MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Achilles Tendonitis

Achilles Tendonitis

As Salam and greetings to dear readers.

Achilles Tendonitis. Apa itu achilles tendonitis? Doktor kata pada Mrs. A "senang faham kita panggil penyakit ini radang tendon ataupun radang sendi". Mrs. A sajalah nak share pasal achilles tendonitis ni sebab Mrs. A yang kena sendiri. Kekdahnya dapat MC dua hari iaitu Wednesday and Thursday, unfortunately Friday kena kerja daa... 

Bagi kes Mrs. A doktor kata penyakit ini disebabkan berkemungkinan Mrs. A terlalu banyak berdiri dan berjalan. Secara tepatnya tak dapatlah nak dipastikan sebab-musababnya. Cos nak kata Mrs. A nih! ahli sukan yang 24/7 berlari, berjalan, melompat dengan menggunakan kaki sepanjang masa tak jugak.

Kalau bernetball itu memang ada tapi itu pun bermusim muaahhhaaaaaa.... Doktor kata "ini saya bagi nama dia cuba you google for more information". Baik doktor nanti saya google.

radang tendon
Motif sangat tunjuk handwriting doktor
Untuk kes Mrs. A ini doktor bagi jel untuk sapu pada tempat yang sakit kemudian tampal dengan pelekat berubat yang doktor bagi tu. Satu lagi doktor bagi ubat makan, untuk urat katanya. Alhamdulillah sehingga entry ini ditulis Mrs. A okay jer... boleh berjalan dan drive keta seperti biasa.

Hasil google barulah Mrs. A dapat gambaran yang lebih jelas apa itu achilles tendonitis. Kalau tengok image yang serius tu uiks! ngeri pun ada. Mujur Mrs. A takdelah sampai tahap nak kena buat surgery. In Sha Allah semoga diri ini sembuh seperti sediakala. Readers pun doa-doakan ya...

Actually bila Mrs. A google ada banyak story berkenaan penyakit achilles tendonitis ini tapi Mrs. A pilih yang KLIK SINI cos Mrs. A tertarik dengan image yang kat bawah ini sama dengan tempat yang Mrs. A sakit tu. 

tendon
Goole image
Okay itu sahaja nak share kisah Achilles Tendonitis. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.

Outing - Palm Mall

Outing - Palm Mall

As Salam and greetings to dear readers.

Outing - Palm Mall. Last Saturday outing bersama Adik dan Aryssa sahaja. Mr. A dan Along dengan hal masing-masing.

Mula-mula bawa Koko jumpa vet di Klinik Veterinar Chinta Qaseh, Garden Avenue, Seremban 2. Mrs.A tak bawa ke klinik yang biasa tu cos vet sana suggest pergi ke sini untuk check yang lebih details. 

Sebelum ini Mrs. A dah survey klinik Chinta Qaseh ini iaitu hari yang sama vet kat klinik biasa suggest ke sini (Sunday last 2 week). Time tu Mrs. A tak tahu langsung kat mana location sebenar klinik ni tapi mujurlah Waze sangat membantu dan sungguh baik la pulak,  menunjukkan jalan dengan tepat sekali. 

Unfortunately klinik closed time tu dah pukul 6.30 petang. Jeng...jeng..jeng... tapi sekarang Mrs. A tak mau citer Koko cos sedihlah... nantilah Mrs. A buat satu post khas untuk Koko the mama cat yang kuat semangat itu sobs...sobss..sobsss.... 

Okay kembali kepada citer outing. Tempat yang menang vote adalah Palm Mall, voting dua berbalas satu. Nasib kaulah dik! tak dapat nak pi main bowling kat Parkson Seremban Prima. Cos Aryssa dengan ibu nak pi Palm Mall nak lunch kat Black Canyon lagiks!

We all choose family set aje senang dan sedap and the most important things berbaloi-baloi.
  
Black Canyon
Family set. Tak ingatlah pulok set A ke B ke C ke D ke. Yang pasti tidak termasuk chicken chop tu
Mexican iced coffee
First time try Mexican Iced Coffee. Ooopsss sorry Mocha terderhaka la pulok!
Adik dan Aryssa all time favorite drink. Termasuklah Along kalau dia ada pun order ni jugak
[google image]
Oleh kerana yang tukang makan tiada maka set yang we all order tu banyak lagi tinggalnya. Sayanglah pulak nak biarkan aje. So we all tapau, balik rumah boleh makan. Selepas puas lepaking kat Black Canyon. Adik dan Aryssa berkira-kira la pulak nak pi nonton movie ke nak pi karaoke.

Amvoiiii... kemain hah! karaoke katanya. Keputusan sepakat depa nak pi karaoke. Okaylah ibu okay aje.... then we all pun "berkaroklah kau" kat Superstar Karaoke. Kepada sesiapa yang tak tahu kat Palm Mall ini ada karaoke tau, sama tingkat dengan GSC Cinema, to be exact sebelah-menyebelah jer...

Superstar karaoke
Google image
Tengok-tengok package mana yang berbaloi-baloi. Kekdahnya Mrs. A pilih package 1 hour with two soft drinks tapi kalau tersyiok boleh tambah masa katanya.

Okay ambil gambar satu dulu WhatsApp kat babah kasi dia jeles ngeh!ngeh!ngeh!

superstar karaoke
Mak kau over!
Actually ini first time we all berkaraoke kat Superstar Karaoke ini pendapat Mrs. A okay dari segi lagu-lagu yang tersedia, sound sistem pun okay dan staff pun friendly. Lagu-lagu variety dan banyak lagu baru. Pastu cara nak pilih lagu pun simple, mudah faham dan sangat cepat. Lain kali boleh datang lagi kita ajak babah pulak ya.... anak-anak, muaaahahhahaaaa dah ibu pulak terlebih excited.

Okay itu saja citer outing di Palm Mall. A quality time with my kids.
Lazada 5th Anniversary Sale

Lazada 5th Anniversary Sale

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada 5th Anniversary Sale. Happy 5th Birthday Lazada Malaysia!!! Okay! oleh kerana today is Wordless Wednesday tak mau cakap banyak jom kita shopping sampai lebam di Lazada 5th Anniversary Sale. Hah! apa!!??? terlepas flash sale 12.00am - 6.00am tadi!? 

Takpe-takpe jangan lupa pukul 12.00 tengahari sampai pukul 2.00 petang nanti flash sale kembali lagi. Jangan lepaskan peluang kedua ini. Jom....jom..... KLIK SINI for SUR?RISE!!!!




Jom kita shopping sampai lebam sempena Lazada 5th Anniversary Sale.
Hari Sindrom Down Sedunia 2017

Hari Sindrom Down Sedunia 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Sindrom Down Sedunia (HDSD) atau dalam bahasa omputihnya World Down Syndrome Day (WDSD). Ha! dear readers tahu tak today iaitu 21 Mac adalah merupakan hari sindrom down sedunia. Actually Mrs. A pun baru aje alert pasal benda ini. Itupun lepas terbaca status FB seorang rakan sekolah yang mempunyai seorang anak sindrom down.

Lebih kurang macam ini statusnya, 'hari ini 21 Mac adalah hari sindrom down sedunia, let's create awareness 😊 Help me to share please! Tq.'

sindrom down
Google image
Walaupun rakan sekolah Mrs. A ini mempunyai anak sindrom down tapi salute sangat dengan dia cos tidak langsung berasa malu macam sesetengah orang yang sorok anak mereka yang ada sindrom down. 

Rakan sekolah Mrs. A ini rajin aje bawa MS bersama-sama di mana-mana majlis ataupun time we all get together. MS pun dah terbiasa bergaul mesra dan kadang-kadang we all pun dah tak dapat nak bezakan sangat yang dia tu sebenarnya sindrom down. 

Lagipun rakan sekolah Mrs. A tu hantar MS ke sekolah pendidikan khas jadi kekdahnya MS memang dah terbiasa bersosial dan agak pandai berdikari.

Dari apa yang Mrs. A baca hari sindrom down sedunia ini telah ditetapkan pada 21 Mac oleh Lembaga Down Sindrom International dan jugak WHO buat pertama kalinya pada tahun 2006. Kemudian pada tahun 2012 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah secara rasminya menetapkan peringatan Hari Sindrom Down Sedunia adalah pada 21 Mac setiap tahun.

Di Malaysia tahun ini sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2017 akan diadakan di Melaka. 

Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2017
Down Syndrome Awareness Because It Matters
Kepada ibubapa terpilih yang mempunyai anak-anak sindrom down tidak perlu sorokkan mereka cos sejarah telah membuktikan walaupun berbeza tetapi mereka mempunyai kemampuan luarbiasa yang orang biasa pun tidak mampu lakukan seperti jaguh-jaguh PARALIMPIK negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhamad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Nor Ismail..

Okay itu sahaja nak share cerita  let's create awareness Hari Sindrom Down Sedunia 2017

Lilo The Cat Di Manakah Dikau?

Lilo The Cat Di Manakah Dikau?

As Salam and greetings to dear readers.

Lilo the cat di manakah dikau? Sobs..sobs..sobs... dah hampir seminggu Lilo hilang dari radar tak tahulah apa nasib dia ntahkan hidup ntahkan mati. Dah puas kids dan Mrs. A cari-cari keliling taman namun bayang Lilo sedikit pun tak jumpa.

Pada petang Selasa 14032017 sewaktu Mrs. A balik kerja, Mrs. A dah perasan Lilo tak sambut pun Mrs. A balik seperti biasa tu bila nampak aje kereta Mrs. A seberang jalan dia dah tergedik-gedik berlari arah Mrs. A. Dalam hati dia kat belakang kot.

Kemudian time senja sebelum solat magrib, time Mrs. A nak bagi kekucing makan tengok Lilo takde. Bila tanya kids mereka kata petang tadi ada. Malam tu panggil-panggil pun dia tak balik. Nak sedapkan hati sendiri kejap lagi baliklah tu. Dah tengah malam takde pagi pun takde huwaaaaaaaaa.... waaaa.... mana Lilo nih!?

Lilo the cat
Lilo tengah syok tidur atas tembok
Walaupun Mrs. A banyak kucing tapi setiap kekucing itu ada keistimewaan mereka yang tersendiri. Perangai unik masing-masing akan buatkan kita teringat-ingat setiap seekor dari kekucing itu. Hanya pencinta kucing yang memahami. Kiranya ini adalah kali kedua kucing yang Mrs. A berikan nama Lilo hilang.

Lilo yang pertama dulu pernah Mrs. A ceritakan kisahnya SINI kemudian dapat pengganti Lilo junior yang hilang sekarang baca SINI.

Lilo the cat di manakah dikau? Tak tahulah macam mana dia boleh hilang. Cos dia bukanlah jenis kucing yang suka merayap jauh-jauh tak macam Marble dan Midnite yang kaki rewang tu. Paling jauh pun dia main seberang jalan. 

Lagipun banyak kenangan Mrs. A dengan Lilo junior nih! dia pernah sakit teruk hampir seminggu time tu ingatkan dia dah takde harapan hidup sebab dua hari lembik tak mahu makan minum air mata keluar air hidung keluar struggle jugaklah bagi dia makan ubat time tu.

Lilo the cat
Kenangan bersama Lilo ke vet without 'carrier'
Ada sekali tu time bawak dia pergi klinik cos dia sakit selsema tak silap sekalilah plannya ambil Koko bawa balik lepas kena spayed 'carrier' pulak satu aje letak Koko dalam 'carrier' si Lilo tu lepas bebas aje dalam kereta punyalah dia tak senang diam mengiau-ngiau ke depan ke belakang. 

Pastu dia tetiba senyap kat bawah seat driver. Bila adik tinjau tengok-tengok hah! amik kau dia pi berak kat dalam kasut Mrs. A. Elok aje tak kena kereta langsung semua masuk dalam kasut. Terbarai ketawa Adik dan Aryssa gelakkan Mrs. A kasut kena berak. Huhuhuuu.... kenangan betullah.

Lilo the cat di manakah dikau? Ibu rindu dan risaukan Lilo sobs...sobs...sobs... Actually kucing Mrs. A yang nama Pondot (sebaya Lilo) pun dah pernah hilang baru-baru ini tapi itu Mrs. A tahu ada orang ambil. Cos aunty seberang jalan depan rumah tu nampak ada sekali tengahari, aunty tu nampak kereta berhenti pastu cepat-cepat dia ambil Pondot bawak masuk dalam kereta dan berlalu pergi. 

Mrs. A pasrah ajelah cos bersangka baik yang mereka itu suka kat Pondot ialah kalau dah suka mestilah mereka sayang dan jaga elok-elok kan!? Cuma Mrs. A sedikit ralat sobs...sobs...sobs....kenapa mesti ambil dengan cara begitu? Kalau nak mintalah dari tuannya ini. In Sha Allah Mrs. A bagi sahaja kerana Mrs. A percaya mungkin Pondot lebih disayangi oleh mereka yang tiada kucing itu. Lagipun Mrs. A gunapakai prinsip #dontshopadopt.

Tidak kiralah di mana pun Lilo the cat berada Mrs. A sangat berharap yang dia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Allah knows best.

Okay! itu sahaja nak share kisah Lilo The Cat Di Manakah Dikau?

Lazada Surprise Holiday Giveaway  #325386618

Lazada Surprise Holiday Giveaway #325386618

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada Surprise Holiday Giveaway #325386618. Pasti ramai dikalangan blogger yang telah sedia maklum Lazada akan sambut birthday yang ke 5 tahun. Apa!! tak tahu lagi!!?? Kalau masih tak tahu lagi silalah rajinkan diri check website Lazada ataupun FB Pages Lazada ya.... dear readers.

Bersempena dengan birthday Lazada yang ke 5 tahun ini jugak macam-macam contest dan giveaway yang laman web shopping online ini telah sediakan. Mrs. A pun tak mahu ketinggalan untuk rebut peluang yang telah disediakan ini. Jom kita shopping di Lazada kemudian bolehlah kita join Surprise Holiday Giveaway.

Lazada
 #325386618 
Meh! baca details Giveaway tu yang Mrs. A #copy&paste no edit-edit dari FB pages Lazada.

[CONTEST] WIN Flight Tickets* to 5 secret holiday destinations from the 13th to 24th of March! In conjunction with our upcoming 5th Birthday Surprise sale, Airasia is joining the party and you’re invited!

Wanna know where you could go? That’s a SURPRISE! We will reveal each location separately below every few days until the contest period ends. So, make sure you keep an eye on this contest post!
Holiday Destinations include:
1) 2x Tickets to Singapore (winner selected!)
2) 2x Tickets to Ho Chi Minh (winner selected!)
3) 2x Tickets to Bangkok
4) 2x Tickets to ????? (To be revealed on 20th March 2017)
5) 2x Tickets to ????? (To be revealed on 23rd March 2017)


*Flight tickets will be awarded as equivalent Airasia BIG points.

Steps to participate:
1) Purchase any item (Order) on Lazada during the contest period.
2) Comment the Order number in the comments section of this post.
3) Share the post to increase your chances of winning.

We will announce ONE (1) winner every few days until the 24th of March. So keep those order number coming till the end!
Check out all our other contests right here >>http://bit.ly/PartyGamesArena
#lazadamy #LazadaSurpri5e

TERMS & CONDITIONS

1) This contest starts on 13 March and ends on the 24 March 2017 11:59 PM (contest period).

2) Prizes are equivalent Airasia BIG points in sets of TWO (2) return flight tickets to FIVE (5) travel destinations to be revealed in accordance to dates given in contest brief.

3) FIVE (5) winners respectively will be announced on the following dates on Facebook: 14th, 17th, 20th, 23rd, 27th March 2017. Prize winner(s) will be contacted via email and/or mobile phone within 15 working days after end of contest period.

4) In order to be eligible to win, contestants must follow steps 1 and 2 as described above. 

5) Among all entries, Lazada will, in its sole discretion, select the Prize winner(s) from eligible entries at random.

6) Contestants may increase their chances of being randomly selected by sharing the contest post. Each share increase the contestant(s) chance by ONE(1) extra entry.


7) Should the submitted contest winning Order of the contest winner(s) be cancelled by the contestant within 14 days after purchase, the contest entry is deemed ineligible. 

8) If the selected winner(s) (or any substitute winner) is ineligible, cannot be reached upon receiving the Notification, that winner (or substitute winner) will forfeit the Prize and it will be awarded to a substitute winner. If, having attempted to contact a winner and a substitute winner, Lazada is unable to award a Prize, Lazada reserves the right to consider the Prize unclaimed.

9) Lazada reserves the right to change the T&C or cancel any promotions at any time and without notice.

10) The above terms and conditions are supplemental, and apply in addition, to the Lazada Malaysia standard terms and conditions, which can be viewed here: http://www.lazada.com.my/terms-of-use/


Okay! itu aje detailsnya, sharing is caring Lazada Surprise Holiday Giveaway #325386618. Mrs. A sudah anda bila lagi?

Kejohanan Pencak Silat

Kejohanan Pencak Silat

As Salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Pencak Silat anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan (PSSGMNS). Kejohanan Pencak Silat ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari hari Jumaat 10 Mac 2017 hinggalah Ahad 12 Mac 2017.

Tidak berapa lama dulu Mrs. A pernah share kisah Adik masuk pertandingan silat anjuran pertubuhan silat Mega Cemandee untuk selection ke pertandingan inilah, ceritanya di SINI. Walaupun time itu Adik tidak terpilih tetapi ntah bagaimana disaat-saat akhir namanya tersenarai la pulok! Alhamdulillah.

Anjuran PSSGMNS
Kejohanan Pencak Silat anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan
Actually Mrs. A confused mana satu istilah yang tepat Pencak Silat ataupun Silat Olahraga. Dari apa yang Mrs. A faham melalui pembacaan adalah, silat olahraga itu adalah salah satu cabang dari Pencak Silat.  Haish!! tak kisahlah nak panggil apa pun silat olahraga ke, pencak silat ke, pencak silat olahraga ke, yang penting kau bersilat dengan cara yang betul mengikut undang-undang.

Oleh kerana Adik dan cousinnya Imran tiada perlawanan pada hari pertama tu kekdahnya Saturday morning barulah we all datang ke IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai tempat Kejohanan Pencak Silat berlangsung.

Anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong
Pagi-pagi sampai haruslah dengar briefing dulu ya anak-anak
Pagi-pagi hari sewaktu nak ke IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai tu telah berlaku sedikit drama. Ini semua gara-gara Mr. A tulah tak baca betul-betul WhatsApp arahan jalan ke sana sebagaimana yang telah ditunjuk ajar oleh mereka-mereka yang telah sampai ke sana pada hari Jumaat tu.

Katanya lebih mudah ikut Gadong Jaya, We all pun ikutlah Gadong Jaya dan terus aje mencari Bandar Enstek sepertimana yang ditunjukkan oleh pakcik Waze. Pusing-pusing keliling tak jumpa-jumpa. Sekolah Bandar Enstek adalah pastu tanya orang yang tengah jogging. haish poyo!! lak hai orang tu siap berlari pusingkan kereta we all kononnya tak nak stop berlari pastu jawapan macam hampeh! sorry saya pun tak tahu sebab saya ni hantar anak main ragbi je kat sini. choii!!! sabar yolah.

Kemudian jumpa pulak Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat tanyalah kat pak guard tu... Adoi apalah malang tak tahu cakaplah tak tahu tunjuk sana, sini, situ last sekali cakap saya orang Kelantan bang. Ko rasa!!!

Dipendekkan cerita sewaktu singgah di Petronas Bandar Enstek tu untuk isi minyak mujur berjumpa dengan orang yang tahu. Katanya dah terlajak jauh kalau cakap Bandar Enstek memang sini bang tapi tempat tu kalau ikut kita-kita ni, kita panggil Labu nun kat LBJ sana. Demi mendengar aje LBJ terus berdesup Mr. A dah boleh agak tempat tu kat mana. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Di kawasan berdekatan ini jugak senang kata jalan yang sama terletaknya Kolej Tunku Khursiah (TKC) yang baru dan jugak Institut Aminuddin Baki (IAB) bila dah terjebak ke sini barulah Mrs. A tahu.

Okay biarlah gambar berbicara.

Suasana di dalam Dewan Serbaguna yang dijadikan gelanggang ada tiga kesemuanya Gelanggang A, B dan C
Adik dan cousinnya Imran
Imran (sudut merah)  ready to fight
Hari ketiga sebelah petang berkumpul untuk acara penyampaian hadiah 
Piala pusingan dan medal emas, perak dan gangsa

Ini dah otw balik Mama belanja McD kat Getaway katanya
Adik menang hadiah disampaikan oleh Pak Abu
Kasi chances la Mrs. A pun nak enter frame jugak. Ini hari kedua on Saturday. 

Di sekolah on Monday tu diadakan pula penyampaian sijil untuk mereka yang terlibat
Actually hari penyampaian hadiah tu Mrs. A tak dapat datang pun. Mr. A pun hantar aje mujurlah ada Kaklong (biras Mrs. A) so kita tumpangkan anak-anak balik ikut Kaklonglah ya.... 

Alhamdulillah semua anak-anak dan guru-guru selamat tiada yang cedera dari team Mega Cemandee. Walaupun ada kecederaan dalam pertandingan silat tu tapi adatlah sikit-sikit ajepun takdelah sampai cedera parah. Lagipun doktor dan jururawat ada disediakan. Sebelum masuk pertandingan inipun peserta telah diminta untuk buat medical check-up terlebih dahulu.

Kejohanan Pencak Silat anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan ini adalah terbuka kepada semua sekolah-sekolah dan pertubuhan silat di Negeri Sembilan. Tapi ada jugak Mrs. A nampak penyertaan daripada Uitm Alor Gajah. Mungkin sempadan agaknya kot.

Kejohanan yang ini adalah lebih teratur bebanding dengan Kejohanan Silat Terbuka Rembau dahulu. Cerita baca SINI.

Tahniah Mrs. A ucapkan kepada anak-anak yang terlibat dan tak lupa juga berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada guru-guru silat serta guru-guru SKKGV. Tahniah juga buat semua guru-guru terbabit.

Okay! itu sahaja kisah Kejohanan Pencak Silat. Akhir kata majulah sukan silat untuk negara.

MRS.A my blog my stori ©