Koko & Kittens - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Koko & Kittens

13 Jun 2016

Koko & Kittens

As salam and greetings to dear readers.

Dah! lama tak up-date pasal kekucing Mrs. A. Today nak ceritalah sikit apa perkembangan terkini depa. Cuma ini pengkhususan untuk kisah Koko dengan second batch babiesnya. Hurm... rasanya dah tak sesuai lagi gunapakai perkataan babies coz depa berlima ekor nih! dah besar dan lincah teramat-amat.

Tetapi walaupun dah besar si Koko ni tetap gak bagi menyusu lagi tuh! tak caya tengok nih!

Mrs.A
Pengorbanan seekor ibu lima sekali menyusu.
Seekor lagi tak nampak (Orro) coz kena tindan dengan Momot yang color hitam putih pakai colar tu

Hah! nak tau kenapa yang dua ekor aje Mrs. A pakaikan colar? Depa bedua tu naughty terlebih. Paling naughty si Momot tu. Bila time Mrs. A nak gaulkan makanan tak sabar habis dipanjatnya kaki Mrs. A habis calar-balar kaki Mrs. A nih kesan cakaran dia.

Sekor lagi tu yang hitam legam tu nama dia Midnite. Untuk memberitahu tahu bahawa ada kucing tengah bergerak di waktu malam sebab Midnite tu kalau tidur kat carpet atau pun dia merayap time lampu dah tutup memang tak nampak coz diakan gelap pekat macam tengah malam yang tidak berlampu. Kekdahnya bila dipakaikan colar kita tahulah dengan bunyi loceng colar dia tu.

Mrs. A
Ingatkan carpet tadi rupanya si Midnite

Mrs.A
Kami lima beradik yeayeh!! empat jantan sekor betina (Orro)

Mrs.A
Koko aka Kaklong kawasan tengah cuci mulut after lunch

Actually Mrs. A nak adopt anak-anak Koko yang nih! dah ada yang nak pun. Mrs. A plan nak bagi Orro dengan Whiskas tapi tak menjadi kenyataan coz mendapat tentangan hebat dari Along, Aryssa dan Adik ditambah seorang lagi iaitu Mr. A. Haish! tak jadilah macam tu takut campur risau pulak dibuatnya manalah tahu kot mereka berempat tu lancarkan perang dan islandkan Mrs. A huhuhuuu haru-biru dibuatnya nanti.

Akhir kata selamatkan straycats. Adopt dont buy.



4 ulasan:

  1. Ya Allah! Comelnya kucing2 awakkkk! Macam nak gomol2 je diorang haha

    BalasPadam
  2. comellll!
    jemput join GA
    http://www.nurinaizzati.com/2016/06/madinah-and-vietnam-souvenirs-giveaway.html

    BalasPadam
  3. kemain lagi terlentang nyer tu bila kn sondol hehehehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©