As Salam and greetings to dear readers.
Berbuka Puasa Di Joint Kitchen iaitu di Seremban 2. Family Style Restaurant.
Ramadhan Kareem dear readers hari ini dah tiga Ramadhan, itu bermakna sudah tiga hari jugaklah kita berpuasa ya....sekejap aje rasanya. Kebetulanlah pula Ramadhan tahun ini hari pertama dan keduanya jatuh pada weekend. Mrs. A yakin pasti ramai yang ambil kesempatan untuk berbuka puasa diluar tak pun balik ke kampung halaman masing-masing. Al-maklumlah kalau di kampung berkumpul beramai-ramai sesama adik-beradik lebih terasa kemeriahanya ditambah pula dengan musim cuti sekolah.

Ramadhan tahun ini Mrs. A sekeluarga tidak berkesempatan untuk menyambutnya di kampung seperti tahun-tahun sebelum ini sobs..sobs..sobs... sebab musababnya adalah Mr. A ada kerja yang perlu diselesaikan kekdahnya Mrs. A dan kids haruslah supportkan. Itu pasal yang berbuka puasa di luar tu iaitu di restoren Joint Kitchen yang dekat dengan tempat Mr. A kerja.
Actually ini kali ketiga Mrs. A sekeluarga makan-makan di sini. Di Joint Kitchen ini ada menu melayu dan jugak western.
Ini time berbuka petang semalam menu Mr. A dah order special terlebih dahulu |
Ayam kampung goreng |
Gulai masak lemak kuning daging salai dan pucuk ubi |
Sambal tumis udang campur petai |
Meh! sini nak share lain-lain menu yang ada kat Joint Kitchen.
Kredit to FB Pages Joint Kitchen |
Oh! ya dua tiga hari sebelum menjelang Ramadhan tu Mr. A telah organize baca Yasin dan buat makan-makan kat Joint Kitchen ini jugak. Time tu we all makan kat sebelah dalam sebab Mr. A order secara buffet untuk 20 orang.
Belanja gambar lagiks!.
S.i.l and hubby serta anak-anak sedaranya yang lelaki |
Hujung tepi dinding tu my parents in law, Kaklong and kids. and S.i.l |
Pendapat Mrs. A masakan di Joint Kitchen sedap kena dengan selera we all sekeluarga dan menu dia pun rare dari kedai-kedai makan yang ada sekitar situ. Western Food dia pun sedap jugak ini berdasarkan apa yang Aryssa dan Adik orderlah pada hari pertama berbuka puasa kat sini. Adik order Lamb Chop dan Aryssa order Deep Fried Chicken dan nasi errrmmm.... yummy.
Okay itu sahaja nak citer kisah Berbuka Puasa Di Joint Kitchen Seremban 2. Alhamdulillah thank you Allah di atas rezeki yang dikurniakan.