Prihatin

November 06, 2015

Prihatinkah anda kalau cakap omputihnya concerned? Tetiba la pulakkan soalan prihatin ke tidak? Sajalah nak nak up entry pasal prihatin ni. Ini semua gara-gara seorang kawan sekolah Mrs. A yang sangat prihatin. Amboi! kemain terkesan sangat tu dah kenapa? Yesterday morning kawan Mrs. A tu called katanya sewaktu dia sampai nak buka kedai. Kawan Mrs. A nih tailor dia ada kedai jahit sendiri. Sesiapa nak tempah baju bolehlah kalau nak cuba ya...ko ni dah kenapa Mrs. A sempat iklan la pulok! muuhahaaaa... ha! itu tandanya Mrs. A prihatin. Ok back to the line dia terdengar bunyi air yang sangat kuat then kat longkang air memang banyak sangat mengalir, air yang cantik jernih kemudian dia pun mencari punca di manakah datangnya air tersebut. 

Kaedahnya dari sini daa....

Siapalah yang punya kerja nih!
Ada manusia yang tidak prihatin dan jahat telah mencabut stopcock di paip tu. Kalau kata nak curi air pun cabutlah satu ajekan. Janganlah kau pi cabut sampai satu dua tiga empat lima yeke lima tu ha! lebih kuranglah tu. Baaaaanyaaaak tu.... air terbazir. Kesian syarikat air tau kalau air terbazir macam tu dah kira Air Tidak Berhasil atau cakap omputihnya None Revenue Water (NRW). Tak tahulah bila orang jahat tu buat kerja tu kawan Mrs. A kata ada kemungkinan sebelah malam kot. Cer bayangkan dari malam sampai ke pagi dah berapa banyak pembaziran air berlaku.

Mujur jugaklah Mrs. A nih kerja di syarikat air terus aje bagitau kat Person In Charge (PIC) sambil tunjuk gambar dan alamat maka insiden berkenaan dapat ditangani dengan kadar segera. Menurut kata PIC ada orang jahat sudah curi itu stopcock. Stopcock tu boleh dijual di kedai besi buruk. Oh ya paip-paip itu memang tidak bermeter kerana tiada orang yang punya maka kekdahnya syarikat air telah mencabut meternya dan pasang stopcock aje.

Okay ini citer lain pulak tapi masih pasal prihatin lagi. Yesterday Mrs. A telah membuat tugas-tugas khas iaitu fetching Aryssa dan Adik dari sekolah. Biasalah babah ada tugas di luar kawasan. Aryssa ni ada seorang kawan boleh dikatakan kawan baik dialah. Kawan dia ini selalu-selalu jugaklah tumpang kereta we all. Selalu aje Aryssa ajak tapi tak mintak permission babahnya sehinggalah suatu hari tu babahnya cakap Aryssa lain kali kalau S nak tumpang tanya babah dulu boleh ke tidak?

Yesterday S nak tumpang tapi mujur jugak Aryssa tanya Mrs. A dulu. But unfortunately yesterday Mrs. A kurang prihatin hokeh! Sorry! today tak boleh, mana sempat ibu nak kena gi kerja semula nih! Pastu terus aje Mrs. A berlalu tanpa menoleh kebelakang lagi takut, bila tengok muka S nanti berubah fikiran. Otw tu masih memikir-mikirkan lagi kesian S panas nih! camne la dia nak balik dalam hati ajelah. Pastu tanya Aryssa kalau S tak tumpang kita dia balik macam mana? Dia tumpang cikgulah ibu. Oh! okay lega sikit Mrs. A mendengarnya.

Kekadang tu bukan tak nak bagi tumpang, selalu aje babah dan Mrs. A tumpangkan walaupun taman dia dan taman Mrs. A berlainan tapi we all okay jer... takdelah berkira sangat. Mrs. A agak confused dengan family S nih! jenis yang macam mana. Cer bayangkan setiap kali yang babah atau Mrs. A tumpangkan S sampai ke rumah dia tu. Kat rumah S tu ada jer... kereta aje jugak motor. Dah kau punya ibu ayah kenapa tak amik anak kau nih tak sayang anak ke? Ntah jenis family yang macam mana pun tak faham yang pasti memang jenis yang tak prihatin. Oiiii!!!... tolonglah prihatin sikit dengan anak. Bukan anak orang lain anak kau sendiri tu.. Actually bukan itu saja banyak lagi kalau nak citer tapi tak perlulah kot.

Lagi satu nak tanya readers perlukah kita prihatin kepada kawan office kita yang ada scandal? Prihatin kepada kawan yang scandal??? Hurm... camne arrr nak bagi faham. Ha! Contohnya cengini uol dapat tahu kawan office ni ada scandal sesama depa. Both kawan office uol. Masing-masing dah berkahwin dan dah ada anak. Memula memang tak percaya dan menafikan tak mungkinlah tolong jangan buat fitnah? Kita cakap pada orang yang bercerita tu. Pastu dah ramai pulak tanya dan bercerita dan lagi dan lagi. Kemudian uol sendiri pulak nampak dengan biji mata sendiri. Sampai satu tahap tu rasa prihatin nak tanya betulkah kau ada apa-apa dengan si polan tu, pastu nak bagi nasihat. Apsal scandal berdosa ko tuh isteri orang? Niat kita baiklahkan takde maksud nak jaga tepi kain pun cuma prihatin. Tapi risau kot-kot niat baik kita disalah erti. Jadinya senyap tak buat apa-apa pun. Tak tahulah depa yang scandal tu tahu ke tidak ramai orang tahu dan bercerita. Hurm... memang tak prihatin langsung kah???

Moral of the story dalam segala hal prihatin itu memang sifat yang baik. Cuma kadang-kadang tak perlulah nak prihatin sangat kepada orang yang tak tahu menilai keprihatinan kita.


You Might Also Like

11 comments

  1. Kisah satu:
    Tindakan yang bijak. selagi boleh kita nak jimat air.. jangan membazir.

    Kisah dua:
    Cuba bila sesekali tumpangkan kawan anak, cuba ajak dia borak then slow2 tanya takde ke org dalam rumah blh hntr dia ke sekolah? kesian mmg kesian tapi terasa macam diambil kesempatan pulak.

    Kisah tiga:
    Kalau betul ada bukti dia ada scandal cuba bagi nasihat secara diam2.. moga dia berubah ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan tersebut.
      Mrs. A sangat hargai.
      In Sha Allah yang no 2 akan diusahakan.
      No 3 belum ada kekuatan untuk bersuara lagi

      Delete
  2. sy setuju sgt2 dgn apa yg aizamia3 ckp tu!

    ReplyDelete
  3. Hurrmmm Mrs A, saya doakan si Pencuri stopcocks tu insaf.. Bila tindakan dia menyebabkn bekalan air x cukup sampai ke rmh dia baru dia tau.. Iskh geram.

    Pastu harap2 ibubapa si S tu sedar, kesian anak tu terbiar tanpa sedar.. :'(

    Scandal? Opsss!!! Susah nk kata, kena btl2 cukup bukti kalau blh siap dgn gambar & kalau nk bgtau / nasihat bagai tarik rambut dlm tepung.. Serba-salah dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah LZ dasar pencuri terdesak di zaman GST nih.

      Ibubapa tolong ambil berat jangan sesuatu dah terjadi baru nak nyesal.

      Memang susah tapi kita nih! kan kawan tak sampai hati nak dengar orang mengata kawan kita. Tapi itulah dia tu kan dah dewasa. Hurmmm... kena tanya ustaz camne tu takut gak dapat dosa subahat.

      Delete
  4. macam ni lah bila adanya manusia yang pentingkan diri sendiri,

    ReplyDelete
  5. eeeee... teruknya sape yg buat jahanam paip tu..! geram pula saya tengok... :(

    bab skandal tu errmm tak berani nak komen.. memang rasa serba salah.. :(

    ReplyDelete
  6. kdg2 klu dah scandal ni mmg dah tak peduli apa org sekeliling kata.

    ReplyDelete
  7. geram betul dengan manusia yg bersikap begini

    ReplyDelete
  8. bab S tu, mak abah dia memang x prihatin!!!
    ok kot kita bantu dia. kalau pa pe jadi kan dia, tak ke nanti kita juga nyesal?
    bab scandal tu, if can nasihat.
    ditakuti diorang buat maksiat, kita jadik kategori subahat ler plak.
    da nasihat, dia x dgr, tanggungjwb kita lepas dah...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me