Marble - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Marble

5 Mac 2016

Marble

As salam and greetings to dear readers.

Dua hari lepas Mrs. A perasan si Marble tu dari pagi sampai time Mrs. A dah balik kerja tak nampak muka dia. Esoknya tu pun sama Marble takde time yang lain-lain sibuk bising-bising nak makan. Bila tanya dengan kids mereka pun kata tak nampak Marble.

Ada jugaklah suruh Along pergi cari time pagi hari kedua yang Marble tak balik lagi tu Along kata dia dah cari tapi takde pun Marble. Sebelah malam sewaktu Mrs. A dah tertidur di sofa merah tetiba ada seekor makhluk yang familiar sesangat tapi rupa fizikal dah berubah dari biasa.

"Eh! Marble dah balik pun kau ya... Astagafirrulahhalazim... apsal kau jadi cenggini Marble oiii..." kurus, lemah kaki tangan comot teramat pastu kat seluruh badan ada pasir-pasir. Kemudian Mrs. A angkat dia ke tempat makanan suruh dia makan tapi dia tak makan pun pastu dia macam nak minum air disua-sua aje muncung macam nak minum tapi tak minum pun. Mula Mrs. A fikir nak mandikan dia malam tu jugak tapi fikir balik nanti sejuk pulak dia kesian. Pastu tengok dia bergerak ke sofa merah dan tidur kat situ, oh nak tidur sini ya oklah tidurlah ya.

Pagi esok tu sewaktu Mrs. A bangun dia masih ada tidur kat sofa tu, kemudian Aryssa perasan jugak "ibu Marble dah baliklah" katanya. "Iya tapi dia dah jatuh sakitlah Sya, ntah dah terperangkap kat lubok mana agaknya tu yang tak lepas balik kot". Camne ibu tahu kata Aryssa. "Ibu agak jer.. sebab tengoklah dia tu kaki tangan comot hitam macam kesan air lumpur". Nanti lepas balik sekolah Sha mandikan dia tau, malam tadi ibu nak mandikan tapi takut dia kesejukan pulak".

Ini time dia sihat beberapa minggu sebelum

Ini pun sama tengahari balik rumah terus aje tidur dengan gaya tak boleh blah sampai tercicir collar dia kat rumah neighbour

Time petang selepas balik kerja sesampai aje rumah Mrs. A terus ternampak Marble dengan bulu meremang tak siapnya tengah berjemur kat panas atas rumput sambil menjilat-jilat badannya. Astagafirrulahhalazim... buruk sangat rupanya terus tanya Aryssa "dah mandikan Marble ke belum katanya dah tapi tak sempat lap dia dah lari". Laaa... patutlah pastu Mrs. A amik dia tengok lemah sangat kemudian terus decide nak bawak dia gi jumpa Vet. Selepas Aryssa dan Aqil siap we all pun bawa Marble gi jumpa Vet di SINI



Marble dalam carrier on the way nak gi klinik. Muka sakit pasrah yolah tak mampu melawan.

Siap tulis nama Marble tau. Kat klinik pun ada jual pelbagai keperluan untuk haiwan kesayangan anda

Kebetulan time Mrs. A datang tu terserempak dengan boyfriend kak Ngah (anak sedara Mr. A) dengan Mama dia. Dia hantar Aslan (kucing yang my Mil bagi dia) pun sama kes dah beberapa hari tak balik bila balik tempang kaki sakit katanya mungkin bergaduh. Sempat pulak boyfriend kak Ngah tu kenalkan Mrs. A dengan Mama dia, katanya Ma ini aunty Anis. Oh! yeke patutlah tahu Aslan katanya. Amboilah hai! bertuah kak Ngah Mil to be friendly and sporting.

Tak sempat nak chit-chat panjang Vet dah panggil Marble untuk diperiksa. Vet yang sama dengan yang check Koko tak lama dulu. Kenapa tanyanya? Dah dua hari tak balik Docr bila balik jadi camni. Bila Docr periksa tengok mulut Marble "la kesian merah mulut dia demam ni". Kemudian dia bagi ubat dan injection. Lagi satu ubat telinga sambil tunjukkan kat Mrs. A cecara nak letak ubat telinga tu "masukkan dalam telinga dia picit 4 kali pastu urut-urut lembut telinga dia macam ni katanya biar ubat tu meresap masuk". "Kurung dia dulu jangan bagi dia merayau dan bercampur dengan yang lain-lain demam ni boleh berjangkit" kata Docr lagiks.

Oleh kerana Docr pesan bagi dia makanan lembut terus beli wet food kat situ rege dalam RM5.50 plus RM58.00 ngalahkan harga manusia yang sakit. Redha ajelah. Sampai aje rumah terus masukkan Marble dalam cage siap letak wet food dengan air dan juga Purina tidy cat litter. Dua jam ke tiga jam aje dia elok diam tidur pastu dah bising meronta nak keluar. Sampai tahap dia mengamuk terbalik litter dia tu dikerjakan sampai masuk dalam bekas makanan dia. Huh! tak koser nak layan terus keluarkan aje dia dari cage tu. Dia pun terus cari sofa merah dan tidur kat situ.


Ini la rupa Marble setakat pagi tadi

Nampak gayanya dia macam dah okay sikit. Dah mampu makan kibble dia dan minum air. Marble pun dah bagi respon bila Mrs. A panggil dia. Semoga Marble dikurniakan kesembuhan seperti biasa dengan kadar segera. Dear readers pun tolong ya doa-doakan Marble, semoga dia cepat sembuh seperti sediakala.




7 ulasan:

  1. jarang org letak nama marble....tp ok la dgn corak badannya..semoga sihat selalu ye marble

    BalasPadam
  2. Ala..tomei2..klu jntan cmtulah..g cari awek, xblik byk2 hri..

    BalasPadam
  3. Kalau dah buat rawatan, ok la tu ;)

    BalasPadam
  4. alahai sian.
    elok la tu. da gi klinik.
    elok penyakit ntah apa2 nanti kan :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©