Dulu Koko sekarang Tommi

June 09, 2014

Tidak berapa lama dulu emak aku ada seekor kucing yang bernama Belang. Belang ni kucing betina yang tak tau asal dari mana. Belang tetiba jer...muncul dan terus buat rumah mak aku tu macam rumah sendiri. Kebetulan pula kat rumah mak aku ni ada tikus si Belang ni pulak pandai tangkap tikus itu yang mak aku suka dan bela dia.

Tak lama kemudian Belang peknan tetapi anak-anak dia mati. Tak berapa lama kemudian Belang peknan lagi kali ni anak dia 3 ekor. Kebetulan sangat masa dia lahirkan baby dia tu time my kids tinggal kat kampung coz school holidays. So my kids pun cop sorang sekor dan bagi nama ikut suka memasing. Bila sekolah buka tinggallah anak-anak kucing they all. Seminggu selepas tu we all balik kampung semula purposely nak tengok perkembangan anak-anak kucing tu. 

Bila dah sampai kampung barulah emak aku cerita yang 2 ekor anak kucing dah mati dikerjakan atau dalam erti kata lain dibunuh oleh kucing jantan besar. Sedih jer my kids macam tak percaya terus jer...cari anak kucing yang dah tinggal sekor. Yang mati adalah kucing Aryssa dan kucing Along tinggallah kucing adik tapi mak aku yang bagi nama dia Koko. Time tu Koko kecik sangat umur dia dalam 2 minggu kot we all sempat main-main dengan dia time tu cuti  Saturday & Sunday. Selepas tu Koko alang aku amik bawak balik rumah dia kat KL.

Setelah hampir 5 bulan tak sangka we all dapat jumpa Koko semula. Tetapi nama dia bukanlah Koko lagi. Iyalah dia pun dah bertukar tuan dan duduk KLkan so nama dia sekarang adalah Tommi.

Alang & family bercuti lama kat kampung tu yang they all bawa Tommi sekali.

Tommi sedang nyenyak tidur, kemain lagi tidur atas katil tu.
Ala...baju purple ni aku tengah ngantok nak tidur laa...sibuk la pulak nak bergambar.


You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me