MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Wordless Wednesday #1/2020 - Happy vs unhappy

Wordless Wednesday #1/2020 - Happy vs unhappy

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #1/2020. Posting pertama WW di tahun 2020 so Mrs. A pun resetlah jadi #1/2020.

Wordless Wednesday #1/2020 dalam bahasa kita maknanya Rabu Tanpa Perkataan tapi maafkanlah posting ini sedikit durhaka ya yang banyak je perkataannya muahahhaaaa....



Apa itu Wordless Wednesday (WW) atau Rabu Tanpa Perkataan boleh baca [SINI]


MRS. A JOIN PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN

MRS. A JOIN PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join Pencarian Blog List Pertama Elly Matin. Tertarik nak join segmen ini cause syarat-syaratnya sangat mudah selain daripada kena tepek gambar banner segmen macam kat bawah ni.

Pencarian Blog List Pertama Elly Matin.

Pencariab blog list pertama Elly Matin
KLIK
Blogger yang join juga diminta tepek gambar lipstik kegemaran masing-masing hiks! comelkan syarat yang kena tepek gambar lipstik kegemaran ni? Actually Mrs. A pakai je macam-macam jenis lipstik tapi kalau jenis matte, suka matte lipstik jenama Mac macam gambar kat bawah ni. Cause bibir Mrs. A sejenis kering so bukan semua jenis matte lipstik Mrs. A sesuai. Lama dah beli tu dah tinggal sikit pun huhuhuhu...

PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN
Velvet Teddy B18
Buat readers yang nak join juga segmen Pencarian Blog List Pertama Elly Matin ni bolehlah klik banner di atas untuk ke blog beliau untuk mengetahui syarat-syarat yang lebih details.


Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last. Selepas subuh pagi second day the boys semua tidur balik. Mrs. A dengan Aryssa pergi morning walk kat sekitar hotel sementara menunggu the boys bangun nak pergi breakfast. Jom layan cerita bergambar.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Morning walk sekitar Hotel Mutiara Johor Bahru
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Gigih ha nak bagi nampak signboard Mutiara
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Ha jumpa pun swimming pool yang dicari-cari lepas breakfast terus nak swimming katanya
Dah puas jalan-jalan we both pun naik bilik kejutkan the boys nak pergi breakfast ialah lambat sangat nanti coffee house closed pulak for breakfast kan....

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Drink station pilih je mana nak
Selepas breakfast apa lagi seperti yang depa dah plan pergi swimminglah. Mrs.A pun layankan ajelah. Mrs.A tak mandi pun tengokkan depa je al-maklumlah pool ni dalam.

Poolnya biasa-biasa aje tapi dalam jugaklah
Lama jugak depa mandi-manda tu samapi nak dekat lunch hour gittew. Kemudian naik bilik terus lunch kat bilik je cause babah dah tapau siap-siap pastu tidur sampailah ke waktu nak berangkat ke Stadium Pasir Gudang untuk ke perlawanan persahabatan bola sepak ex-Msia U16 '88/'90 dengan team veteran ex-Johor.

Selepas maghrib semua players and family diminta berkumpul di lobi hotel. Sebelum gerak tu haruslah snap-snap dulu sebagai kenang-kenangan di masa hadapan ha gittewww...

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Mrs. A dengan Aryssa je ada jersi nih! Along dengan Adik takde huhuhuuu...
Yang diambil gambar sama ramai dengan yang tukang snap hiks!
Kamilah team Ex-Malaysia (u16 '88/'90)
Free style!!! 
Dari hotel Mutiara Johor Bahru ke Stadium Pasir Gudang tu we all disediakan bas uols! Memang meriah sungguh dapat naik bas ramai-ramai ngeh! ngeh! ngeh!

Naik...naik..naik... hahhaaa...
Muka-muka tak sabar nak naik bas ngeh! nghe! ngeh!
Family duduk belah depan, players duduk belakang. Kecoh betul dalam bas macam bebudak sekolah fiil memasing
 Dekat -dekat nak pukul 9.00 malam cenggitu we all pun samapi kat Stadium Pasir Gudang. Team veteran ex-Johor sedang warming-up time tu.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Gambar blurr snap dari jauh jer...
Sementara they all warming up tu. We all pun ambil kesempatan bergambar di Stadium Pasir Gudang ialah bukan selalu datang eh! ini pertama kali kot Mrs. A menjejakkan kaki di Stadium pasir Gudang ni.
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Ha! nampak tak tu 'Stadium Pasir Gudang'
Seat untuk players away
Aryssa pun nak jugakkkk...
Anak dan bapak
Lebih kurang dalam pukul 9.15 malam barulah games dimulakan. Alhamdulillah cuaca malam tu sangat baik. Games friendly team Mr. A nih! sepeti biasalah drag sampai ke 3rd quater barulah puas katanya. Siapa yang menang??? Hurmm... cer readers teka? Teka dulu nanti Mrs. A bagi tahu ya...

Selepas dah habis games tu ada pulak sesi makan-makan family dan players semua. Selepas dah makan-makan tu barulah gerak balik semula ke hotel. On the way  nak balik hotel tu ada pulak permintaan singgah sebentar di Stadium JDT yang baharu sahaja dirasmikan tu. Time sampai kat stadium tu Mrs. A dan kids tak turun pun masing-masing ketiduran ialah time tu dah jauh malam pun lagipun we all dah bergambar 1st day lagiks! Lebih kurang pukul 1.00 pagi cenggitu alhamdulillah bas sampai ke hotel dengan selamat. 

Day 3 and last pagi-pagi tu lepas solat subuh tidur semula. Kelewatan sungguh nak turun breakfast tapi mujurlah masih sempat cumanya punyalah asyik sangat breakfast sampai staff coffee house reminder 15 minit lagi tamat waktu breakfast muahahaaaa....

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Day 3 a.k.a last day di Hotel Mutiara Johor Bahru
Wefie terakhir di coffee house Mutiara hotel Johor Bahru semoga ketemu lagi next time. InSyaAllah
After breakfast tu Mrs. A terus aje naik bilik untuk packing barang-barang, Kids pulak sempat pergi swimming sekejap. Mr. A pulak pergi membawang dengan kawan-kawan dia. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari macam tu we all pun check-out dah. Walaupun plannya nak ke taman tema Hello Kitty dan yang berdekatan dengan taman tema tu tapi cancel la pulok. Angin je kids huhuhuuu... Cancel sebab cuaca hujan lagipun babah ea lotih koba ea.

Sementara tunggu babah amik kereta
Sepanjang perjalanan balik tu hujan jer... pastu dah 1 jam perjalanan tukar driver cause Mr. A mengantuk la pulak. So Mrs. A pun drive sampai ke R&R mana ntah tak ingat tapi dah lepas Restoren Jejantas Air Keroh dah untuk melepaskan hajat masing-masing dan tukar driver semula. Syukur Mr. A dah segar semula so lebih kurang pukul 7.00 malam alhamdulillah we all pun selamat sampai rumah. Sebelum tu sempat singgah makan dulu kat Pedas. Ntah macam mana Mr. A pilih  exit tol Alor Gajah pun Mrs. A confused.

Tahu tak apa yang pertama Mrs. A cari dan kira dulu ngeh! ngeh! ngeh! semestinyalah kucing-kucing Mrs. A. Alhamdulillah cukup bilangan semua. Terima kasih jiran sebelah to be exact abang Gaza cause sudi tolong tengok-tengokkan dan bagi kucing-kucing Mrs. A makan sewaktu Mrs. A sekeluarga holiday. Tapi dah pindah ni tak tahulah macam mana nanti. Okay nak tahu tak jawapan kepada siapa yang menang tu jeng..jeng..jeng pemenangnya adalah veteran ex-Johor heheheee... Okay tamat kisah yang panjang lebar nih! sekian.



Along dan Keputusan SPM 2019

Along dan Keputusan SPM 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Along dan Keputusan SPM 2019. Seperti yang kita sedia maklum keputusan SPM 2019 dah pun diketahui semalam. Kiranya debaran anak-anak yang tunggu result SPM tu dah pun tamat erm... bukan setakat anak-anak je mak-mak pun sama jugak berdebar.

Semalam Along pergi ambil keputusan dia tu sendiri-sendiri je mak/paknya tak pergi pun huhuhuu... lagipun Along yang cakap dia nak ambil keputusan dengan kawan-kawan dia. Ibupun okay jer... lagipun bila difikirkan balik masa zaman Mrs. A kecik-kecik dulu sama je pergi ambil result exam semua pun sendiri-sendiri je dengan kawan-kawan tak macam zaman la... nih! mak/pak yang over eh! ialah zaman dah berubahkan yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita tak payahlah ikut ha giteww...

Amvoiii panjangnya intro walhal nak cerita keputusan SPM je pun. Alhamdulillah syukur ya Allah keputusan SPM Along sangat menggembirakan mak/paknya. Tahniah! Along ibu happy dengan result Along tu tak kisahlah walaupun tak dapat banyak A tapi ibu tetap bersyukur dan happy. Tak sangka sangat keputusan Along lebih dari expectation ibu.

Along dan Keputusan SPM 2019

Along dan Keputusan SPM 2019
Gambar ni Mrs. A screenshoot dari WA status Along hiks! 
Tahniah! Along dan kawan-kawannya. Terima kasih yang tak terhingga buat cikgu-cikgu yang sudi mengajar Along dengan kelas-kelas tambahan. Kelas tambahan di sebelah petang dan juga kelas tambahan malam di rumah cikgu. Begitu juga dengan cikgu tuisyen Along terima kasih banyak Mrs. A ucapkan budi kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Along lepas ni kena fikir masak-masak nak sambung belajar bidang apa yang dia betul-betul minat ibu dan babah akan tetap support dari segala segi. InSyaAllah.

Tahniah juga Mrs.A ucapkan buat anak cousin Mrs. A dan juga anak-anak kawan-kawan yang sama-sama ambil keputusan SPM 2019 semalam. Terimalah seadanya apa juga keputusan anak-anak kita tak perlu kecewa dan frust sangat jika keputusan tidak seperti yang kita harapkan pasti ada hikmah disebaliknya.



Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1. Sebelum ini kat [SINI] Lama betul entry nih! pending kat draft sampaikan Mr. A dah pergi ke Langkawi dah untuk perlawanan persahabatan bola sepak ex-Msia U16 pembuka tirai 2020 hahahaa... Okaylah sebelum hilang ingatan Mrs. A gigihkan jugaklah untuk siapkan entry yang tertangguh dari awal bulan Disember tahun lepas. Disebabkan time tu musim cuti sekolah so kekdahnya Mrs. A dan kids pun ikut sekali kiranya sambil Mr. A main bola sambil we all ikut bercuti.

Gerak dari Seremban adalah pada hari Jumaat 6 Disember sebelah petang selepas solat Jumaat. Gerak santai-santai je takdelah rushing pun. Perlawanan persahabatan dengan Ex-Johor tersebut telah diadakan pada hari Sabtu malam di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1.
JDT kami datang ngeh! ngeh! ngeh!
On the way tu singgah tea-break di Restoren Jejantas Air Keroh, Melaka makan KFC je...

Haish! saja je si Aryssa tu tau buat photo bomb
Dalam perjalanan tu cuaca tak menentu sekejap panas, sekejap mendung dah dekat-dekat nak sampai tu pulak hujan renyai-renyai kebetulan kalau tak salah time tu memang musim hujan. Lebih kurang pukul 6.30 petang we all pun selamat sampai ke destinasi iaitu di Hotel Mutiara Johor Bahru. Semua team Ex-Malaysia stay dan check in kat sini cuma tingkat je berbeza-beza. Alhamdulillah terima kasih orang JDT meriah sambutannya.

Along dan babahnya #antisosial
Disemberlah katakan haruslah ada pokok krismas di mana-manakan.
Lepak-lepak kat lobby sambil tunggu yang lain-lain sambil tunggu room key jugak
Room we all twin sharing kat tingkat 10 tapi tulah lupa pulak nak snap gambar bebanyak cause Mrs. A lebih asyi duk buat video.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1.
Room 1009 Mr and Mrs A 
Room 1007 Along, Aryssa dan Adik
Malam tu keluar pergi dinner sendiri-sendiri jer... tapi tak ingat pulak apa nama restoren tu on the way balik tu singgah kat Stadium JDT yang masih dalam pembinaan pada masa tu. Tapi sekarang ni dah siap dan dah rasmi pun memang gah dan sangat menarik.

Adik pun nak bergambar time ni selalu tu payah suruh bergambar
Alahai sedih! gambar blurrr...
Dah puas ronda-ronda malam tu we all pun balik hotel lagipun dah letih seharian berjalan-jalan so mata pun dah tak larat nak bukak fikir nak balik bilik dan merehatkan badan jer... so later Mrs. A sambung lagi day 2 pulak ya huhuhuhu....

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1.

Sempatlah snap seketul dari dalam kereta Mutiara Johor Bahru.



Tahniah! Terima Menantu

Tahniah! Terima Menantu

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Tahniah! Terima Menantu. Tahniah Mrs. A ucapkan buat officemate Mrs. A yang baharu sahaja terima menantu sulung. Unik tarikh yang depa ni pilih iaitu 29 Februari 2020. Nampak gayanya pengantin akan celebrate anniversary empat tahun sekalilah ya muahahahaaaaa....

Wedding diadakan di Laman Puteh Seremban 2, hiks! dewan yang dibelakang office we all tu aje so memang confidentlah kalau Mrs. A nak drive sendiri al-maklumlah Mr. A time ni pergi Langkawi. Mulanya nak pergi bertiga cause Along awal-awal dah kata tak nak ikut, tapi Adik last minit tak jadi pergi kekdahnya Mrs. A pergi dengan Aryssa. Sengaja pilih datang lewat iaitu selepas zohor sebab plan nak borak-borak dengan maksu pengantin yang merupakan kawan sekampung Mrs. A dan jugak a childhood friend ha! gitteww... Ini kira nephew dia yang seorang lagi punya wedding dulu nephew yang lain [SINI]

Tahniah! Terima Menantu


tahniah-terima-menantu
Selepas makan wefie seketul nak tunjuk kat babah
Walaupun ada satu lagi wedding officemate di Mambau tapi yang itu Mrs. A tak pergi pun cause tak confident nak drive huhuhuuuu... maaf ya, abang meter reader Mrs. A tak dapat datang. Tapi menurut cerita ex-officemate Mrs. A yang pergi sana dahulu kemudian ke wedding yang ni rumah abang meter reader tu meriah habis ramai sungguh tetamu yang hadir.

Tahniah! Terima Menantu


tahniah
Bapak pengantin, baju purple ex-officemate (sekarang dah jadi orang gomen)
tahniah
Maksu pengantin kami sebaya hehehee...
 Mak pengantin (duduk) pun officemate jugak tapi base tempat lain.
Sajalah nak habaq ni parents pengantin lelaki tu both adalah officemate Mrs. A cuma base tak sama seorang kat HQ seorang kat branch. Alhamdulillah Mrs. A doakan semoga pengantin berbahagia hingga ke Jannah. Tahniah sekali lagi Mrs. A ucapkan buat kak H dan abang M dah dapat menantu mesti seronok, lepas ni timang cucu pulak eh!

Terima kasih atas jemputan seronok dapat jumpa seluruh ahli keluarga teringat nostalgia zaman kecik-kecik dulu selalu datang rumah depa main galah panjang. Semoga ukhwah yang terjalin akan selalu manis-manis sahaja sampai bila-bila. InSyaAllah. Okay itu sahaja kisah tahniah! terima menantu.



Sekelip Mata

Sekelip Mata

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Sekelip Mata macam-macam kejadian telah berlaku. Sekelip mata keadaan telah berubah. Begitulah kalau Allah mengkehendakiNYA tiada satu kuasa pun yang mampu menghalang. Eh! apa kau nak citer ni Mrs. A hoi! hahaha.... macam kisah politik tanah air la pulek! Oh! tidak cerita pasal politik umpama mencari nahas. Baik jangan. Sajalah nak mencoret sepatah dua kata kat blog picisan Mrs. A nih! al-maklumlah dah seminggu Mrs. A tak up-date blog itu yang rindu nak bermonolog dengan diri sendiri tu.

Sekelip mata ada officemate memperkenalkan jagung delima madu. Katanya ini pertama kali percubaan pakciknya menanam jagung delima madu di tanah adat di daerah Rembau telah mengeluarkan hasil. So siapa nak boleh order 3 tongkol RM10.

Sekelip Mata.
sekelip-mata
Makan mentah macam tu aje pun sodappp...
Sekelip Mata kucing Mrs. A yang manja terlebih yang nama Damak tu dah pergi meninggal Mrs. A buat selama-lamanya. Ini jugaklah antara sebab Mrs. A takde mood nak menulis sedih sangat-sangat hati jadi tak keruan, fikiran melayang-layang.

Sekelip Mata 
sekelip mata
 Damak pergi buat selama-lamanya sebab dia tak nak susahkan ibu lagi sobs...sobs..sobs...
Sekelip mata 25 Februari 2020; 12.32 tengahari dapat WhatsApp dari Mr. A time tu Mrs. A tengah kerja. Allahu sedihnya tak boleh bawak bincang tapi Mrs. A pilih tak nak ingat, tak nak sedih sekarang nih! so lain kalilah Mrs. A buat entry khas untuk Damakthecat. 




MRS.A my blog my stori ©