MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Tengok Guardian Of The Galaxy Vol. 2

Tengok Guardian Of The Galaxy Vol. 2

As Salam and greetings to dear readers.

Tengok Guardian Of The Galaxy Vol. 2. Last weekend ada family days out kononnya kids nak tengok Fast and Furious 8. Walaupun Mrs. A dah bagitau depa, manalah depa boleh tengok FF8 tu cos kategori 18 tahun ke atas eh! tak percaya jugak. Katanya kawan-kawan depa boleh jer... tengok. Hah! tak pelah we will see later.

Tepek gambar trademark A's family days out satu.

Guardian of the galaxy
Adik tu saja je tau , no camera katanya
This time pun we all tak pergi jejauh, pergi Aeon S2 jer.... walaupun Aryssa dan Mrs. A nak pergi Palm Mall tapi the boys nak pergi Aeon S2 haish! kalah voting 2 kepada 3 so kenalah pi Aeon S2. Cari-cari parking tak jumpa Mr. A suruh Mrs. A dan kids turun dulu sementara dia pi cari parking.

Kids dan Mrs. A pun terus aje ke TGV nak beli tiket. Tengok screen tayangan untuk FF8 ada, pukul 4.00 petang. Bila ke kaunter tiket Mrs. A pun "tanyalah tiket untuk FF8 ada lagi?" "Ada kak untuk 2 orang ke?" Eh! tak untuk 5 orang. 4 dewasa 1 kanak-kanak hahhhaaa adik ticketing tu ketawa "mana boleh kak FF8 untuk 18 tahun ke atas", katanya. Okay! jap ya! pastu Mrs. A cakap kat kids ha! kan ibu dah kata 18 tahun ke atas tak percaya your friends tu kelentong tu.

Kemudian we all pun tukarlah tengok cerita Guardian Of The Galaxy Vol. 2 tayangan pukul 4.05 minit petang lagipun we all dah pernah tengok movie ni yang volume 1 dulu. Oleh kerana time tu baru pukul 2.50 petang so kita makan dulu.

Lunch di Row Six.
 Credit Photo to FB pages Row Six Seremban
Credit Photo FB Pages Row Six Seremban
Pada mulanya nak lunch di The Chicken Rice Shop tapi full house. So Mrs. A ajak depa lunch kat Row Six tempat Mrs. A dan Gang Lunch selalu makan. Row Six ni adalah jenis Asian Fusion Restaurant. 
Row 6
Hahaha memasing khusyuk makan. Ntah bila Along snap pun tak sedar
Sebab masing-masing lapar nasi so semua menu asasnya nasi Adik nasi goreng Seafood, Mrs.A nasi goreng Indonesia. Mr. A pun nasi jugak tapi tak ingat la pulok nasi apa ntah. Aryssa dan Along nasi ketuk. Sorang nasi ketuk ayam rendang, sorang lagi nasi ketuk ayam roasted.

Row Six
Nasi Ketuk pilihan Aryssa
Alhamdulillah semua puashati dengan food masing-masing. Dah kenyang perut suka hati we all terus aje ke TGV membeli tit-bits ler...dulu sesambil tunggu time nak masuk panggung jer... dah habis separuh pop-corn Royale tu.

Mrs. A
Pop-corn Royale yang Mrs. A pegang tu Along punya. Favorite Along itu sebab dah tinggal separuh walaupun wayangnya belum mula lagi.
Mrs. A
Mesti nak snap ticketkan? Apa motif pun tak tahu muahhhaaaaaa.....
Pendapat Mrs. A mengenai movie Guardian of the Galaxy Vol. 2 ini sangat-sangat menarik tak rugi lah beli tiket tu. Dari awal cerita hinggalah habis cerita takde satu pun part yang membosankan. Mrs. A malasler... nak review full movie lagipun banyak jer.. blogger yang buat review citer nih!

Cuma tertarik nak citer tentang Baby Groot. Walaupun Baby Groot itu hanyalah seketul kayu tapi ntah macamana watak Baby Groot tu sangat terkesan di hati Mrs. A [ayat tak boleh blah!]. Baby Groot comel dan cute sangat. Skrip dia pun hanya tiga patah perkataan aje "I'am Groot"  ngeh! ngeh! ngeh!

Baby Groot
Comelkan!? macam hidup jer dia ni tau....
Google Image
Haish! pandai betul omputih ni reka cipta watak, kayu pun boleh buat orang jatuh cinta muahahahaaa Okay kalau readers weekend ini plan nak tengok movie dan masih tak tahu nak tengok citer apa. Mrs. A suggestkan uols tengoklah citer Guardian Of The Galaxy Vol. 2 memang sangat -sangat menarik. Mrs. A bagi 5 bintang.

Okay! itu saja nak citer kisah Tengok Guardian Of The Galaxy Vol. 2. Have a nice weekend readers.

Wordless Wednesday #103 - Salah Makan

Wordless Wednesday #103 - Salah Makan

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #103 - Salah Makan

Pernah tak readers order lain tapi makan benda lain. Punyalah confident tu bila waiter datang hantar order tu terus aje cakap itu I punya. Kemudian siap minta sos bagai pastu letak jugak sos ikut uols punya preference. 

Suddenly...!!!???
secret recipes
Fish & Chips @SR
Ko realize fish & chips tu bukan ko punya huhuhuuhuu....

Ntah! kenapa time tu ko derhaka kepada menu biasa.
Ini hah! ko punya.
Secret recipes
Caribbean style fish fillet @SR
Mujurlah time tu Mrs. A makan bersama gang lunch. Ferfeeling awkward tu tetap ada dan terasa bersalah sangat-sangat pada Kak N. Habih camno!. Kak N nak buat lagi dah Mrs. A termakan sikit. Dia hanya mampu ketawa ajelah tanpa sebarang reaksi marah pun. 

Itulah padan muka ko Mrs. A tak pernah-pernah order menda tuh! tetiba tengok meja sebelah punya order cenggitu teruslah pulak nak order itu jugak, hurmmm... tapi nyesal sebab sambal hijau tu ntah! apa-apa rasa dia. Sorry SR next time Mrs. A tak mau order that Caribbean style fish fillet itu lagi.

Okay thats all citer Wordless Wednesday #103 - Salah Makan


Happy Birthday To You

Happy Birthday To You

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday To You. Ha! kan Mrs. A dah bagi tau April ini memang banyak birthday untuk diraikan. Last Saturday adalah birthday Mr. A so we all celebrate among we all sahaja iaitu dinner di Man Tom Yam of course ler... Mrs. A yang sponsor cuma this time tiada kek.

Petang tu Mrs. A ingat nak pergi beli kek tapi Mr. A kata tak payahlah, belanja dinner pun dah okay. "Alahai! betul ke nih! no heart feeling ya... lagipun saya memang malas nak keluar ni..." ngeh! ngeh! ngeh! #terukpunyabini.

Kekdahnya selepas maghrib iaitu lebih kurang pukul 8.00 malam we all pun geraklah ke Man Tom Yam. The A's family excited bangat seh! cos dah lama tak keluar dinner sekeluarga.

Mrs. A
Happy birthday to you love!
Mrs. A
Foods malam tu ada siakap steam, udang goreng tepung, sambal udang dan khailan ikan masin
Mrs. A
Sebelum food sampai, makan dulu tit bits favorite kids iaitu otak-otak
Mrs. A
Perbezaan gaya di antara lelaki dan wanita

Mrs. A
Yang lelaki asyiklah duk makan, perempuan dah macam-macam gaya dah keluar

Man Tom Yam
Meh! sini Mrs. A share contact no Man Tom Yam manalah tau kalau nak buat reservation untuk iftar nanti
Oleh kerana malam itu Adik ada training silat. So tak dapatlah nak berlama-lama sangat lepaking time dinner tu. Haish! terlebih rajin la pulak Adik tu, bila Mrs. A kata ponteng ajelah sekali ni aje. "Hah! takde deh! ibu jangan nak mengada ya katanya huhuhuhu hurm...iyolah Dik!

Happy birthday to you dear love, we will always love you di dalam susah mahupun senang till Jannah. In Sha Allah.

Eh! jap ada satu lagi happy birthday to you iaitu adik Mrs. A yang bongsu tu. Oleh kerana we all tak balik kampung last weekend dan depa pun ada kat K.L. So shared gambar kat group WhatsApp family ajelah nampak gayanya.

Wa... mummy ada kek ha!

Alahai! depa dua beranak jer... daddy tukang amik gambar
Hahaha!!! siyes jer... muka tecik tu suap mummynya
Happy birthday to you dear sis. Kakcik doakan semoga sis selalu sihat, tabah dan berbahagia di samping keluarga tercinta. We will always love you and your family till Jannah.

Thats all nak citer kisah happy birthday to you.

Segmen: Seorang Syed Nak Bloglist!

Segmen: Seorang Syed Nak Bloglist!

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen: Seorang Syed Nak Bloglist!

segmen
KLIK
Segmen: Seorang Syed Nak Bloglist! Walaupun segmen ini telah agak lama berlangsung tetapi hari ini barulah Mrs. A rajin dan berkesempatan nak join.

Lagipun sengaja Mrs. A pilih hari Jumaat manalah tahu berkat hari Jumaat penghulu segala hari ni, si Cikgu Syed pun macam kena pukau terus aje listkan blog Mrs. A dalam bloglist yang bakal dibuatnya itu ngeh!ngeh!ngeh! okay gurau jer...

Menjawab persoalan syarat No 5: Kenapa Mrs. A nak berada dalam bloglist Syed? Hah! tak perlulah Mrs. A nak fikir-fikir lagi cos semua kelebihan yang Syed dah bagitau itu Mrs. A setuju meh sini Mrs. A copy paste sebabnya (mohon jangan saman ya)

Aku akan sentiasa terjah blog korang. Disebabkan aku ni memang jenis yang suka membaca blog orang dan tinggal komen sekali, so I'll definitely to the same to the blogs in my blog list.

- Mungkin aku tak dapat menjanjikan trafik daripada blog aku ke blog kau, haha tapi mungkin ada lah yang click blog kau bila tengok blog list aku kot? Salah sorangnya aku lah (lol)

Dapat merapatkan silaturrahim antara kita. Dunia blog ni kecil sahaja, pergi mana-mana pun nanti akan jumpa orang yang sama juga. Apa salahnya nak tambah kawan-kawan blog kan? 

Lagi satu katanya buat short review berkenaan blog Seorang Syed. Pendapat ikhlas dari Mrs. A blog seorang Syed dah cukup bagus, menulis dengan penuh semangat di dalam setiap entry dan jugak sangat berinformatif.

TETAPI please...please...please... mohon besarkan font, please cikgu Syed tolong jangan kejam pada Mrs. A yang rabun dan guna contact lense ini huhuhuhu... berpinau mata Mrs. A tau setiap kali baca entry Syed yang panjang lebar tu. Tapi itulah kalau dah suka gigih jugaklah baca sampai habis hokeh! Okay itu saja pendapat peribadi Mrs. A yang tulus ikhlas dan mohon maaf jugak kalau Mrs. A terkasar bahasa.

Tarikh tutup penyertaan Segmen: Seorang Syed Nak Bloglist! adalah pada 30 April 2017 11.59pm. Readers kalau nak join jugak sila klik banner di atas untuk tahu details.

Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat

Istiqomah dalam mengamalkannya dan rasai keajaiban rezekiNYA. In Sha Allah.

Salam Jumaat : Zikir Amalan Rezeki Melimpah Ruah

Wallahualam.
Credit : TAZKIRAHJUMAAT.COM

Menang : I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors [Thank you ABAM KIE]

Menang : I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors [Thank you ABAM KIE]

As Salam and greetings to dear readers.

Menang : I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors [Thank you ABAM KIE]

Nak tahu cerita GA tu meh klik sini.

Alhamdulillah Mrs. A tersenarai sebagai salah seorang pemenang GA tersebut. Dah dapat pun hadiah TOP-UP yang disponsor oleh ABAM KIE.

Tetiba jer tadi dapat WA dari no tidak dikenali ngeh! ngeh! ngeh!

Jom terjah
Pastu bila dah tahu terus save no as Abam Kie Blogger. Sekali lagi terima kasih Mrs. A ucapkan. Terima kasih ukhwah.

Okay itu sahaja kisah Menang : I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors [Thank you ABAM KIE]

Wordless Wednesday #102 - Birthday Celebration

Wordless Wednesday #102 - Birthday Celebration

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #102 - Birthday Celebration.

Last Saturday 22 April 2017 genaplah usia Aryssa 13 tahun dan Adik pulak 11 tahun. Alhamdulillah we all dikurniakan kelapangan dan rezeki olehNYA untuk celebrate birthday they both di Jiboi iaitu rumah parents in-law Mrs. A.

Di samping celebrate birthday Aryssa dan Adik tu parents in-law Mrs. A juga turut mengadakan bacaan tahlil arwah dan doa selamat so we all diminta hadir solat maghrib dan isyak berjemaah di Jiboi. 

wordless wednesday
Cake coklat dibeli oleh Mr. A dan citarasa Mr. A mujur laku keras.
wordless wednesday
Haish! malu-malu pulak birthday boy and girl nih!
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan happy go lucky. Sebagaimana harapan kesemua ibubapa di dunia yang mahukan anak-anak mereka berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak begitu jugalah harapan Mr. & Mrs. A. Semoga Aryssa dan Adik menjadi anak solehah dan soleh yang menyenangkan hati keluarga.

Okay! itu sahaja kisah Wordless Wednesday #102 - Birthday Celebration.


MRS.A my blog my stori ©