Hi -Tea Class of 1992 at 9 Lakes Restaurant

November 13, 2015

Last Saturday Mrs. A telah turut serta dalam majlis Hi -Tea Class of 1992 at 9 Lakes Restaurant ex-STAD ataupun nama panjangnya bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah. Majlis ini bolehlah juga dipanggil reunion sempena umur we all dah 40 tahun kekdahnya. 

Kata organizer yang juga AJK Alumni ex-STAD. Batch 92 adalah di antara batch yang paling aktif dibandingkan dengan batch-batch yang lain. Iya ke idok tak tahu ler... pulak Mrs. A, lagipun Mrs. A bukannya AJK macam depa yang tiga orang tu.

Dah memang benchmark tiga orang organizer ni setiap function yang depa organize, sesampai aje kena registered dan dapat goodies, ada jugak buku tandatangan yang perlu di signed dan sepatah dua kata contengan "Mrs. A was here". Lagi satu yang depa ni gemar sangat lah hai.... bertema-tema bagai nih! Cer teka apa tema Hi-Tea ni? Hurm! mujur temanya mudah "Merah" katanya. Mujur Mrs. A memang ada baju merah dan jugak kasut merah so bolehlah layanzzz....

Yang tu adalah one of the organizer yang sememangnya aktif berpersatuan

Aku tengok kat Instagram ko kak, siap banner bagai batch ko tuh? kata office mate Mrs. A yang sekolah STAD jugak. Ha! tu la pasal ko hade??? muuaaahhaaaaaa... Ooppsss sorry terrrr...poyo la pulak tolong jangan muntah hijau ya!!!

Okay sambung citer. Mrs. A memamg rajin dan boleh dikira aktif joint aktiviti-aktiviti ex-STAD kalau tak percaya boleh aje search post yang ada label STAD. Bukan setakat STAD aje sekolah Mrs. A yang lain-lain pun Mrs. A rajin jugak joint cuma yang lain-lain tu Alumninya tidak seaktif ex-STAD.

Tempat Hi-Tea ini diadakan adalah di 9 Lakes Restaurant. Entah kenapa organizer pi pilih kat luar restaurant dan bukan di dalam restaurant itu Mrs. A kurang pasti. Depa ni tak tau ka sekarang musim hujan. Mungkin depa nak ferfiling private kot?? Only for batch 92' of ex-STAD ngeh! ngeh! ngeh!. Menu yang dipilih untuk Hi-Tea ini pulak adalah masakan melayu kesemuanya. Walaupun 9 Lakes Restaurant ada jugak menyediakan masakan barat tapi untuk Hi-Tea ni organizer telah memilih masakan melayu. Al-maklumlah abang-abang sado kena makan nasi barulah kenyang katanya.

Seperti kebiasaan dimana-mana majlis pun sebelum bermula kita membaca doa terlebih dahulu begitu jugalah dengan Hi-Tea ini. Tidak lupa jugak kawan-kawan yang telah pergi terlebih dahulu menemui penciptaNYA. Al-Fatihah kami sedekahkan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan mulia di sisi Allah.

Siap banner bagai

Tag pun siap uols, pastu wajib pakai kata organizer

Private Function

Aryssa dah jumpa gang tak ingat ibu dah!

Food yang agak meriah ada bihun, nasi goreng, sayur goreng, ayam goreng, ayam masam manis dll

Sesambil amik food sesambil up-date story

Sesambil tetamu menikmati juadah, sesambil tu jugak organizer adakan permainan. Permainan yang diberi nama Super Spontan cara main sama jugak dengan cara Super Spontan sebenar yang ditayangkan di Astro tu. Satu situasi akan diberi so soal atau buat ayat penyata berdasarkan situasi yang diberikan.

Jeng..jeng jeng... mari kita tengok siapa yang kena. Adoyai! time tu gelabah jugak Mrs. A risau kok terkena. Mrs. A ni dah la pemalu. Huhuuuuuu.... pemalu ker..??? Memula pilih ketua iaitu ketua Aspuri dan Aspura katanya. Pastu ketua yang dipilih diberi tanggungjawab pilih pihak lawan masing-masing.


Nun di hujung sebelah kanan adalah pengerusi majlis aka chief organizer.
Ini sewaktu super spontan ayat penyata. Time nih! ayat pertama aje Aspuri dah kalah huhuuuu

Kiri sekali ketua Aspura ngeh!ngeh!ngeh!
Kanan sekali ketua Aspuri.
Time ni super spontan bertanya soalan. Yeah! Aspuri menang

Seronok sangat time ini, Actually Mrs. A pun terkena jugak tapi turn Mrs. A kena buat ayat penyata dapatlah jugak buat dua ayat tapi bila yang ketiga hancus tersasul bertanya soalan jugak. Habis! kalah daaa... Gambar takde arrr... photographer tak download lagik dalam FB ex-STAD. Sekejap sangat rasanya masa berlalu time 3-6 tu tak cukup lama. Kemudian untuk sesi photo beramai-ramai kena tukar baju daaa...


Ada jugak acara karaoke mujur bukan "karok la kau"

Sorang yang baju kelabu tu datang lambat Mrs. A tak jumpa pun - Photo kredit tu NZ

Dorm mate time form 5 yang Mrs. A nak sangat jumpa. Dah 14 tahun tak jumpa. Alhamdulillah finally

Setelah semua kawan-kawan yang sporting dan happening siap bertukar baju. We all pun berbaris untuk bergambar di hadapan banner yang tergantung megah. Kebetulan time ni hujan sudah berhenti. Pastu masih ada bapak budak yang naughty perangai tak ubah sama jugak time waktu sekolah dulu. Orang tengah duk busy nak posing dia pi gegar pokok tu habis berjujuran air dari daun pokok haish! macam-macam fiil bila dah reramai cenggitu.


Banyaknyer camera mana satu nak tengok nih!? - Photo kredit to Shila

Sesi bergambar di tangga pun ada - Photo kredit to NZ

Tak tahulah siapa punya idea, kemudian we all diminta pulak bergambar di tangga. Sesi bergambar di tangga ni punyalah kecoh sana sikitlah, ke kananlah ke kirilah oiiii... aku tak nampaklah hahhahhaaaiiii!!!... macam-macam hal depa nih! Tapi takpelah sekali-sekala terasa seronoknya. Memang mengimbau kembali zaman persekolahan dulu.

Semoga ukwah yang terjalin di antara kami akan kekal berkekalan hingga ke Jannah. Bukan sahaja di waktu senang tetapi juga di waktu susah. In Sha Allah.

Okay! sesambil tu Mrs. A nak share jugaklah tempat yang we all buat Hi-Tea nih!

Nama tempat: Nine Lakes Restaurant
Alamat: No 4198, Desa Jaya 1, Taman Tasik Jaya, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Instagram: 9LAKES_NS
FB: 9Lakes Garden Restaurant
Twitter: @9LakesR



You Might Also Like

13 comments

  1. meriah!!! nnt kami dah msk 40 nk buat jg laa cm ni hahaha... muka2 diorg semua ni ada byk x beza compared zaman sekolah dulu? hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang berbeza sangat expecially dari segi size hiks!
      Ada yang sama jer..

      Delete
  2. wahhh.. best nyer Mrs A.. harap2 nanti faiiza pon camni jugak.. terasee nak carik balik kawan lame.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Tu dia! Perjumpaan rakan sekolah tapi pada usia 40 tahun! Macam kembali ke tahun 1992!
    Alhamdulillah...semoga tali ikatan persahabatan anda kekal berkekalan.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jumpa kawan-kawan lama..memang happening la. ..Salam kenal n follow sini :)

    ReplyDelete
  5. mengamit memori buat renuion cmni

    ReplyDelete
  6. betoi ka dah masuk 40an? hahah macam tak caya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi na... hakak dah 4 series dik oii...

      Delete
  7. Mrs A dah cecah 40 tahun? buar betik..gosok mata berkali2..betul ke ni

    ReplyDelete
  8. meriahnya gathering ade aktiviti best ni kak!

    ReplyDelete
  9. kat seremban ke?
    dokek la dgn aida ni hah :)
    best nyer buat reunion.
    sgt la menjadi feveret aida gathering gathering ni... i like!

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me