Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

2 April 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H. Tak sempat lagi nak buat post berbuka puasa dan  pra-raya photo shoot know know dah 3 Syawal 1446H ngeh! ngeh! ngeh! Takpelah posting tu kalau rajin Mrs. A buat lain kali sajalah ya campak belakang pun boleh kan? 😑😑😑

Di kesempatan ini Mrs. A nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta mohon maaf zahir dan batin seandainya sepanjang berblog ada readers dan juga rakan-rakan blogger yang tersakiti.

Selamat Hari Raya
Selamat hari raya Aidilfitri dari Mrs. A sekeluarga.
Tema kami tahun ini merahnya makngah 😍

Raya tahun ini Mrs. A tak ambil cuti tambahan pun sebabnya ikut Aryssa anak Mrs. A yang sedang internship tu tidak dapat bercuti kerana perlu memberi laluan kepada kakitangan senior untuk bercuti. Kekdahnya hari ini Mrs. A dah mula bekerja huhuhuuu...

Kepada rakan-rakan bloggers yang masih bercuti raya selamat hari raya Mrs. A ucapkan dan stay safe walau di mana jua berada. Semoga amalan kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi masih lagi diamalkan untuk mengeratkan lagi ukhwah dan talian persaudaraan sesama kita. InsyaAllah.

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

13 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya buat Mrs A sekeluarga...
    Maaf andai ada tersalah kata ye...
    Anak buah PH pun Raya ke2 dah balik KL, hari ni dah kerja semula. Almaklumlah intern juga :D

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin. Cie masih cuti raya. 7/4 baru naik kerja.

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Mrs. A
    Balik Lubok China tak......

    BalasPadam
  4. Salam Lebaran 2025. Garang tema tahun ni. 😱

    BalasPadam
  5. salam syawal Mrs A! waahhhh merah makngah! cantik terang merahnya hehehe! salam aidilfitri & Ana mohon maaf andai ada terkasar bahasa spnjng berblog dgn Mrs A ye :)

    BalasPadam
  6. Selamat hari raya idul Fitri kak 🎉. Minal Aidin walfaizin... Saya juga minta maaf lahir bathin jika ada komentar saya yg kurang berkenan selama ini yaaa 🤗🙏

    BalasPadam
  7. selamat hari raya maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  8. Selamat hari raya, Mrs. A. Maap zahir batin, ye. :)
    Cantik baju raya merah makngah.

    BalasPadam
  9. Salam Aidilfitri buat Mrs. A..
    Samalah Sha pun tak ambil cuti tambahan..
    Selamat kembali berkerja..

    BalasPadam
  10. مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن sama laa kiteee tahun ni #teammerahmakngah ;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori © 2025