Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

May 30, 2014

Today di company tempat aku kerja ada gotong-royong perdana. Kebiasaannya Management akan kuarkan Memo dulu so pepandailah nak mengemas tu... tapi...ada juga yang tak buat. Ikut arrangement memasing coz kalau dah memang bersih, cantik, teratur apa kejadahnya nak buat 5S lagi.

Before
Tapi today aku rajin nak buat coz cubicle aku memang dah teruk bangat, bawah meja ada barang atas meja pun sama gak dah ler...aku ni auditor 5S (hurmmmm...siap gantung sijil perlantikan lagi tu). Tak patut cubicle seorang auditor sebegitu rupanya. ngeh!ngeh!ngeh!. Oh! ya sebelum tu aku nak story sikit ler... 5S tu apa? 5S tu mula asalnya adalah dari bahasa Jepun Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke, syarikat Toyota adalah yang memula sekali mengamalkan 5S ni. 5S dalam bahasa melayu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Nak tau lagi detail pi la google.

Kalau kita betul-betul mengamalkan 5S memang kerja jadi mudah. Contoh sapu dan sentiasa amal seandainya tetiap hari kita peruntukan 5 minit sebelum mula kerja dan 5 minit selepas habis waktu kerja untuk sesapu habuk kat cubicle kita tu ha! takdelah timbunan habuk dan dedebu berjaya menempel. Kalu nak diikutkan apalah sangat 5 minit tukan... tapi tuler... susah nak mengamalkannya.

Kat company tempat aku kerja ni yang sedeh!!! tu!!! 5S masih belum berjaya menjadi budaya, tu yang management tengah berusaha untuk membudayakan amalan 5S ni. Walaubagaimanapun company ni memang dah ada sijil 5S pun dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Cuma perlu maintain aje..

Tada... dah clear
After
In progress
In progress
After
Oleh kerana today semua sedia maklum hari gotong royong perdana so aku pun pakai casual aje memang dibolehkan pun.  Sendiri mau hingat! takkan ko nak pakai baju kurung kot pastu ko pepanjat sana sini tak sessuai....

Ermmm... sekarang dah kemas. "Budaya 5S Budaya Cemerlang"



You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me