Konvoi Raya Ke Chenor

July 29, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Ait.. kan dah kata cerita raya lagi...ngeh!ngeh!ngeh! last Saturday family side Mr. A berkonvoi pula ke Chenor, Pahang iaitu rumah adik m.i.l yang we all panggil Uda. Kekdahnya ini membalas kunjunganlah last week Uda datang Seremban, this time we all pulak pergi Chenor, aku raya kau raya barulah raya.....

Janjinya Saturday morning tu sebelum gerak semua yang ingin turut serta berkumpul di Jiboi dalam pukul 8.00 pagi cenggitu. Tetapi The A's family memang tak dapeklah nak nolong tukan... pukul 8.00 pagi tu leka aje lagi belum siap sepenuhnya. Finally setelah calling-calling berjumpalah konvoi 4 kereta tu di Petronas jalan Bukit Putus lebih kurang pukul 9.00 pagi. 

Sesampai aje di Petronas tu nampak kereta s.i.l & family bersama m.i.l sedang isi minyak, Alang & family dah standby kat tepi jalan serta Along & family. Semua adik-beradik Mr. A turut serta kecuali f.i.l (kurang sihat) dan Ateh & family.

Lalu setelah bersusun-susun empat kereta we all pun gerak. Pada mulanya Mrs. A duk la set kat fikiran ini yang Chenor tu adalah di Perak. Sebab seingat Mrs. A rumah Uda kat Perak rupanya Chenor tu kat Pahang patutlah si kaki-kaki pancing tu duk plan nak memancing di sungai Pahang nanti. Lagi satu apa ke hal depa ni nak pi Perak ikut Kuala Pilah ha... rupanya den yang silap tekau!

Setelah beberapa minit perjalanan dapat arahan dari tak tahu siapa katanya stop kat Pasar Pilah untuk breakfast.

Mrs.A-Ini-meja-untuk-budak-budak
Alahai! tak nampak muko mak ko Along... Ini table budak-budak

Habis semua table penuh dengan kaum kerabat  we all

Kemudian setelah perut kenyang suka hati perjalanan pun diteruskan. Perjalanan berkonvoi ini kenalah ikut keta depankan... bila depan laju we all pun kena laju. Adoi! s.i.l punya hubby tu bawak keta laju tak minat Mrs. A. Lalu iol siap post kat WhatsApp family dengan caption "sabar ingatlah orang-orang tersayang". Hahhhaaaa skema betul kak ipar ko sorang ni dik!!.

Alhamdulillah finally ebih kurang pukul 1.00 petang cenggitu konvoi 4 kereta selamat sampai rumah Uda. Sesampai aje lunch treat telah tersedia. Amboi! untung orang Seremban, Uda masak ikan patin masak tempoyak.

Kenapa? Mengapa? Apalah masalah ko Mrs. A??

Sementara itu Mrs. A gi selphie-selpot dulu layan kanak-kanak riang yang over excited nampak sungai Pahang.

mrsablogstori.blogspot.com
Tempat ini dekat sangat dengan rumah Uda tu jerit pun boleh dengar

Macam ini punya vogue ko nak pi memancing ngeh!ngeh!ngeh!

Mr. A jadi pengawas. Dapat ke tu??

Tu dia si kaki pancing dah dapat udang baru aje hulur tu. Thorbaik!!! katanya

Jawapan untuk soalan di atas, Mrs. A tiada satu gambar pun dari phone sendiri kat dalam rumah Uda. Actually ada banyak gambar tetapi jurukamera aka Kayna yang snapkan. Katanya nak buat Viva video later. Unfortunately Viva video yang dibuatnya tak menjadi sebab guna phone katanya perlu diedit semula guna laptop. Gegambar yang Mrs. A minta pulak jurukamera tak sent sehingga post ini ditulis muaahaaaaaaa.....

Okay! back on track. Pada mulanya plan nak balik selepas asar tetpi tidak menjadi kenyataan coz kaki-kaki pancing duk ralit memancing. Depa seronok sangat pancing-pancing aje dapat sehingga dinner malam itu adalah hasil pancing depa iaitu udang dan ikan dua tiga jenis.

Ikan yang paling Mrs. A ingat adalah ikan Krai ntah Krai ke Kerai ke nama sebenarnya kurang pasti la pulok. Ikan ini Mrs. A pernah makan kat Restoren Nelayan Seremban satu slice tiga puluh lebih uols. Mahal tekau!! Tapi yang ini free aje dah tu fresh dan manis dagingnya.

Setelah bertungku-tangga kat rumah Uda tu selesai solat maghrib dan dinner lebih kurang pukul 8.30 malam cenggitu barulah we all gerak pulang ke Seremban. Alhamdulillah perjalanan lancar lebih kurang pukul 12.00 lebih masing-masing selamat sampai ke rumah masing-masing.

You Might Also Like

6 comments

  1. perak = chemor kot mrs.A.
    aida teringat iklan raya :)

    ReplyDelete
  2. Tentu enak ikan air tawar Sg Pahang.

    ReplyDelete
  3. WAH BERAYA KE CHENOR YA...AREA KAMPUNG KAK TU...IKAN2 SUNGAI PAHANG NI SGT SEDAP SANGAT LANGSUNG XDE BAU HANYIR...BOLEH MSK APA SAJE GORENG PUN SEDAP...TAPI IKAN2 SUNGAI NI KALAU JADI HIDANGAN RESTORAN MAHAL BEBENOR.

    ReplyDelete
  4. dan lagi mancing... jauh tu berayanya...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me