Tooth Avulsion - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Tooth Avulsion

13 Ogos 2015

Tooth Avulsion

Share dari status FB seorang kawan yang share dari status FB seorang doktor. Senang kata kopipes muuahhaaaaaaaa...


Google image


Baru-baru ni, ada seorang patient berumur 13 tahun datang bersama ibunya. Sejurus masuk, ibunya terus hulurkan sebatang gigi yang dibalut dalam tisu.

Bila diperiksa, boleh nampak dengan jelas gigi depan adik ni dah hilang sebatang. Bukan gigi patah atau gigi sumbing ye, giginya memang sebiji 'terkeluar' dari soket gusi.

Ceritanya, si anak terjatuh di taman permainan semalam dan giginya 'terkeluar'. Dia kutip gigi tu, dan terus bawa balik ke rumah. Di rumah, ibunya cuci gigi tu dengan air paip dan 'Colgate', dan balut dalam tisu untuk semalaman. Keesokan harinya baru datang ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Hmm, tak boleh buat camtu ye tuan-tuan dan puan-puan. Salah caranya tu. Silap-silap gigi tu dah tak boleh pakai lagi dah.


*****


Hmm, ramai yang tak tahu nak buat apa kalau jadi kecederaan camni, So, apa yang sepatutnya kena buat?

1. Kutip gigi yang tercabut tu dengan segera.

2. Pegang gigi pada bahagian 'kepala gigi yang warna putih' tu. Jangan sesekali pegang pada bahagian akar gigi! 

3. Kalau kotor, lalukan gigi di bawah aliran air sejuk bersih selama 10 saat dan cuba masukkan balik gigi kat dalam soket gusi.

4. Kalau gigi boleh dimasukkan, ambil sapu tangan bersih dan gigit sekuat-kuatnya.

5. Kalau tak berjaya masukkan gigi, terus rendam gigi tu dalam AIR LIUR ( air liur sesiapa sahaja) atau SUSU SEGAR (fresh milk tau, bukan susu sejat atau susu pekat!)

6. Terus pergi ke klinik untuk rawatan, seelok-eloknya dalam masa 30 MINIT. Jangan tunggu esok baru nak jumpa doktor!

Ibuk-ibuk, bapak-bapak dan guru-guru kena ambik tahu pasai ni naaaa 

P/s: Oh yaa, nama 'sains' yang kita panggil untuk kecederaan camni ialah 'Tooth Avulsion'. Boleh google kalau nak tahu lagi lanjut. Hehe..

4 ulasan:

MRS.A my blog my stori ©