MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018.

Mrs. A selalu aje terlepas peluang untuk turut serta dalam Segmen ataupun Giveaway yang dianjurkan oleh sifu blogger Hasrul Hassan hew! hew! hew! Tapi mujurlah untuk Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 ini masih belum sampai lagi tarikh tutupnya.

Sementelah takde idea nak up-date blog ada baiknya Mrs. A join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018. Nanti bolehlah Mrs. A jalan-jalan ke blog-blog yang join tu. Okay meh sini nak tepek banner dulu.

Mrs. A join segmen
Klik banner for more details
Salah satu syarat daripada 6 syarat untuk turut serta dalam Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 ini adalah kena senaraikan 5 aktiviti yang akan dilakukan pada bulan Ramadan nanti.

5 aktiviti yang Mrs. A hendak buat adalah [In Sha Allah]:-

  1. Hendak masak juadah berbuka sendiri sekurang-kurangnya 3 hari daripada 5 hari waktu bekerja. [pssttt.... tahun-tahun sebelum ini lebih banyak ke bazar Ramadan dari masak sendiri]
  2. Hendak pergi solat tarawih di surau taman kalau bukan setiap malam pun seminggu 2 kali pun jadilah.
  3. Kalau ada kuliah kat office tak nak miss satu pun.
  4. Nak balik kampung tiap-tiap minggu untuk berbuka dengan emak Mrs. A
  5. Nak shopping raya awal.
Mrs. A join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 bak kata HH untuk semarakkan lagi hubungan sesama rakan blogger dengan aktiviti blogwalking dan melafazkan azam untuk ibadah dan amalan baik di bulan Ramadan dan seterusnya.


Birthday Aryssa Dan Aqil

Birthday Aryssa Dan Aqil

As Salam and greetings to dear readers.

Birthday Aryssa Dan Aqil.

Birthday celebration Aryssa dan juga Aqil a.k.a Adik pada tahun ini adalah di kampung Mrs. A iaitu di Lubok China. Kebetulan sangat tarikh yang nak buat celebration tu memang sama dengan date of birth mereka berdua iaitu pada Ahad lepas 22 April. 

Nak tahu tak? Eh! mungkin ada yang dah tahu bahawa Aryssa dan Adik berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada tarikh 22 April cumanya Aryssa lahir pada tahun 2004 dan Adik pula lahir pada tahun 2006 iaitu dua tahun kemudian. Jadinya mereka berdua tu memang tak pernah lagi celebration birthday secara solo muahahhaaaa... Dah kebetulan tarikh yang sama sambut ajelah sekali nak oiii... jimat belanja gitew...

Alhamdulillah we all sambut kecil-kecilan sahaja among family members dan jiran terdekat terdiri daripada kawan-kawan mereka di kampung. Nenek buatkan mereka mee goreng, Mrs. A belikan KFC dan signature menu a.k.a cake birthday pula adalah sponsor daripada family MakNgah depa.
Birthday
Adik nape ko nyorok la pulok!!!

Birthday
Eh! budak kecik tu dia pun nak potong cake juga hehehe
Birthday
Masing-masing khusyuk menghayati makanan
Birthday
Jiran sebelah dan belakang rumah

Birthday
Organiser tak lalu nak makan bz layan tetamu la konon tapi wefie tetap on huhuhuhu
Sempena birthday Aryssa, Babah dia telah menghadiahkan seketul handphone [Oppo A37] Aryssa suka Oppo. Al-kisahnya handphone Aryssa telah hilang sewaktu jalan-jalan ke Genting Highland aritu. Walaupun Mrs. A tak berapa setuju cos Mrs. A dah plan nak bagi dia handphone Mrs. A yang lagi satu. Namun Mr. A berkeras nak belikan baru dengan cost ditanggung sepenuhnya oleh beliau so Mrs. A layankan ajelah.

Adik memang awal-awal lagi dah dapat hadiah in-advance so duk diam-diam sudah. Tapi dia berbunyi juga cos tak puashati hadiah Aryssa lebih mahal dari sport shoe Asics yang dia dapat. Hurm... macam-macamlah anak-anak ini bersyukur ajelah dari tak dapat apa-apa.

Aryssa Hani dan Aqil Hayyi semoga beroleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Itu sahaja nak share kisah Birthday Aryssa Dan Aqil.
 “Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa”

“Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa”

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa.

Hari ini barulah Mrs. A berkesempatan untuk buat entry "Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa". Actually dah terbaca berkenaan segmen ini seawal ianya dilancarkan tapi tak sempat nak buat entry time tu. No worry sekarang pun masih sempat lagi cos closing date adalah pada 03052018. 
MRS. A join "Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa"
Syarat-syaratnya mudah sahaja:-

  1. Follow Blog Siqahiqa
  2. Follow Facebook Page BLOG SIQAHIQA
  3. Copy banner dan buat satu entry bertajuk "Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa". [backlink di blog Siqahiqa].
  4. Publish entry anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini. [di blog Siqahiqa ya....]
Eh! ada lagi satu nak bagi tahu disamping tersenarai sebagi blog list di blog Siqahiqa seorang blogger bertuah yang join juga akan dapat hadiah misteri dari blogger Siqah. Okay readers yang berminat masih sempat lagi kalau nak join. [closing date 03 Mei 2018].

Segmen: Making A blog List by Blog Siqahiqa. For more details silalah ke blog Siqahiqa.

Family Days Out : Tengok Filem Dukun

Family Days Out : Tengok Filem Dukun

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out : Tengok Movie Dukun


Mrs. A memang teringin nak tengok filem Dukun ni, mahunya tidak 12 tahun cold storage huhuhu... bertambah excited kat newspaper tulis filem Dukun ini berdasarkan kisah bomoh Mona Fandey yang pernah viral pada tahun 1993 dahulu. Tapi tulah kena banned la pulok! Mrs. A pernah terbaca antara sebab kena banned ialah kerana ahli keluarga Mona Fandey membantah tayangan filem berkenaan, lagipun ada banyak babak yang terlalu sensitif dan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada rakyat Malaysia.

Tapi itu 12 tahun yang lalu sekarang filem Dukun telah pun diluluskan tayangannya. Ha siapa nak tengok tu sila la ke pawagam berhampiran anda. Supportlah sikit filem melayu kesian pelakon dan penggiat seni tempatan fenat mereka berkerja siang malam tapi tulah ada pula lanun-lanun haram jadah yang merompak hasil karya mereka. Oppsss tetiba lak Mrs. A emosional gitew....

Okay back on track last 2 week Mrs. A sekeluarga berkesempatan menonton filem Dukun kat TGV KLCC amvoiii! jauh tau we all nak tengok filem ni sampai ke KLCC. Ha tapi sebelum tu haruslah makan-makan dulukan. Tempat makan yang terpilih time tu adalah Restoren Man Tomyam.

Family days out
Lunch di Restoren Man Tom Yam, Jalan Jelebu. 
Yeah! setelah kenyang perut suka hati barulah we all gerak ke KLCC. Sesampai di KLCC terus ke TGV cos nak tengok tayangan pukul berapa yang sesuai dengan timing we all.

Dukun
Cinema 4, showtime 5.30pm
Sementara masih ada masa lebih kurang satu jam setengah lagi so we all pun ronda-rondalah KLCC dulu time ni yang shoppingya the boys sahaja. Aryssa dan ibu tak shopping pun.

"Along nak snap gambar kat sini ibu, nih kat logo Under Armour ni" katanya.
Kemudian setelah hampir showtime we all pun gerakla ke TGV. Pemandangan dalam panggung hurmm... full house. Tapi satu yang Mrs. A pelik dan hairan ada pula ibu-bapa yang bawa anak-anak kecil yang masih duduk dalam stroller dan di pangkuan bukankah itu belum cukup 13 tahun. Macam mana terlepas pun tak pasti la pulok!!!

Filem Dukun yang ada di pawagam tu mengisahkan tentang seorang bomoh perempuan yang bernama Diana Dahlan [Umie Aida]. Diana Dahlan ini adalah bomoh pengamal ilmu hitam yang diwarisi dari suku batak kalau tak silaplah, kalau salah mohon jangan saman huhuhuuu.... Beliau telah ditangkap atas tuduhan membunuh Dato' Jefri Jailani [Adlin Aman Ramli].

Karim [Faisal Hussien] adalah lawyer yang membela Diana Dahlan. Dah 23 orang lawyer Diana Dahlan reject tapi bila time Karim diminta oleh pihak polis untuk membelanya. Diana Dahlan boleh terima la pula. Tapi tulah Karim tak tahu rupa-rupanya Diana Dahlan ni dah lama tahu pasal Karim cos isteri Karim yang tiba-tiba hilang tanpa khabar berita tu pernah datang berjumpa dengan Diana Dahlan untuk berubat mendapatkan anak. Karim sambil dia menjalankan tugas membela Diana Dahlan tu dia pun terpengaruh juga dengan kata-kata Diana Dahlan yang boleh membantunya mencari anak Karim yang melarikan diri tu.

Diana Dahlan ni pula walaupun dia dalam penjara tapi masih lagi dia sempat melakukan ritual a.k.a 'menurun' aksi selayaknya seorang dukun haish! time ni real betullah lakonan Umie Aida selamba aje dia jilat dinding penjara meremang bulu roma Mrs. A tengok. Eh! panjanglah kalau nak reviews malaslah Mrs. A kwang.. kwang.. kwang.... nak tahu cerita selanjut pi la tengok sendiri ya readers...

Okaylah pendapat Mrs. A tentang filem Dukun. Layan jugaklah. Filem Dukun ini takdelah kisah seram, yang sebenarnya bak kata mereka yang arif tentang filem ianya lebih kepada kisah yang artistik. Ceritanya kena menghayati betul-betul kalau tak memang tak faham. Macam anak-anak Mrs. A mereka memang tak faham dan banyak tanya kat Mrs. A adoiii.... mana yang Mrs. A boleh jawab okaylah tapi ada juga yang Mrs. A sendiri pun tak faham contoh macam apa kaitan Hasnul Rahmat dengan Diana Dahlan  acaner tu siapa nak jawab muahahhaaaa.....

Walaupun banyak cakap-cakap negatif tentang filem Dukun ini tapi bagi Mrs. A kalau kita tengok dari sudut positif ianya boleh dijadikan pengajaran kalau bawa anak-anak kenalah terangkan pada mereka jangan jadi dan buat macam tu cos semua itu amalan syirik dan khurafat. Kita sebagai orang islam kena meminta dan berdoa hanya pada Allah yang satu dan bukanya pada manusia, pada pedang, pada pokok dan lain-lain.

Mrs. A bagi tiga bintang daripada lima bintang okay itu sahaja kisah Family Days Out : Tengok Filem Dukun.

Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah

Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah

 As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah.


Kejadian pertandingan bola tampar antara sekolah-sekolah ini adalah pada Selasa [10042018] minggu lepas. Kalau tahun lepas Adik duk busy dengan bersukan kriketnya [SINI]. Tetapi pada tahun ini adik busy pula dengan sukan bola tamparnya. Gigih tau Mrs. A ambil cuti tahunan semata-mata nak jadi supporter Adik dan team bola tamparnya. Ialah selalu Adik jer... yang jadi supporter ibu gi main netball this time sajalah Mrs. A nak support Adik pula.

Dua tiga minggu sebelum hari pertandingan bola tampar antara sekolah-sekolah jadual Adik memang busy betul dengan trainingnya hampir setiap hari petang lepas sekolah dia akan suruh babahnya hantar ke sekolah untuk training. Tak cukup hari-hari sekolah biasa, Saturday morning pun training juga. Biasa Saturday morning tu Mrs. A yang akan hantar. Semangat betul Adik dan team bermain bola tampar demimu SKKGV giteww..... 

Muka happy dapat sport shoe baru brand asics, special untuk indoor games #gelnetblade
Eh! tetiba gambar macam takde kena mengena dengan tajuk muahahahaa... Dua hari sebelum pertandingan tu time family days out ke KLCC, Adik telah berjaya memujuk babahnya untuk belikan dia sport shoe baru. Katanya belikanlah sempena hadiah birthday dia in-advance (tarikh birthday sebenar 22 April). Termakan dengan kata-kata manis Adik so babah pun belikanlah. Jeles tau ibu cos sport shoe ibu pun tak sampai rege mahal cenggitu.

Oooppsss iklan la pulok!!! okay sambung citer pertandingan bola tampar antara sekolah-sekolah tu. SKKGV menghantar dua team sahaja iaitu satu team lelaki dan satu team perempuan bawah 12 tahun. Ada banyak sekolah-sekolah yang bertanding. Pertandingan dijalankan secara liga ada empat grup kalau tak silap Mrs. A iaitu A, B, C dan D setiap grup terbahagi kepada 4 sekolah tapi ada juga satu grup yang hanya terdapat tiga sekolah sahaja. 

Jom layan gambar yang sempat Mrs. A snap.

Sporting ustaz a.k.a coach time Mrs. A minta mereka bergambar dia okay jer...
Adik dengan kasut bau kedainya hahahaha..
Time Mrs. A sampai tu team lelaki SKKGV belum mula berlawan lagi, cuma team SKKGV perempuan jer... dah bermula dan tamat satu games. Gambar belakang atas tu la team perempuan SKKGV jersi purple. Mereka sedikit frust la kot cos kalah satu  mata aje dengan SK Gadong Jaya.

Apalah perasaan mereka time ni agaknya? Mesti berdebar-debar hehehe....
Khusyuk masing-masing dengar taklimat sebelum 1st game
Haruslah Mrs. A pun nak wefie dengan depa
Eh! terjumpa Afrina haruslah ajak wefie gitew.... a.k.a anak coach netball Mrs. A dia wakil team bola tampar SK Ampangan
1st game SKKGV vs. ACS
Alhamdulillah mereka menang
Buat julung-julung kalinya Mrs. A tengok Adik bermain bola tampar rasa terharu dan bangga pula time tu hew! hew! hew! [mak-mak sangat ko Mrs. A hoi!!!] tak sangka Adik pandai main hahahaha... Ialah selalu kat rumah Adik selalu kena bahan jer... dengan babah dia "Adik ko pandai ke main, ko selalu 1st six ke duk tepi jadi reserve je!? Cenggitulah selalu babah dia duk sakat-sakat.

Kedudukan kumpulan D di peringkat grup
Ralat pula Mrs. A rasa time team Adik lawan dengan SK Seliau dan SK Panchor Mrs. A tak snap gambar pun. Mrs. A cuma record video aje. Anyway seronok jugalah selepas tu tengok semula bersama adik dan kawan-kawannya. SK Panchor adalah juara grup manakala SKKGV naib johan grup so mereka ke peringkat quater final. 

Di peringkat quarter final SKKGV vs. SK Ampangan. SK Panchor Mrs. A tak pasti vs dengan sekolah mana. Tapi apa yang pasti keseluruhan keputusan SK Panchor adalah naib johan. Itupun Mrs. A dengar dari coach netball cos Mrs. A dah pulang awal setelah team lelaki SKKGV berjaya ditewaskan oleh SK Ampangan. Sobs..sobs..sobs sedih!!! semuanya tapi takpelah next time boleh cuba lagi ya anak-anak.

Quater final SKKGV vs. SKA
SKKGV kalah dengan mata 16 - 31
Fuh! seronok juga jadi supporter ni dah tu kadang-kadang touching bila tengok semangat anak-anak dan cikgu-cikgu tu semua. Minda kena setting siap-siap kalah menang adat pertandingan yang penting kalah bermaruah dan semangat kesukanan haruslah sentiasa diamalkan.

Oh! lupa pula nak bagitahu tempat Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah-Sekolah tersebut adalah di Center Court, Paroi memang familiar sangat untuk Adik dan Mrs. A cos hampir setiap minggu akan ke sana untuk training.

Okay itu sahaja kisah Adik dan bola tamparnya akhir kata majulah sukan untuk negara.

Selamat Tinggal Shout Box a.k.a Chat Box

Selamat Tinggal Shout Box a.k.a Chat Box

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tinggal Shout Box a.k.a Chat Box.

Today Mrs. A memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada shout box a.k.a Chat box Mrs. A. Actually dah lama Mrs. A nak ucapkan selamat tinggal drafnya pun dah lama tapi terasa sedikit bimbang kalau ada blogger yang hanya mahu menjerit di shout box.
Mrs. A
Selamat tinggal dear shout box semoga berjumpa lagi hew! hew! hew!
Terasa sayang pun ia juga cos ada-ada masa tertentu Mrs. A akan throwback semula shout box tu untuk menerjah sesiapa sahaja yang pernah menjerit di situ. Tetapi lately ini Mrs. A terasa geram apabila shout box tu jarang-jarang appear tak tahulah apa masalahnya. Mungkin juga masalah browser tapi shout box pula yang jadi mangsa ya! muahahhahaaaa....

Ha! lagi satu yang Mrs. A geram shout box tu telah menjadi mangsa spammer itu yang tambah menguatkan lagi semangat Mrs. A untuk mengucapkan selamat tinggal kepada shout box tu.

Lagipun shoutbox tu ada iframe di mana sedikit sebanyak akan memberatkan loading blog itu berdasarkan apa yang Mrs. A dapat review daripada segmen review blog tidak berapa lama dahulu. Walaupun ada cara-cara nak memperbetulkanya unfortunately Mrs. A ini sejenis yang fobia dengan code html muahahaaaaaa... so jalan mudah remove ajelah buat masa ini. Mana tahu esok lusa nak pasang balikkan..kan..kan...

Haish! mentang-mentanglah tengah geram dengan shout box habis semua ko tulis yang negatif aje Mrs. A ya!!! muahahhhaaaa.... Actually ada jer... kebaikkan shout box tu contoh seperti blogger yang jarang-jarang up-date blog [Mrs. A lettew!!] so bila reader datang takde entry baru tapi nak tinggalkan jejak mereka jeritlah dekat shout box tu kans... Tapi takpelah kalau betul-betul nak tinggal jejak tinggalkan ajelah kat mana-mana post tak kiralah lama ke baru.

Okay sekian Selamat Tinggal Shout Box a.k.a Chat Box.
MRS. A JOIN 'SPM RESULT GIVEAWAY'

MRS. A JOIN 'SPM RESULT GIVEAWAY'

As Salam and greetings to dear readers.

MRS. A JOIN 'SPM RESULT GIVEAWAY'



Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Result Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Domain DotCom X 1 pemenang
Hadiah Kedua: Kopi Pak Belalang X 2 pemenang
Hadiah Ketiga: Tudung X 1 pemenang
Hadiah Keempat: Novel Baharu X 3 pemenang
Hadiah Kelima: RM20 X 1 pemenang
Hadiah Keenam: RM10 X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: Topup RM10 X 4 pemenang
Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 2 pemenang untuk peserta terawal dan terakhir!

Kesemuanya 15 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

2. Follow instagram berikut

3. Like Facebook berikut:

4. Follow Google Plus berikut:

5. Langgan saluran YouTube * Pokucu *

6. Buat entri bertajuk 'SPM Result Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Cuba teka berapa unit/aggregat yang Abam Kie perolehi semasa menduduki SPM tahun 1990 lalu. Sebagai 'clue', Abam Kie dapat Pangkat 1 (6 - 24 unit). Jadi pandai2lah teka, ye? Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat. Sekiranya lebih daripada seorang peserta membuat tekaan yang tepat, maka peserta terawal akan memenangi hadiah berkenaan diikuti oleh peserta seterusnya. Pemenang seterusnya akan dipilih berdasarkan tekaan yang hampir tepat

Mrs. A teka Keputusan SPM Abam Kie adalah 13 Aggregat.

9. Terbitkan.

10. Tinggalkan pautan entri giveaway dan tekaan anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Jika nak join GA ini sila klik di SINI atau banner di atas. Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 22 April 2018. SEKIAN. TERIMA KASIH.
MRS.A my blog my stori ©