Salam Jumaat : Mimpi Doa Seekor Kucing

February 17, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Mimpi Doa Seekor Kucing

AniLin Flea
Mimpi doa seekor kucing. Ibu seorang pemuda dirawat di hospital. Ibunya dirawat di ICU. Beberapa hari kemudian doktor berterus-terang kepadanya. Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal bila-bila masa.

Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yang sedih mengenang sakit ibunya. Dalam perjalanan untuk melawat ibunya sekali lagi. Pemuda itu berhenti di stesen minyak. Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak. Pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak berteduh dibawah kotak. Kucing itu kelihatan tak mampu berjalan.

Dia termenung sejenak tertanya-tanya? Siapakah yanga kan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesen minyak dibelikannya setin tuna.

Dibukanya tin tuna itu untuk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital. Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU. Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yang dipegangnya.

Dia begegas lari utnuk bertanya kepada nurse bertugas. "Di mana ibuku?" Nurse itu berkata: "Ibumu sudah beransur pulih dan kami telah pindahkannya ke wad biasa". Pemuda itu terus mendapatkan ibunya, yang ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya.

Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi. Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil. Ibunya melihat kucing dan anak-anaknya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera.

Pemuda itu terkejut mendengar apa yang diceritakan ibunya. Segala puji untuk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah. (sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah). Itu hanya setin tuna. Rasullullah S.A.W. bersabda " lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar".

Salam Jumaat itu sahaja nak share kisah mimpi doa seekor kucing.

Wallahualam.

Kredit to WhatsApp Group


You Might Also Like

17 comments

  1. ada riwayat tntg hebatnya bersedekah. ini antaranya.

    ReplyDelete
  2. Kakak pun dapat dari whatsapp
    Tapi memang baik utk dijadikan renungan bersama.

    ReplyDelete
  3. SALAM JUMAAT BERSEDEKAH AMMALAN MULIA

    ReplyDelete
  4. Muhasabah diri untuk lebihkan bersedekah...

    ReplyDelete
  5. Betapa hebatnya bersedekah walaupun hanya kepada haiwan ye MA....
    Kadang tu kita rasa remeh benda benda gini tp disebaliknya terkandung hikmah yang besar

    ReplyDelete
  6. Bila baca, sayu hati.. hanya dengan sedekah setin kat kucing yang tak berkemampuan, betapa besar hikmah balasan baik yang DIA bagi :')

    ReplyDelete
  7. bagus entry ni.. muhasabah diri dan ada hikmah disebaliknya :)

    ReplyDelete
  8. Bersedekah bukan saja sesama manusia tetapi kepada setiap makhluk yang hidup di dunia ini.In syaa Allah kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas, akan dibalas dengan kebaikan.

    ReplyDelete
  9. teringat pulak kucing2 🐱 kat pasar. dulu masa study boleh lagi jenguk dorg. makin hari makin bnyk kucing yg dibuang kat pasar tu. ada 1 hari tu, sekor anak kucing terperangkap dlm gerai. kembarnya dah mati dlm kotak. kesian tngk ibu kucing tu, tak henti ngiau. ibu kat luar, anak kat dlm. kami hanya dpt selit mknn dr celah lubang kecik supaya x kelaparan 😢 nak cari owner kedai, x tau siapa sbb pasar time ptg xda org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiankan kat mana-mana pasar pun sama mesti ada stray cats. Mrs. A tak sampai hati nak buang. Sebab tu Mrs. A neuter & spay jer kucing-kucing Mrs. A

      Delete
  10. Sbb binatang bukan mintak lebih, dia mintak makan / perlindungan je. Jauh beza dengan manusia yg mntk balasan. InsyaAllah saham akhirat bnyk klau kita baik dgn binatang. Tapi bukan alasan ntuk tk buat ntuk mnusia jugak ;)

    ReplyDelete
  11. Nice sharing Mrs A.
    Semoga bermanfaat untuk kita semua.

    ReplyDelete
  12. satu perkongsian yang bermanfaat untuk semua Mrs. A. terima kasihh :)

    ReplyDelete
  13. sebab itu kalau ke kedai makan.. mesti ada sedekah sedikit rezeki kita ke kucing2 yg dtg. tu ada juga pesan Nabi.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me