengan Owen saya, tula Owen tengah buat hal skrg ni, bnyk kali dh saya cover kegiatan memancut dia taknak bg mak tahu sbb nanti mak beletiaq, hahaha. Tapi stress gak sy kalau sy tak nampak dia buat hal lagi nanti. Kalau menjadi nanti rasanya perlu kasi jugalah hero kawasan sy tu.

    BalasPadam
  11. Sis, betul ke kalau kucing ni dah di neuterkan, badannya akan cepat naik. Dan ia akan jadi lebih manja dengan pemiliknya? Kurang agresif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada betulnya yang part kurang agresif tu, sebab sekarang Kuning lebih banyak tidur dari merayau. Gurau senda pun kurang.

      Padam
  12. Pertama kali baca fasal kucing jantan dikasi. Entri yang menarik

    BalasPadam
  13. ooo baru tahu
    nice sharing
    bila dah neuter dia x pancut tanda kawasan dan cari pasangan la ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ah sekarang Kuning dah tak pancut sana, sini, situ lagi.... :-)

      Padam
  14. Nasib awak le Kuning.. Tu lah. Nakal. Muka sedih pun ada.. Agaknya dpt rasa dah dimandulkan.

    BalasPadam
  15. Hukum memanadulkan kucing adalah harus. Demi menjaga kemaslahatan Ammah.. :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©