Hari Kantin

November 02, 2015

Apo ko bondo hari kantin tu? Hari kantin tu kiranya macam satu program yang diadakan oleh pihak sekolahyang mampu memupuk kerjasama di antara murid dengan rakan sebaya dan juga memberi pengalaman kepada mereka di dalam bidang perniagaan. Untuk sekolah anak Mrs. A objektif hari kantin depa ni untuk mengutip dana daripada hasil jualan bagi menaiktaraf surau sekolah dan pelbagai keperluan lain. 

Di samping itu ada juga penyertaan daripada pihak swasta yang berminat turut dijemput oleh pihak contoh macam soopa-doopa untuk tu. Soopa-doopa ni yang buat Adik dan Aryssa excited sangat masing-masing dah siap sedia membeli kupon sejak minggu lepas lagi. Yesterday morning Mrs. A hantar depa aje dulu kemudian dalam pukul 12.00 tengahari baru datang balik. Ingatkan kawan Mrs. A yang juga neighbour tu tak datang rupanya dia pepagi lagi dah ke sana. Huhuhuuhu... tak dapat arrrr... gi together-gether.


Gambar dari WA my friend my neighbour

Bob nak memanah jaga-jaga

Pemandangan di sebelah pagi foto dari WA myfriend

Soopa-doopa time Mrs. A sampai dah kempis hiks!

Tudung Pearl Haya

Adik & friend queue for air anggur

Berehat sebentar sebelum pulang

Kalau diikutkan hati dan perasan Mrs. A ni malas aje nak gi hari kantin tu. Tapi demi kids kenalah supportkan. Dah depa nak gi hari kantin tu sangat pergi sekolah takkan tak support kot. Oleh kerana hari kantin tu diadakan pada hari Ahad maka pada hari ini sekolah telah mengambil cuti, iaitu cuti peristiwa. Amboi! kemain lagi Adik dan Aryssa tu tak yah gi sekolah pagi ini. Along pun sama cuti bergilir coz today SPM bermula. Ibu jer... yang kena gi kerja ha! Tak lupa juga kepada calon-calon SPM 2015 goodluck Mrs. A ucapkan. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjawab soalan dengan tepat, mudah dan lancar. In Sha Allah. Amin...

Moral of the story supportlah apa yang anak-anak suka.

You Might Also Like

7 comments

  1. berbeza hari kantin zmn sy sekolah dulu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza macam mana tu?
      Zaman Mrs. A tak ingat dah ntah ada hari ke kantin ke tidak.

      Delete
  2. smlm johor cuti hari peristiwa tp anak kecik wak tu kena gi sekolah sbb hari kanak2 pulak., ;p

    ReplyDelete
  3. teringat dulu zaman kak ana sekolah kalau hari kantin ni kena bawa potluck masing2 dan jual di kantin, duit dapat kat sekolah hihi :)

    ReplyDelete
  4. Dasyatnya hari kantin sekolah sekarang ni... Macam2 ada! Dulu masa sekolah, hanya jual air dan makanan jer... Nak abiskan kupon pun susah... hehe

    ReplyDelete
  5. kantin? ada jual tudung? perghhh..mcm2 ado

    ReplyDelete
  6. aida join jugak hari kantin anak2.
    kebetulan buat hari sabtu.
    memang mcm2 ada. tudung, baju, makanan minuman, tupperware, suplement...
    semua la ada... games, rumah hantu :)
    anak2 dara nak sgt gi, kita ikut kan aje.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me