Happy Birthday To Me - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Happy Birthday To Me

26 Jun 2025

Happy Birthday To Me

Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday To Me. Kisah campak belakang pada 30 Mei yang lalu. Sambutan kecil-kecilan dari  group WhatsApp Gojes (ganglunch) dan juga family Mrs.A😘. Alhamdulillah bertambah usia Mrs. A setahun lagi syukur masih dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat tubuh badan serta akal fikiran.

Kiranya pada Jumaat 30 Mei tu ada dua majlis sambutan. Pada sebelah siang time lunch hour Mrs. A diraikan sekali bersama seorang lagi gang Gojes yang paling bongsu iaitu Qiera. Birthday Qiera sehari sebelum Mrs.A iaitu pada 29 Mei, by the way we both are Gemini gittewww...

Happy birthday to me by Gojesrian. 

Happy birthday
Lunch hour sambil celebrate birthday Q dan Mrs.A di The Urban Affair, Dataran Centrio S2

Happy birthday
Terima kasih semua yang meraikan we both terharu

Happy birthday
Happy birthday to me & Qiera

Pada mulanya gang Gojes nak celebrate birthday Qiera pada hari Khamis 29 Mei tu tapi sebab lunch hour masanya pendek itu yang ubah ke hari Jumaat dan celebrate sekali dengan birthday Mrs. A 😘

Happy birthday to me by The A Family.

Pada Jumaat petang sesampai di rumah Mrs. A takdelah expectation apa-apa. Cuma bila masuk aje dalam rumah nampak ada sate tapi takde pulak kek. Mrs. A pun buat macam biasa naik atas masuk bilik mandi dan rutin selalunya selepas Isyak baru turun semula ke bawah. Kekdahnya sewaktu Mrs. A turun selepas Isyak tu tengok eh! dah ada kek.

Happy birthday
Potong-potong kek barulah besday hehheee 😂

Alhamdulillah terima kasih kesayangan semua 

Terima kasih juga kepada semua keluarga, sahabat, officemate, rakan-rakan di media sosial FB dan IG yang telah mengucapkan selamat dan doa yang baik-baik buat Mrs. A. InsyaAllah semoga doa yang baik-baik akan berbalik jua kepada kalian semua.


3 ulasan:

  1. Happy belated bestday buat Mrs.A.. semoga yang baik2 untukmu..aamin

    BalasPadam
  2. Belated Happy Birthday Mrs A 🎈
    Semoga diberi kesihatan yg baik, luas rezekinya serta bahagian selalu hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©