Salam Jumaat : Kisah Lelaki Sombong - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Salam Jumaat : Kisah Lelaki Sombong

10 Februari 2017

Salam Jumaat : Kisah Lelaki Sombong

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah Lelaki Sombong.

Seorang lelaki kaya yang sombong berjalan di keramaian pasar. Seorang wanita separuh baya penjual minyak samin, dengan kendi di atas kepala sambil membawa ember ditangan kanan, melintas dihadapannya.

Lelaki sombong itu bertanya: "Wahai wanita dagangan apa yang engkau bawa?

Yang ditanya menjawab: "Minyak samin tuan".

"Coba aku lihat" lelaki sombong itu berkata dengan nada suara datar.

Susah payah wanita separuh baya itu menaruh ember yang dia bawa lalu berusaha menurunkan kendi, mengigil-gigil dan terketar-ketar tangan wanita membuat kendi bergoncang, sedikit minyak samin tumpah, menitis mengenai baju lelaki itu.

Seketika amarah lelaki sombong itu meledak tanpa belas kasihan dia mengherdik wanita malang penjual minyak samin.

"Aku tidak terima, kau harus membayar bajuku yang engkau kotori  ini"

"Maaf tuan, saya tidak sengaja, maafkanlah saya" keluh wanita itu bersimpuh menghiba.

"Enak saja, tidak boleh! ayuh bayar bajuku ini" bertambah tinggi suara amarah lelaki sombong itu.

Tak berdaya dengan suara sedih wanita malang itu memberanikan diri bertanya: "Berapakah harga baju tuan ini yang perlu saya bayar?"

"Baju ini harganya 1000 dinar.... ayuh bayar!!!"

kisah lelaki sombong
Sekadar hiasan : Google image
Terkejut sungguh wanita itu ia menghiba "Dari mana saya boleh mendapatkan wang sebanyak itu tuan? Saya ini wanita miskin"

Emosi dan kesombongan lelaki itu memuncak: "Aaah..., saya tidak mahu tahu itu, Baju yang kau kotori ini harus kau bayar"

Pemandangan menyedihkan ini menyebabkan terhentinya langkah seorang lelaki muda. Dia lalu berdiri disisi wanita malang itu sambil berkata: "Ini wang 1000 dinar, biar baju tuan yang mulia ini saya bayar". Dia mengeluarkan kantung wang dari saku bajunya dan memberikannya kepada lelaki sombong itu yang lalu menerima dan menghitung wang 1000 dinar dengan mata berbinar.

Wanita itu berterima kasih berkali-kali kepada lelaki muda dewa penolongnya itu. 

Merasa wang yang dia inginkan sudah diperolehi lelaki sombong itu hendak melangkah pergi.

"Eh! nanti dulu" herdik lelaki muda itu kepada si lelaki sombong.

"Ada apa lagi?" balasnya tegas. Dengan tenang lelaki muda itu berkata: "Kan sudah saya bayar bajumu itu, sini berikan baju itu padaku, itu baju milikku".

"Terbelalak mata lelaki sombong itu berkata: "Lah! jadi saya berjalan di pasar ini telanjang bulat".

Lalu lelaki muda menjawab: "Itu bukan urusan saya, bawa sini saya sudah bayar 1000 dinar, itu baju milik saya".

Orang-orang yang sedari tadi berkerumun dan geram dengan kelakuan si lelaki sombong ramai-ramai berteriak" Ayuh! buka bajunya". "Serahkan bajunya, itu bukan milikmu lagi".

Merasa terpojok. Dengan suara menghiba si lelaki sombong menundukkan kepala pada lelaki muda: "ambil kembali wangmu ini. Aku tidak jadi menjual bajuku ini".

Lelaki muda berkata: "Siapa bilang saya mahu menjual baju itu? Saya tidak ingin menjualnya, sini... serahkan bajuku".

Pucat lesi wajah si lelaki sombong, dia menghiba: "Tolonglah, jual kembali baju ini kepadaku".

Setelah memohon berkali-kali akhirnya lelaki muda itu berkata: "Baiklah tapi kerana baju itu milikku. Aku tidak akan menjualnya kecuali dengan harga 2000 dinar".

Pahit dirasa ludah yang terpaksa ditelan oleh si lelaki sombong itu demi mendengar kata-kata lelaki muda tersebut". Dengan wajah yang tetap menunduk dia menyerahkan kepada lelaki muda dan secepatnya berlalu diiringi riuh rendah suara sorakan orang-orang di pasar itu.

Lelaki muda itu lalu menghulurkan wang 2000 dinar itu kepada wanita penjual minyak samin yang sedari tadi masih terduduk bersimpuh dekatnya. "Ibu, ini hadiah dariku untukmu".

Ingatlah selalu bahawa: Sesiapa yang merendah diri, Allah akan meninggikan darjatnya, sesiapa yang sombong, Allah akan melakukan sebaliknya di dunia mahupun di akhirat nanti. Pelajaran untuk semua pendidikan akhlak dan sopan santun penting diajar semenjak kecil.

Sharing dari WhatsApp grup Kisah Lelaki Sombong. Semoga bermanafaat.

7 ulasan:

  1. Cerita penuh dengan pengajaran... Benar, jika kita bersikap merendah diri, Allah SWT akan tinggikan darjat kita... Nice sharing untuk muhasabah diri...

    BalasPadam
  2. SIKAP SOMBONG HANYA MENYUSAHKAN DIRI SEDIRI

    BalasPadam
  3. hidup ni kita kena bertolak ansur dan jangan sombong..bak kata pepatah..orang sombong selalu rugi..tu la contonhnya...good sharing ni Mrs A

    BalasPadam
  4. selama mn kita nk sombong ats dunia ni? nnt mati org lain jg yg tlg kafan kn...thanks 4 sharing.. menarik!

    BalasPadam
  5. Sombong lagi, kan dah diberikan pengajaran secara direct oleh pemuda tu. Depan khalayak ramai lagituu.

    BalasPadam
  6. Nice sharing untuk muhasabah diri. kenapa perlu sombong sedangkan semua milik kita adalah milik nya .. eh maksud amer, kita semua milik Allah.

    BalasPadam
  7. Good stories, semoga kita semua belajar ttg hidup merendah diri....

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©