1, 2 dan 3 Syawal 1436H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 1, 2 dan 3 Syawal 1436H

30 Julai 2015

1, 2 dan 3 Syawal 1436H

Mesti banyak blog yang bercerita kisah beraya they all kansss... salah seorangnya Mrs. A lettew.... ngeh!ngeh!ngeh!. Ialah blog ni bukankah umpama diary so setiap apa yang kita buat tiada salahnya untuk di rekodkan sebagai ingatan dan kenangan di masa hadapan. Oklah terpanjang pulak intro. Jom terus ke kisah berhari raya pada 1,2, 3 Syawal 1436H.

Seperti tahun-tahun sebelum ini malam raya dan pagi hari raya adalah di kampung Mrs. A yeaa.... sila senyum lebar ngeh!ngeh!ngeh! Tapi spoil kids semua moody tak mau bergambar adik-beradik Mrs. A pula yang rajin dan director bergambar pulak tiada. So takdelah gegambar family.

Along tak nak!! Tak nak sudah biar babah dengan ibu jer...

Selepas selesai sembahyang raya dan menikmati juadah di pagi raya Mrs. A sekeluarga pun geraklah ke rumah my parents in-law pula. Tak lupa juga bawa sedikit buah tangan dari sini untuk di sana. Sampai di Jiboi pulak makan lagi juadah raya kiranya beraya ala-ala tetamu jauh gitu. Time ni family Along (b.i.l) dah gerak ke Serting yang masih ada lagi  family Alang (b.i.l) & Sil itupun dah bersiap-siap nak gerak ke destinasi masing-masing huhuuuu semua dah lepas dan letih bergambar katanya.

Jiboi: Peace ya!! Sha dah tak rajuk lagiks!

Selepas lepak-lepak di Jiboi sebelah petang we all beraya di rumah bapa sedara Mr. A di TTJ tu jer... satu-satunya rumah yang we all berhari raya pada 1 Syawal tak macam tahun lepas semua rumah bapa/ibu sedara we all terjah. Kemudian as usual ho!ho! ho! balik kampung. Balik semula ke kampung Mrs. A. Itulah keistimewaannya kalau dekat aje tapi dekat-dekat pun tol RM2.80 uolsss...

Pada hari raya kedua iaitu 2 Syawal 1436H kak Ngah Mrs. A telah plan nak gi beraya ke rumah bapa/mak sedara di Jelai 1 dan Palong 7.

Di Jelai 1 ini rumah arwah bapa saudara Mrs. A yang meninggal tak berapa lama dulu tu isteri dan anak-anak dia masih ada untuk di ziarah sambil merapatkan silaturrahim kiranya Mrs. A dengan anak-anak dia cousins.

lunch yang sedap sangat

Aryssa, niece, cousin Mrs. A yang sulung & Along

Cousins sister
Selepas tu pergi ke rumah bapa saudara Mrs. A yang seorang lagi tak jauh pun dari rumah arwah ni. Tapi kat situ tak bergambar pun. Terlupa da... syok sangat up-date story. Sebelum gerak kek Palong 7 we all singgah sebentar di tanah perkuburan sajalah ziarah kubur bapa saudara tu ntah bila lagilah we all akan sampai ke Jelai 1 nih!

Di Palong 7 ini juga adalah rumah arwah bapa saudara Mrs. A yang dah meninggal lama dah! tak ingat dah berapa tahun puluhan ke belasan tahun. Ex-wife dia pun dah berkahwin lain tapi hubungan we all masih baik dan In Sha Allah akan selalu baik-baik sahaja. Senang cerita kesemua bapa saudara tu adalah adik-adik emak Mrs. A dua dah meninggal seorang masih ada.

Makan lagi uols!! Habih camno rezeki jangan ditolak ngeh!ngeh!ngeh!

Walaupun ada 4 orang cousin tapi Seorang jer.. ada time nih! lelain dengan urusan memasing
Itu jer... dua ketul gambar di berhari raya di Palong 7 yang Mrs. A rasa nak kongsi lelain tak perlulah kot. Pada 3 Syawal pulak tak pergi beraya kemana-mana pun tapi orang yang datang beraya.

Jom!!! kita bergambar. Unfortunatley picture dari phone Mrs. A ni tak cukup semua daaa...

Cousins Mrs. A yang sihat-sihat semuanya pandai ko buat lawak sis!

Yang berhari raya di rumah emak Mrs. A ni adalah anak-anak saudara dialah kan..kan..kan iaitu anak-anak arwah abang sulung dia. Cousins yang nih boleh dikatakan rapat maklumlah umur pun lebih kurang dan time kekecik dulu Mrs. A rajin lepak rumah arwah parents depa time tu kat Seremban.

Part hari raya yang Mrs. A paling suka adalah kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi sesama saudara-mara dan sahabat handai. Time inilah dapat berjumpa sambil kenal-mengenal semula mana yang dah lama tak jumpa dan ada jugak langsung tak pernah jumpa.

Semoga tradisi kunjung-mengunjung ini akan terus kekal sampai bila-bila kalau bukan untuk semua biarlah untuk we all. Ialah ada jugak yang Mrs. A perasan sesetengah orang pada masa kini dah tak amalkan lagi budaya kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi ini mereka ini lebih suka pergi bercuti dari duk letih melayan tetamu kaaaataaaaanya.

3 ulasan:

  1. salam aidilfitri mak mrsA tuu., meriahnyer uools ;p

    BalasPadam
  2. Seronok tengok gambar raya Mrs A, rasa kemeriahannya

    Selamat Hari Raya Buat Mrs A sekeluarga. Taqaballahu Minna Wa Minkum :)

    BalasPadam
  3. Cantik kombinasi warna kuning & biru.. Pandai Mrs. A mix + match..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©