Hari Terbuka Loji Rawatan Air Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2014

June 19, 2014

Bersempena dengan sambutan hari air sedunia kebiasaanya syarikat tempat aku kerja akan mengadakan sambutan dengan menganjurkan hari terbuka loji rawatan air (LRA). LRA terpilih itu ialah LRA Sawah Raja, di daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Rembau most wanted kekdahnya.

Untuk rekod Hari Air Sedunia ialah pada 22 Mac setiap tahun. Tema hari air sedunia yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tahun 2014 adalah "Water and Energy" ("Air dan Tenaga"). Di  peringkat kebangsaan Hari Air Sedunia dah lepas dah iaitu pada 25 Mac 2014, kat Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya anjuran NRE bersama KeTTHA dan SKUM. (nak tau apa shortforms tu pi google sendiri ek!). 

Sempena hari air sedunia syarikat-syarikat yang berkaitan dengan air adalah diminta oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk menganjurkan program-program berkaitan air dengan penekanan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara sumber air yang menjadi elemen penting di dalam kehidupan seharian. 

Oklah esok 20 Jun 2014 moh! ler... kita beramai-ramai ke LRA terbuka Sawah Raja kat Rembau nun ha! Aturcaranya:

9:00 pagi      Pendaftaran Sekolah

                    Lawatan ke Pameran SAINS

                    Lawatan ke LRA

11:30 pagi    Bacaan Doa

                    Ucapan Perasmian oleh Pengurus Besar SAINS

                    Penyampaian Cenderahati kepada Pihak Sekolah/ Kolej

12:00 tgh.     Jamuan

12:30 tgh.     Majlis bersurai


Walaupun kat aturcara hanya ada pendaftaran sekolah tetapi orang ramai juga adalah dijemput hadir tak perlu daftar-daftar. Datang jer...kalau nak datang.

Sambutan hari terbuka LRA SAINS pada tahun lepas sangat menggalakkan. Banyak sekolah-sekolah dari jauh dan dekat yang datang. Penuh kawasan loji dengan bas-bas sekolah. Penduduk-penduduk kampung pun ramai datang.

Harap-harap sambutan tahun ini pun meriahlah juga. Sesiapa yang datang bolehler...melawat gerai-gerai yang ada. Bukan setakat gerai pameran aje ada jugak gerai jualan, gerai makanan dan juga gerai pakaian daripada pengusaha kawasan sekitar yang berdekatan.


You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me