Pertandingan Bowling Bekas Pelajar SMKSTAD 2016

June 02, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Hurmm.. dah lama bebenor cerita bowling nih! duk kat draft. Dah sampai masanya dah untuk up entry ni.... Bowling Amal ini adalah salah satu Annual Event Alumni SMKSTAD aka Sekolah Tunku Ampuan Durah. Mrs. A memang rajin turut serta dalam event bowling sebab Mrs. A memang minat berbowling selain daripada bernetball. Lagipun Mrs. A suka sangat dapat bertemu mesra dengan kawan-kawan sekolah ferfiling back to school pun ada jugak.

Ini adalah kali ke empat pertandingan ini diadakan. Pada tahun ini tempatnya di Dreambowl Airport Sport Complex, Nilai. Hurmmm... apsal tak buat kat Seremban aje macam tahun lepas hah!? Kata AJK, date yang kita nak tu dah fully booked if kat Seremban Prima mahupun Mydin S2. Oooh okay!

Pertandingan ini kejadiannya adalah last month iaitu 23 April 2016 time 9.00 pagi. Hahhaaa... macam dah basi sikit citer nih! Okay! takpe janji up. Bayaran yang dikenakan sama jugak seperti tahun lepas iaitu RM80.00 seorang dan satu kumpulan 4 orang peserta tak kira lelaki atau wanita. Kategori yang dipertandingkan adalah individu lelaki dan wanita, juara berkumpulan lelaki dan wanita. Ada jugak juara longkang lelaki dan wanita (ini macam pun kira juara ka...???). Kemudian pastilah Piala Pusingan Alumni STAD yang menjadi rebutan.

Pepagi lagi Saturday, 23 April tu kids dah bangun, depa pulak terlebih excited. Pada mualnya Mrs. A plan nak pergi seorang aje tetapi ntah macam mana Mr.A tu baik hati sangat kita pergi sekeluargalah katanya. Hah! betul ke nih!!!?? Yahoooo.. suka... suka dalam hati Mrs. A.

Amboi! kemain sukanya depa dua beradik nih! apalah yang lucu sangat tu?

Aryssa sampai tak pergi kelas Bestari on that day

Strike please!!! kata Aryssa

Tolong jangan strike kata adik pulak

Peace yo!

Sewaktu Mrs. A  sibuk bertanding depa anak-beranak pun sibuk jugak bertanding sesama sendiri. Eh! ini citer apa sebenarnya nih!! ngeh!ngeh!ngeh! itu intro daa...

Okay! back on track, sebelum pertandingan bermula as usual kita berdoa dahulu. Selesai membaca doa adalah ucapan aluan-aluan daripada orang besar-besar Alumni. Kemudian ada jugak acara potong kek dan nyanyi lagu sekolah. Kemudian barulah pertandingan dimulakan dengan simboliknya balingan dimulakan oleh presiden Alumni.


Cake sumbangan saudari Ayu dari batch 1992. 

Hadiah Piala sumbangan Z-Rich lagi tahun lepas pun sama tapi rupa bentuk piala berbeza.

Ini team Mrs. A '92 Queen namanya. Baju merah (AJK) tu bidan terjun gantikan member sorang lagi last minute terpaksa tarik diri.

Ini pulak batch '92 lelaki ada dua team. '92 King dan jugak '92 Prince

Actually dalam syarat pertandingan bowling tu takdelah menetapkan bahawa setiap team perlu sama batch. Cuma batch 1992 ini yang consent sangat tentang batch-batch ini al-maklumlah batch we all ini antara yang aktif dan defensive dan mesra dan happening [banyaknya dan].

Berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini pada pendapat Mrs. A dan jugak dua tiga orang kawan-kawan lain sambutan tahun ini sedikit kurang meriah. Tak tahulah di mana silapnya mungkin jugak sebab tarikh kejadian ramai di antara mereka yang pernah dan hendak sertai tidak berkelapangan. Lagi satu tempatnya luar dari kawasan Seremban mungkin menjadi antara faktor penyebab.

Menurut AJK yang terlibat secara langsung dengan persediaan event ini mereka kata Dreambowls Airport Sport Complex, Nilai memberi kerjasama yang sangat bagus berbanding dengan lain-lain tempat di Seremban itu.


Tu dia... busy sungguh committee yang terlibat, dari hadiah hinggalah ke goodies bag. Haish! macam-macamlah.
 Thumbs up buat mereka. 

Macam-macam stail balingan ado ha!

Adoyai! dah semua kilo bola aku cuba hah! strike tak jugak

Pertandingan tahun ini habis awal dari tahun sebelumya lebih kurang pukul 1.30 petang macam tu dah settle. Kategori hadiah pulak masih sama iaitu top ten berkumpulan dan jugak top ten lelaki dan perempuan. Ada jugak untuk individu iaitu jatuhan pin terbanyak untuk lelaki dan perempuan.

Selain dari hadiah pertandingan ada jugak lucky draw berupa hamper. Haish! tak menang dapat hamper pun jadilah! Tapi Mrs. A ni lucky draw pun susah dapat sokseksoksek Mrs. A and the gang... Tetapi tiba-tiba...

˅

˅

˅

˅

top.ten.untuk.tahun.2016
Top ten individu wanita. Hah! biar benar dua tiga kali emcee panggil sebab ingatkan orang lain.
Tak sangka iols dapat jugak untuk tahun 2016 ini
top.ten.individu.wanita
Top Ten Individu Wanita

Hahhhaaaaa... jadilah!!! dari tak dapat apa-apa signature kans?? Begitu jugaklah dengan team members Mrs. A yang lain semuanya dapat. Seorang tempat kesembilan dan seorang lagi tempat kelima kecuali yang bidan terjun tu coz dia memang kureng pandai berboling compared dengan we all yang tiga orang nih! Muaaahhhahhaaa... [gelak evil sket].

Bagi kategori lelaki pulak batch '92 King kena berusaha lebih lagi untuk mendapat tempat. Sementara '92 Prince pulak menang tempat ketiga bagi kategori berkumpulan dan individu pun dapat jugak iaitu tempat kelapan dan tempat kesembilan.

Tamat annual event bowling tahun 2016 bersama ex-Stadian. Lepas ini ada satu lagi annual event ex-Stadian iaitu Jom ghayo kek sekolah 2016. In Sha Allah kalau kena masa dan tarikhnya Mrs. A nak join lagi.

Semoga ukhwah dan silaturrahim ini akan sentiasa manis dan berkekalan hingga ke Jannah. Amin...

The End.

[sesetengah photo kredit to FB Pages Alumni STAD]



You Might Also Like

2 comments

  1. wahhhh meriah gituuuuu... byk msk longkang ke byk strike? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedua tak banyak, ngeh!ngeh!ngeh!

      Delete

Top Commenters

Shout Me