Say No To Monday Blues

November 23, 2015

Say No To Monday Blues. This week end sakit kepala menyerang sekejap ok sekejap ko. Huhhuuuhuuu... mungkin itu disebabkan sakit bulanan cuma this week end agak teruk dari kebiasaan. This morning masih ada sikit-sikit lagi nak pergi kerja pun berkira-kira, hati kata pergilah In Sha Allah nanti baiklah tu pastu ada pulak bisikan kecil kata sambung aje tidur nanti pergi klinik haish!!! ish!!! fening mana satu nih!???

Alhamdulillah positif attitude melebihi negative, please say no to Monday blues kekdahnya dalam kemalasan dan berlawan dengan diri sendiri Mrs. A tetap bangun dan mandi-manda disamping membasuh rambut biar segar, biar hilang terus sakit kepala itu. Yeszza..!!!  sebagai muslim tiada istilah Monday Blues sebab Allah bagi kita peluang untuk hidup satu hari lagi. Syukur Alhamdulillah. 

Anyway dalam sakit-sakit tu sempat juga memenuhi jemputan kahwin di dua tempat lagiks! Satu majlis kahwin anak office mate dan satu lagi majlis kahwin anak neighbour sebelah rumah.

Memula pergi ke majlis kahwin anak office mate di Kampung Labu, Batu 9. Sampai lebih kurang 12.44 tengahari cenggitu. Fullamak!!! impressed tidak terkata berduyun-duyun manusia uols! Huhuhuhuuu.... adoyai... tengok muka Mr. A tu huh! ketat tulah memula plan nak gi yang anak neighbour tu dulu tapi yang pi sini dulu wat pe... sendiri mau ingatlah! tak yah nak buat-buat muka sangat.

Kekdahnya we all sekejap aje bersalam-salaman dengan Haji dan Kak Yam kemudian we all beransur pulang untuk ke majlis yang satu lagi. Tiada gambar yang sempat di snap. Pengantin pun time ini tak nampak lagi. Nak ambil gambar tandu pun tak sempat sebab king dah nun jauh di hadapan terkedek-kedek ibu dan anak-anak itik tok wi yang lain mengejar. Sabar yolah!

Souvenir dari Haji & Kak Yam

Lebih kurang 45 minit kemudian alhamdulillah selamat sampai di majlis jemputan kahwin yang lagi satu, bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Al-kisahnya majlis yang di sini pun pengantin empat sama dengan majlis yang pertama tadi pengantin empat juga.

Gambar banner pun jadilah

Sama seperti majlis yang pertama tadi tiada gambar pengantin yang sempat di snap. Hurmm... itulah yang rajin snap-snap ini tak lain tak bukan Mrs. A lettew tapi disebabkan sakit kepala itu yang kurang rajin nak berjalan-jalan dan beramah mesra tu. Bila minta Aryssa snap dia suruh Along pastu suruh Adik adoyai! tak payahlah cenggitu. Kita ambil gambar kita-kita ajelah. Babah mana? Hurmm.. jenis babah tu kalau dah jumpa gang pepandailah we all membawa diri ya... We all dah faham sangat. Mujurlah we all pun bukan jenis berkepit punya cara.

Kenyang perut suka hati, busy bebenor dengan handphonenya

Senyumlah walaupun sakit

Moral of the story bersyukurlah dengan apa yang ada. Pasangan kita itu tidak semestinya perfect, anggaplah kekurangannya itu Allah kurniakan supaya kita boleh saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Wallahualam.




You Might Also Like

6 comments

  1. betul tu. kekurangan kita, kelebihan dia. takdir Allah itu ajaib

    ReplyDelete
  2. Biasala lelaki. Jangan lupa makan ubat migrain..:(

    ReplyDelete
  3. We compliment each other. Itulah suami isteri :)
    Boleh ambil B Complex dan Osteomatrix untuk kurangkan sakit kepala.

    ReplyDelete
  4. Hehe.. Betul.. Pasangan suami isteri Allah ciptakan saling melengkapi. Jgn lupa rehat ya :)

    ReplyDelete
  5. Jangan dilayan sangat monday blues.. nanti bolen kelaut sepanjang minggu

    ReplyDelete
  6. saling melengkapi suami isteri :)
    kalau sakit kepala, memang merosakkan mood, kan?

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me