Covid19: Ujian Kendiri Positif. - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Covid19: Ujian Kendiri Positif.

11 Mac 2022

Covid19: Ujian Kendiri Positif.

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Covid19: Ujian Kendiri Positif. Semenjak bermulanya Covid19 dan bermulanya PKP lebih kurang pada bulan Mac 2020 yang lalu Mrs. A boleh dikatakan tergolong didalam mereka yang bertuah. Ketika officemate diarahkan pulang ataupun diminta membuat swab test disebabkan samada kontak rapat ataupun mereka sendiri yang positif  covid19, Mrs. A langsung tidak pernah tergolong didalam kategori tersebut.

Ketika lunch bila mana officemate berbual pengalaman masing-masing pergi swab test. Mrs. A hanya mendengar, begitu juga ketika bertemu kawan-kawan sekolah dan sedara-mara di majlis tertentu Mrs. A masih  lagi hanya mendengar dan bila mereka beertanya pada Mrs. A alhamdulillah aku masih dilindungiNYA tak pernah rasa kena swab lagi dan kalau boleh mohon dijauhkan.

Closed contact officemate.

Actually Mrs. A macam dah boleh rasa cause memang dah bergejala dari hari Jumaat malam. Tapi biasalah penyakit sindrom penafian itu tetap ada huhuuu... Kisahnya pada Khamis 030322 ada seorang officemate Mrs.A tulah dah tahu sakit tekak, bersin-bersin, flu, demam gigih jugak nak pergi office dahlah masa pagi tu bila dia dah bergejala teruk macam tu seorang lagi officemate Mrs.A ni dah suruh dia balik tapi dia tak nak balik pulak sampailah ke petang. 

Bila lunch hour dia buat saliva test tak dapat result. Invalid pulak dia terus pergi klinik berhampiran office buat PCR tup-tup 1 jam ke 2 jam kemudian klinik bagitahu result beliau positif. Adoiiila... sabar yolah we all yang sama cubicle dengan dia tu. Dahlah tu Mrs. A bukannya pakai face mask sentiasa kat tempat duduk sendiri ada masa bukak jugak nak makan nak minum kannn...

Esoknya tu pagi Jumaat 04032022 sebelum pergi kerja Mrs.A buat saliva test dan keputusannya adalah negatif so pergi kerjalah macam biasa. Tempat kerja Mrs.A bermula 2 minggu lepas kalau tak silaplah. Pihak pengurusan telah mengarahkan PIC Covid19 untuk sanitive office setiap hari selepas waktu bekerja. So no such thing ko nak sanitive office di waktu bekerja pastu ko suruh staff balik rumah. Eh! eh! staff okay je pulang awal muahahahaaa yang tak okay tu pihak Pengurusan oopps!

Weekend tu gejala Mrs. A biasa-biasa aje sakit tekak yang tak seberapa dan kadang-kadang bersin. Mrs. A masih lagi meneruskan aktiviti harian seperti biasa membasuh, sempat keluar ke Hyper pet beli makanan kucing, ke pasar beli sotong dan sayur al-maklumlah Mr. A outstation ke JDT kemudian singgah jugak ke farmasi Alpro Ampangan top-up test kit untuk Aryssa dan memang sengaja beli extra buat stok.

Pada hari Ahad tu selepas maghrib ada makan-makan di Jiboi macam biasa ada barbeque tapi syukurlah Mrs. A tak pergi pun sebab bergejala walaupun dah buat saliva test negatif tapi macam tak sedap hati nak pergi. Aryssa memang tak nak pergi cause dia memang menjaga diri tak nak bersosial sementelah dia sedang SPM ni. Adik dah pergi sendiri dari petang Jumaat tu. Mr. A pulak pagi Sabtu dah ke Johor.

Covid19: Ujian Kendiri

Covid19
Ahad petang 6.3.22 saliva test result still negative

Covid19: Ujian Kendiri Positif.

Namun takdir Allah mengatasi segalanya pada 07.03.2022 iaitu Isnin pagi sebelum nak pergi kerja Mrs. A telah membuat ujian kendiri saliva test dan keputusannya adalah positif. 

Covid19
Positif yang tak diingini😞

Berdebar-debar betul sementara menunggu keputusan test yang ni. Doa jangan cakaplah tak putus-putus tapi itulah bila Allah kata Kunfayakun maka jadi jadilah ia 😭😭😭 Allahuakbar panik sekejap. Nangis jap 😭 Istighfar 10 kali pastu dah cool down sikit. Baru boleh fikir apa nak buat hahahhaa... Mula-mula video call Aryssa tanya saliva test dia apa keputusan? Aryssa  kata negatif. Alhamdulillah Aryssa sedang bersiap nak ke sekolah pagi Isnin dia ada paper sejarah. Lepas tu Mrs. A slow talk dengan dia bagitahu Mrs. A punya saliva test positif  tiba-tiba terus dedua nangis serentak hahahaa...(memories)

Kemudian Mrs. A cakap dah-dah takyah nangis ibu okay je gejala ringan takde apa-apa. Awak takyah fikir lain pergi aje sekolah macam biasa fikirkan nak ambil paper sejarah nak buat yang terbaik, tapi  dia closed contact katanya. Takpe closed contact tak bergejala, saliva test negatif tak perlu kuarantin pun jawab Mrs.A. Syukur Aryssa terus okay nak ke sekolah. Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah perancangan Allah memang terbaik cuaca pagi tu elok, ditakdirkan juga Adik ada kat rumah so minta tolong Adik yang hantar Aryssa ke sekolah. Mujurlah Adik balik rumah malam tu jugak selepas barbeque. Kalau tak? tak tahulah macam mana. Syukur selesai satu perkara.

Sementara tu Mrs. A terus whatsApp Mr. A suruh dia balik hari Isnin tu jugak cause Mrs. A dah positif nak kena kuarantin sape nak settle budak-budak. So terpaksalah dia balik hari tu jugak. Kemudian Mrs. A whatsApp officemate yang satu department, termasuklah Mr bos dan yang rapat bagitahu Mrs. A positif dan mintak nombor Encik S PIC covid19 syarikat untuk up-date status Mrs. A sebagaimana arahan syarikat. Bila Encik S tanya Mrs. A akak dah up-date MySejahtera ke belum? eh! belum la kah..kah..kah... la.... kak! pergi up-date Mysejahtera dulu, kemudian screenshot status terkini hantar kat saya katanya.

MySejahtera Status
Covid19

Terus Mrs. A up-date MySejahtera Mrs. A sebagaimana yang diminta. Selang beberapa ketika MySejahtera Mrs. A pun dah bertukar color merah πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ Kemudian Mrs. A pun hantar pada Encik S dia tanya rasa-rasanya akak jangkit dari mana?. Mrs. A jawab Si S rasanya. Mrs. A yakin sangat cause hari Khamis 03032022 tu memang lebih kurang 8 jam duk kat cubicle dengan dia. Sebelum ni ramai je yang casual contact jenis jumpa tak sampai 5 minit kat office takde apa-apa pun. Lagi satu fiil buruk Mrs. A bila kat tempat sendiri rajin nau-nau bukak mask beza dengan officemate Mrs.A yang sebelah Mrs. A si M tu dia patuh SOP betul kat tempat sendiri pun pakai mask kecuali kalau dia nak makan atau minum. Apa-apa pun Mrs. A tetap bersyukur dan percaya pasti ada hikmah disebaliknya.

Okay cukuplah kot setakat ini je dulu kisah Covid19: Ujian Kendiri Positif InSyaAllah nanti Mrs. A citer diari kuarantin Mrs.A pulak ya. Doa yang baik-baik minta yang baik-baik InSyaAllah akan hadir yang baik-baik sahaja.



19 ulasan:

  1. kt opis pn bila ada kes..mmg kena kosongkn opis dan kena balik...skarang ni mmg rmi je sekeliling org update +ve cuma truk or tk je simtom kan sbb maisng2 dh vaksin...smoga cpt sembuh ..stay safe

    BalasPadam
  2. samalah kita MA. sy anak yg +ve dulu, tak tau la dpt dr mana. dan kami both husband & wife +ve 🀦🏻‍♀️πŸ₯΄ tinggal anak yang kecil2 je gagah dan sihat lagi aktif. huhu.. terpaksalah menggagahkan diri juga utk mereka. harap2 antibodi mereka kuat & tak terkesan.

    BalasPadam
  3. Hehe entahlah biasa sifat manusia alpa.
    Jaga diri ya.
    Sekarang mudah jangkit.

    BalasPadam
  4. moga cpt pulih sediakala amiin

    BalasPadam
  5. Semoga yang baik2 aje...
    Cepat sembuh ye kak....!!
    Insyallah harap tak berlanjutan

    BalasPadam
  6. Syafakillah Mrs A
    Take care ye, Insha Allah diberi kesembuhan oleh-Nya aamiin

    BalasPadam
  7. assalammualaikum. dah ok ke ni?
    jaga diri ye =) moga Allah jaga

    BalasPadam
  8. syafakillah Mrs A, take care..

    BalasPadam
  9. so hari ni mcm mana sis? dah ok ke? dah msk kerja?

    btw, syafakillah ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah kembali sihat dear Anies.
      Dah kerja since Tuesday last week ;-)
      Aaamiiinn...

      Padam
  10. dekat tempat kerja memang senang nak kena sebab aircond tu. benda dah jadi kan, dah sihat sikit dah pun. take care sis :)

    BalasPadam
  11. Sama lah kita Mrs A..Elak punya elak terkena jugak. Alhamdulillah saya & husben gejala ringan je..Mungkin vaksin ada membantu juga...

    BalasPadam
  12. skrg mmg ramai yg positive... xpe lah merasa jugak kuarantin... 2 tahun baru tertewas kan? take care mrs A

    BalasPadam
  13. Syafakillah Mrs en hubby mama pun tgh +ve. Semoga baik2 saja

    BalasPadam
  14. saya pun dah pernah positif covid

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©